CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7951|Reply: 45

Tugas Di Konti Punca Johan Tolak Tawaran Berlakon

[Copy link]
Post time 2-2-2015 07:30 AM | Show all posts |Read mode

        KUALA LUMPUR: Pelakon dan Pelawak Johan (Raja Lawak) menjelaskan komitmennya sebagai penyampai radio Era FM antara punca dia kini dilihat kurang muncul dalam drama atau filem terbaharu.
Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 31, dia terpaksa menolak tawaran yang diberikan kepadanya kerana pihak produksi terpaksa mengikut jadual kerjanya dan ia akan memberi kesan kepada artis lain yang turut terlibat.
"Bukan tidak rindu hendak berlakon tetapi komitmen pada radio membuatkan saya terikat kerana jadual bekerja yang tetap setiap hari.
"Sekiranya saya terima juga mungkin akan turut menjejaskan jadual artis lain kerana terpaksa mengikut kesesuaian masa saya dan itu pasti tidak adil," katanya kepada mStar Online.
   


Johan bertugas menerusi slot Johara Pagi Era bersama Hanif dan Ray pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi.
Dalam pada itu, Johan berkata, bagi mengatasi masalah tersebut, tahun ini dia akan aktif menerbitkan program dan drama dibawah syarikat produksinya iaitu JWH Production bagi memudahkannya kembali aktif dalam bidang lakonan.

   Johan rancang terbit program sendiri menerusi syarikat produksinya, JWH Production.

Jelas Johan, sebagai penerbit dia boleh menyusun jadual penggambaran mengikut kesesuaian masanya tanpa perlu menyusahkan pihak lain.

"Alhamdulillah sebelum ini saya pernah menerbitkan program untuk Astro iaitu 'Acaner Tu Johan' dan tahun ini menyasarkan untuk menghasilkan drama pula.

"Dengan cari ini saya boleh buat semua perkara termasuk mengarah dan berlakon dalam projek terbitan syarikat saya mengikut kesesuaian jadual saya," jelasnya.

Sementara itu, Johan berkata, dia teruja dapat kembali bergandingan dengan Zizan Razak sebagai hos bersama Anugerah MeleTOP Era 2015 yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil dekat sini pada 22 Februari depan.

Malah kata Johan, pihaknya sedang merancang untuk mengadakan persembahan istimewa buat peminat Jozan namun masih mencari tarikh sesuai untuk tujuan itu.

"Sudah agak lama kami tidak muncul bersama-sama dalam sebuah program besar dan peluang mengacarakan AME 2015 adalah platform terbaik untuk kami bersatu semula sebagai Jozan.

"Mungkin ramai yang tidak tahu sebelum ini kami banyak bergandingan dalam acara tertutup biarpun jarang dilihat bersama di televisyen dan saya sedang merancang sebuah persembahan pentas istimewa kami berdua khas buat peminat," ujarnya.

sumber:m.star online


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 08:49 AM | Show all posts
Abi Hurairah!! Hahahah!!! Bagus Johan ni. Buat keje satu-satu. Fikir kemampuan diri.. Kipidap Johan!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 10:55 AM | Show all posts
go..go..go johan..kamu bisa..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 11:30 AM | Show all posts
i loikee Johan, jenis yang tak tamak. semoga Johan terus sukses dalam kerjaya
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 11:32 AM | Show all posts
terbaik.... moga makin sukses....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 11:35 AM | Show all posts
aku rasa johan ni jenis yg pikirkan keluarga. tu pasal dia sayang nk lepas job kt era, dah elok2 dpt gaji bulan2... stabil... so dia jaga keje dia elok2. tawaran berlakon  klau ada yg sesuai masa mungkin dia amik gak. tp keje kt era prioriti la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2015 11:45 AM | Show all posts
I sepot u johan... Vote johan
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 11:48 AM | Show all posts
gaji dj lagi masyuk rasanya...
zaman2 halim othman handle era dulu pun dah berbelas ribu sebulan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 12:19 PM | Show all posts
halim othman pn gaji 40k..apatah lg si johan ni

bgus johan ni..x bolot semua..tak tamak cam zizan
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 12:26 PM | Show all posts
brp gaji johan ni uolss?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergh... masyuk la johan.. takpe i support you...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 02:04 PM | Show all posts
Sepatutnya lah era bayar gaji mahal kat Johan sebab sebelum dia join ERA, ERA tu dah macam hidup segan mati tak mahu je takde sapa dengar. Boleh kata sebab Johan ERA jadi nombor satu balik
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka johan ni sbab dia tak pelahap nak amik semua job. Walaupun tak bolot semua offer tapi rezeki dia tetap murah. Dia ni siap sponsor a few rumah anak yatim lagi
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 02:56 PM | Show all posts
aku suka Johan..
tp aku harap dia dpt make over skit rambut dia tu..
bior nampak kemas dan rapi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suke johan..btul..nmpk die xtamak n sgt pentingkn keluarga..johan mmg lawak n best drpd zizan....sbb 2 suke sgt dengar era pg2 gi keje..terhibur sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada pendirian mamat ni... moga terus berjaya dunia & akhirat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 08:01 PM | Show all posts
johan wat aku gelak pagi2 sebelum sampai opis hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Brp gaji dia astrok bagi yek? 30k sebulan Ada dak?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 11:49 PM | Show all posts
Tanpa johan siapalah zizan dlm jozan....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2015 02:56 AM From the mobile phone | Show all posts
I like Mak Jemah..
Omj..omj... kihkih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.093522 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list