CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4202|Reply: 3

PEMBOHONGAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM DIDEDAHKAN!

[Copy link]
Post time 16-2-2015 03:26 PM | Show all posts |Read mode
PEMBOHONGAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM DIDEDAHKAN!

Anwar Ibrahim bersalah meliwat pembantu peribadinya dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Persekutuan. Maka tamatlah satu kes Mahkamah yang sangat panjang bermula pada tahun 2008.

MiM sendiri telah menulis banyak artikel tentang kes Anwar Ibrahim ini sejak tahun 2008 lagi.

MiM menulis dalam blog kerana ketika itu tidak ada langsung penjelasan atau perincian dari sudut perubatan di dalam media sosial tentang kes Anwar Ibrahim ini. Padahal, ianya melibatkan prosedur perubatan dan isu-isu medico legal.

MiM adalah seorang doktor perubatan, maka MiM faham tentang DNA dan prosedure perubatan yang dikaitkan dengan kes Anwar. Dan MiM kongsi perincian info perubatan di alam maya ini agar kita lebih faham tentang kes tersebut.

Sebagai contoh :
18hb Julai 2008
DNA ? Anwar tidak mahu menyerahkan DNA beliau?
Di sini penulis sertakan sedutan daripada artikel sebelum ini tetapi kali ini hanya bahagian DNA sahaja.
Semoga para pembaca dapat sedikit sebanyak info mengenai prosedur dan limitasi DNA.
DNA fingerprinting atau pun DNA profiling merupakan satu kaedah sains forensik yang boleh menghubungkaitkan seorang pesalah dengan tempat dan perlakuan yang dilakukan di sana.
http://novandri.blogspot.com/2008/07/siapakah-dna-di-hati-anwar-ibrahim.html
29hb Julai 2008
Tips Untuk Laporan Kesihatan Yang Sah Dan Kukuh Untuk Kes Sodomi
Pada pandangan penulis sebagai seorang doktor, laporan kesihatan Saiful Bukhari yang ter'bocor' di Hospital Pusrawi, tidak boleh dijadikan bahan bukti terhadap kes liwat Anwar Ibrahim.
1. Ianya terlalu ringkas, tidak lengkap dan tidak mengikut prosedur seperti yang ditetapkan oleh pemeriksaan forensik.
http://novandri.blogspot.com/2011/08/terkini-kes-liwat-anwar-ibrahim.html
30hb Julai 2008
Ramai yang keliru. Ramai juga yang mengutuk kerajaan kerana ia kononnya satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Tetapi mereka juga menanyakan pandangan penulis sebagai seorang doktor.
http://novandri.blogspot.com/2008/07/laporan-kesihatan-hospital-puswari.html
Salah satu perkara besar yang menyebabkan MiM sangat ragu dengan kes Anwar Ibrahim ini apabila beliau dan Raja Petra telah menyalahtafsirkan laporan kesihatan Saiful Bukhari di Hospital Pusrawi.

Artikel MiM:
31 Julai 2008
Liwat Tidak Semestinya Luka atau Berdarah (III)
2 kesilapan yang dimaksudkan itu ialah mengenai artikel beliau tentang laporan @ nota kesihatan Saiful di Hospital Pusrawi:-
1. Beliau menyalahtafsirkan pemeriksaan anus (per rectum) yang dilakukan oleh Dr Mohamed Osman.
2. Beliau menyalahtafsrikan diagnosis (keputusan penyakit) yang ditulis oleh Dr Mohamed Osman.
http://novandri.blogspot.com/2008/07/liwat-tidak-semestinya-luka-atau.html
Ketika itu kita tentu masih ingat sidang akhbar yang penuh dengan para wartawan dari dalam dan luar negeri dan mereka mengumumkan bahawa doktor di Hospital Pusrawi telah 'mengesahkan bahawa Saiful Bukhari tidak diliwat' sambil merujuk kepada laporan kesihatan tersebut.

Kepada mereka yang tidak ada background perubatan, mereka akan percaya bulat-bulat dengan kenyataan tersebut dan sekaligus percaya konon ianya adalah konspirasi politik.

Tetapi apabila MiM rujuk kembali kepada laporan kesihatan Saiful dan artikel Raja Petra, MiM dapati bahawa mereka telah menyalahtafsirkan diagnosis Dr Mohamed Osman.

Ianya jelas bahawa diagnosis Dr Mohamed Osman ialah TRO Assault (Sodomised).

Pemahaman MiM sebagai doktor perubatan ialah TRO atau to rule out bukan bermaksud pengesahan bahawa tiada liwat yang berlakuseperti yang didakwa oleh Raja Petra dan Anwar Ibrahim.

Maka kerana itu, tindakan seterusnya yang dilakukan oleh Dr Mohamed Osman ialah merujuk Saiful Bukhari ke HKL supaya diperiksa lebih lanjut oleh pakar perubatan untuk pengesahan.

Tidak ramai yang tahu tentang isu di atas. Malah, ramai orang yang terkejut apabila MiM menerangkan kepada mereka tentang perkara sebenarnya tentang isu TRO ini.

Maka timbul persoalan, kenapa sanggup berbohong tentang laporan kesihatan Saiful jika Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah?

Yang menambah keraguan ini ialah tindakan PKR yang mengedarkan risalah-risalah pembohongan kononnya doktor di Hospital Pusrawi telah 'mengesahkan bahawa Saiful Bukhari tidak diliwat.' Perkara ini berlaku pada bulan Ogos 2008 semasa kempen PRK Permatang Pauhdan ketika itu MiM terlibat di dalam jentera pilihanraya parti.

Artikel MiM :
24 Ogos 2008
Para pembaca sekalian tentu telah membaca atau melihat di dalam TV dan untuk penulis pula, risalah-risalah daripada pihak lawan memang amat meragukan.
Sebagai contohnya, pihak lawan telah mengedarkan salinan laporan kesihatan Saiful Bukhari di Hospital Pusrawi.
Penulis pernah menulis mengenai isu Anwar Ibrahim yang memesongkan penemuan di dalam laporan tersebut.
Risalah pihak lawan telah menterjemahkan ayat "To Rule Out assault or sodomy" kepada "Pemeriksaan membuktikan pesakit tidak diliwat."
Jika pembaca sekalian telah membaca artikel penulis mengenai terjemahan TRO atau To Rule Out, kenyataan risalah pihak lawan jelas berbentuk penipuan dan memperbodoh-bodohkan penduduk Permatang Pauh.
http://novandri.blogspot.com/2008/08/hari-ke-10-di-permatang-pauh.html
Kenapa PKR perlu membohongi rakyat Permatang Pauh dan Malaysia jika Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah?


MiM juga banyak menulis prosiding mahkamah kes Anwar Ibrahim kerana ia melibatkan prosedur perubatan dan prospektif medico legal. Di antaranya:
1. Seperti yang MiM katakan sebelum ini, Dr Muhamed Osman tidak mempunyai kredential untuk membuktikan kepada mahkamah bahawa Saiful Bukhari tidak di liwat. Beliau gagal memeriksa Saiful Bukhari seperti yang dilakukan oleh pakar perubatan di HKL.

Malah, Dr Osman sendiri telah memberitahu Saiful Bukhari supaya pergi ke HKL untuk pemeriksaan lanjut.

http://novandri.blogspot.com/2011/08/terkini-kes-liwat-anwar-ibrahim.html
2. Dokumen Mahkamah Rayuan ini sekaligus telah menjawab segala pembohongan jahat jijik dan putar belit kepimpinan pembangkang tentang kes sodomi Anwar Ibrahim yang mereka tabur di dalam ceramah-ceramah mereka dan portal-portal pro-pembangkang.
Manakala hujah-hujah hakim-hakim Mahkamah Rayuan bukan semudah kelentong pemimpin-pemimpin pembangkang semasa berceramah tetapi berdasarkan kepada fakta-fakta konkrit, hujah-hujah mahkamah dan bahan rujukan yang sah.
http://novandri.blogspot.com/2014/04/analisis-3-tembelang-besar-kes-sodomi.html
3. Peguam-peguam Anwar Ibrahim mengulangi persoalan tentang dakwaan 'pencemaran dan degradasi' sampel calitan yang diambil daripada Saiful Bukhari. Mereka juga mempertikaikan sudut teknikal pengesahan DNA oleh pakar perubatan dan pakar Kimia.
Padahal, jika kita merujuk kepada hujah Hakim Mahkamah Rayuan, pakar Kimia, Dr Cheah telah mengesahkan bahawa tiada kerosakan pada bukti yang beliau terima.  
http://novandri.blogspot.com/2014/10/kes-liwat-hujah-peguam-anwar-lemah.html

Sampel yang dijadikan bukti pula adalah semen, satu bukti yang mustahil direka cipta dan diambil daripada Anwar Ibrahim sendiri kecuali ianya diambil daripada mangsa seperti kes rogol. And the rest is history.

Anwar Ibrahim takut untuk bersumpah muhabalah, satu tindakan yang masih dipersoalkan oleh rakyat sehingga ke hari ini. Sungguh menghairankan kerana Anwar Ibrahim tidak mahu membersihkan diri beliau dengan bersumpah muhabalah padahal tindakan beliau itu sudah pasti akan menyebabkan sokongan rakyat akan bertambah kepada beliau.

Tetapi Anwar Ibrahim tidak bersumpah muhabalah.

Kes mahkamah berlarutan hingga ke hari ini dan akhirnya Anwar Ibrahim didapati bersalah dan dihukum penjara 5 tahun.

Dan termakbullah doa Saiful Bukhari.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2015 09:18 PM | Show all posts
Gerun dengan pencapaian 52% maka puak minoriti 48% semakin ngelabah untuk berlawan secara jantan....maka terpaksa guna tektik modus operandi yg sama untuk menghalang kemaraan rakyat menghumbam BN ke loji taik.

http://www.malaysiakini.com/news/59852
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2015 11:15 AM | Show all posts
bole tahu tak, siapa itu gerangan peguam bernama safiee abdullah?
btol kah nama beliau  Ganesan Tanggavellu kutty?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2015 11:03 PM | Show all posts
halilipan replied at 21-2-2015 09:18 PM
Gerun dengan pencapaian 52% maka puak minoriti 48% semakin ngelabah untuk berlawan secara jantan.... ...

Dengan cara menipu rakyat membolehkan mencapai 52% undi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.076525 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list