CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23145|Reply: 173

Rasa rendah diri sebab tak cantik, menggugat keyakinan Amylea!

[Copy link]
Post time 17-2-2015 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by xanderz at 17-2-2015 03:41 PM

Rasa Diri Hodoh, Amylea Hampir Nak Bunuh Diri?



KL, 17 FEBRUARI 2015: Setelah sekian lama tidak mendengar khabar berita mengenai salah seorang finalis akhir bagi pertandingan realiti mencari penyanyi, Akademi Fantasia musim ketiga iaitu Amylea Azizan, 28 yang kini dalam perancangan untuk kembali mewarnai persada muzik di negara ini. Amylea yang dihubungi berkata dia dalam perancangan rapi untuk kembali membuat debut dengan penghasilan album baru dan juga bakal tampil dengan gaya yang berbeza berbanding dahulu.

Setelah beberapa kali menukar gaya kini Amylea lebih yakin untuk berhadapan dengan peminat. Walaupun selepas berakhirnya AF, penyanyi yang berasal daripada Sungai Petani masih tidak yakin dengan penampilan dirinya dan hampir berputus asa. Malah sejak kecil lagi Amylea merasakan dia tidak mempunyai harapan untuk berjaya kerana tidak cantik dan sering mencederakan dirinya apabila merasakan sedemikian.

“Sejak daripada dulu lagi saya memang mempunyai rasa rendah diri yang melampau. Saya cederakan diri sendiri sebab mengikutkan emosi tetapi semuanya kembali pulih selepas menyertai AF. Namun ia sedikit demi sedikit kembali menghantui saya selepas habis pertandingan tersebut. “Saya memang rasa kecewa dengan penerimaan umum yang asyik mempertikaikan penampilan dan rupa saya. Tetapi mereka kata mereka tahu kebolehan dan bakat yang saya miliki. Kadangkala fikir tak tahu sampai bila senario begini akan habis, namun saya bernasib baik ada juga yang tidak memandang begitu.

“Tapi janganlah fikir saya sengaja mencari simpati dengan cara ini kerana itu bukan sebab utama saya ingin kembali. Saya ada kongsi perasaan saya di dalam Facebook dengan niat untuk mengingatkan mereka yang suka berkata tanpa memikirkan perasaan orang yang dikutuk mereka,”ujar bekas deejay Radio Langkawi ini yang menjelaskan situasi sebenar apa yang dilaluinya kini.

Menurutnya penampilan terbarunya ini turut bersesuaian dengan pemilihan genre muzik yang bakal diketengahkan Amylea tidak lama lagi. Dia mahu kelihatan lebih sofistikated dan sesuai dengan umurnya kini. “Saya memilih untuk lebih bergaya ringkas dan sofistikated dan dalam masa yang masih mengekal identiti diri saya sebagai seorang penyanyi, penulis dan penggubah lagu serta guru dalam bidang muzik.




“Tahun ini memasuki tahun ketiga saya menjadi tenaga pengajar untuk melatih vokal dan persembahan di SK Bukit Damansara. Selain itu juga saya ada menawarkan kelas belajar vokal untuk pelajar sekolah dan orang dewasa,” tambahnya lagi. Mengenai perancangan album debut terbarunya, Amylea mensasarkan tahun 2015 untuk kembali dalam dunia nyanyian menerusi album baru yang bakal dilancarkan sendiri tidak lama lagi.


p/s kat malaysia ni masih tegar dengan jadi retis mesti kena cantik










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2015 03:46 PM | Show all posts
bagus le kalau dah sedar diri tu tak cantik
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 03:48 PM | Show all posts
choy sampai nak bunuh diri bagai
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 03:50 PM | Show all posts
susah btl nk hidup zaman skrg..
klau tak cantik tu makna nye tak boleh berjaya la eh

untung la org yg dh mmg natural cantik
tak yah susah2 nk survive
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 03:51 PM | Show all posts
sabor je la nak bunuh diri sbb x cantik, kalo semua org tak sempurna pikir camni hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 03:51 PM | Show all posts
sebenarnya penerimaan yg ala kadar kat hang bukan sebab hang tak cantik...tp sebab ..... tengok je la tahap statement hang ni ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2015 03:55 PM | Show all posts
Aku n akak aku minat sgt dgn dia ni masa af3 dulu
siap undi
hehehe
sedap suara dia

Skang da makin berisi

Sebenanya dlm idup ni byk je org type mcm dia..
petite n berkulit gelap..
dia x perlu rs rendah diri pun

Cumanya kerjaya sbagai penyanyi tu sendiri yg x menjamin masa dpan

Kalo dia seorg pemakin squash negara ke..ahli terjun ke..
mesti tak timbul soal cantik x cantik ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 03:54 PM | Show all posts
dari zaman af lagi isu low self esteem dia kaann.tak cantik la hapa.tak abeh2 lagi ke dik.kalo sampai nak bunuh diri baik jumpa pakar sakit jiwa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2015 03:56 PM | Show all posts
animcute replied at 17-2-2015 03:51 PM
sebenarnya penerimaan yg ala kadar kat hang bukan sebab hang tak cantik...tp sebab ..... tengok je l ...

betul2...setuju.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 04:01 PM | Show all posts
bersyukurla dgn apa yg Tuhan bagi..ckup segala anggota..tak perlu pikir penerimaan org..cantik tu lahir dr dalam diri sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 04:01 PM | Show all posts
perlu ke sampai nak bunuh diri sebab tak fofular...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 04:02 PM | Show all posts
Bongok sampi nak bunuh diri. org len tu dilahirkan cacat lg la.tertekan.ni muka smua cukup sifat.huh!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 04:07 PM | Show all posts
masa af dlu mmg la suara ko sedap..tp skrg lagi ramai suara meletop dr ko.. otomatik sorer ko tak sedap dah dik ekeke
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 04:07 PM | Show all posts
kalau dah sampai nak bunuh diri dan mencederakan diri sendiri. erm, kes berat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 04:10 PM | Show all posts
betul lah.. si amylea ni cakap.. bila gemuk kena kutuk. x cantik pun kena kutuk dunia hiburan malaysia ni mmg nak cantik aje kalau penyanyi cantik suara ke laut x apa.. muka handsome n cantik lakukan tahap kayu kayan pun x apa janji ada look.. tapi jangan lah sampai nak cederakan diri sendiri dekk oii
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 04:10 PM | Show all posts
tp lagu2 dia ok je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2015 04:10 PM | Show all posts
Dayang Nurfaizah pon bukan lawa sangat sometime Nampak sangat macam orang asli atau pribumi serawak tapi ok je...boleh Berjaya pon.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
er..tp mata aku nmpk dia xdala hodoh pun.ada la kiutnya jugak.sbb bdn kecik kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
er..tp mata aku nmpk dia xdala hodoh pun.ada la kiutnya jugak.sbb bdn kecik kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngengade jer dia ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.166647 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list