PETALING JAYA – Polis memburu seorang ahli perniagaan yang disyaki membunuh kekasihnya dengan menetak mangsa sebelum menghumban keluar wanita berkenaan dari tingkat 25 di sebuah kondominium di Casa Subang, dekat sini pada 6 Januari lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, wanita warga Vietnam yang dikenali sebagai Tran Thi Kim Sang, 21, ditemui mati oleh pengawal keselamatan di tingkat satu bangunan tersebut.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pada awalnya, mangsa yang bekerja di sebuah kelab malam di Klang, Selangor dikatakan terjatuh dari bangunan tersebut.
Bagaimanapun menurutnya, hasil bedah siasat mendapati, wanita itu telah mati terlebih dulu akibat kesan tetakan benda tajam pada leher dan kepala mangsa.
YAHAYA menunjukkan gambar suspek yang dipercayai boleh membantu siasatan kes seorang wanita mati setelah dihumban dari tingkat 25 di kondominium Casa Subang pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor semalam.
|