meols kenal mamajuwie sebagai reputz dan matchmaker tatau la pulak
yg meols tau ada porumer cakap zamani retis faveret mamajuwie dan huzz kalau nak buat liputan dalam majalah mangga dolu2.
meols gen-Y kakasepit, tatau sangat hal2 mangga dulu ni.
tau pun dari wikipedia bergerak macam kakasepit ni jela
nah..meols cedok dr thread yg wujud dlm porem ni sblm ni
Pada 1989, sempena ulangtahun ke-50 akhbar Utusan Malaysia, wartawan hiburan senior,Bahyah Mahmud (BAM), telah menulis sebuah artikel khas bagi menghargai peranan besar Juwie dalam penulisan hiburan, khususnya zaman setelah Juwie berpindah kerja daripada Berita Harian kepada Utusan Malaysia.
BAM turut menceritakan serba sedikit kisah peribadi Juwie, yang nama sebenarnya ialahAbdul Jalil Salleh, dan merupakan seorang khunsa yang tidak berselindung mengenai status kejantinaannya. Menurut BAM, keadaan diri Juwie yang sebegitu menyebabkannya pernah mengalami tekanan jiwa yang kuat sehingga terpaksa mendapatkan khidmat pakar perubatan. Juwie dikatakan pernah cuba untuk menukar jantinanya di Singapura pada 1970 (zaman persekolahannya) tetapi membatalkan hasrat tersebut setelah mendapat nasihat oleh pakar jiwa dan ibu bapanya.
29 Mei 1989
Beberapa maklumat & petikan mengenai/oleh Juwie dalam artikel tersebut:
Juwie lahir di Singapura pada 9 Julai (tahun tidak dinyatakan). Bapanya berasal dari Johor dan merupakan bekas anggota polis di Singapura. Ibunya berasal dari Melaka.
Juwie mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sang Nila Utama, Singapura; Yayasan Anda Akademik, Kuala Lumpur (Sijil Tinggi Persekolahan); Institut Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor (kursus perhotelan selama 3 bulan).
Juwie mula bekerja pada 1974 sebagai wartawan di akhbar Berita Harian dan berkhidmat di situ hampir 10 tahun sebelum berpindah ke akhbar Utusan Malaysia pada sekitar pertengahan 1980-an.
Kata BAM:
"Dia menggunakan nama Juwie sebagai nama seorang mak nyah"
"Pernah juga orang menelefon bertanya: Juwie tu lelaki ke perempuan? Suaranya lembut.. romantik!"
"Juwie yang terkenal dengan sifat peramah dan mudah mesra"
"Dia mahu semua tulisannya adalah benar. Tidak ada penafian. Lantaran itu dia sentiasa berhati-hati pada setiap kisah yang dipaparkan"
"Juwie tidak pernah menghampakan harapan seseorang artis. Apa yang diceritakan oleh artis, itulah yang ditulisnya tanpa tokok tambah. Apa lagi untuk menulis hal-hal yang tidak pernah dibualkan"
"Pernah dulu dia membuat keputusan untuk berhenti kerja gara-gara dia diarahkan oleh boss nya menulis dengan tujuan jahat untuk memfitnahkan serta mendedahkan keaiban seorang artis ternama tanahair"
"Juwie telah banyak menempuh kesengsaraan, tekanan jiwa untuk hidup dan menyesuaikan diri dalam masyarakat yang kurang memahami kehidupan insan-insan mak nyah"
"Juwie mengaku jiwanya sering terseksa dengan cemuhan masyarakat"
"Demikian pengakuan Juwie yang terus terang menyatakan dia adalah bekas pesakit jiwa yang selama 14 tahun menerima rawatan, masuk wad keluar wad iaitu di wad sakit jiwa di Singapura, Johor Baharu dan Kuala Lumpur"
"Dia banyak mendapat bimbingan moral Islam dari Encik Anwar Ibrahim (Menteri Pendidikan) yang pada ketika itu (zaman persekolahan Juwie) menjadi Pengarah Yayasan Anda Akademik"
Kata Juwie:
"Saya ni pondan! Memang sudah ditakdirkan saya dilahirkan sebagai khunsa! Ini bukan kehendak ku. Dan bukan juga doa ibu bapa ku"
"Aku anggap penderitaan jiwa dalam diri ku ini sebagai dugaan Allah. Tentunya ada muslihat di sebalik derita dan keanehan insan seperti ku ini"
"Aku yakin, Tuhan tidak lahirkan aku untuk derita di dunia ini. Aku juga yakin, bahawa penderitaan itu suatu rahmat Allah. Dengan menghayati penderitaan itu aku bertambah insaf. Aku rasa bertambah dekat padaNya"
Nota tambahan:
Maksud khunsa dalam Kamus Dewan: "orang yg mempunyai dua alat kelamin".
Pada 1990, M. Nasir muncul dengan senikata lagu Midnight Blues (persembahan kumpulan Wings) yang seakan-akan merujuk kepada Juwie dalam rangkap pertama: "Si manis di belakang Kowloon rupanya sang khunsa. Ada jua wajah yang pernah ku lihat di akhbar, auw!". Rangkap lain senikata lagu itu turut menyentuh beberapa golongan "tersisih" yang disimpulkan sebagai "sampah masyarakat". Juwie melalui ruangannya dalam akhbar sisipan Pancaindera (Mingguan Malaysia, 18 Mac 1990) telah mengecam penulisan senikata oleh M. Nasir itu yang dianggapnya sebagai sangat kasar dan berunsur menghina. Kata Juwie, "Lirik itu ternyata menghina. Kita hidup tidak boleh menghina makhluk Allah. Siapalah diri kita hendak menghina orang lain?". Tambah Juwie, "Sepatutnya M. Nasir bersyukur atas nikmat Allah yang telah memberikan kemewahan padanya sebagai orang Singapura yang dapat menumpang mencari rezeki di Malaysia".
Juwie pernah berlakon watak kecil dalam filem Tuan Badul (1979), tetapi ketika itu dia belum menggunakan nama Juwie, dan namanya dikreditkan sebagai "Jalil Salleh".
"Abang Din nak epal?" - antara dialog Jalil Salleh (Juwie)
yang melakonkan watak Siti dalam filem Tuan Badul (1979)
2.Pada 1990, M. Nasir muncul dengan senikata lagu Midnight Blues (persembahan kumpulan Wings) yang seakan-akan merujuk kepada Juwie dalam rangkap pertama: "Si manis di belakang Kowloon rupanya sang khunsa. Ada jua wajah yang pernah ku lihat di akhbar, auw!". Rangkap lain senikata lagu itu turut menyentuh beberapa golongan "tersisih" yang disimpulkan sebagai "sampah masyarakat". Juwie melalui ruangannya dalam akhbar sisipan Pancaindera (Mingguan Malaysia, 18 Mac 1990) telah mengecam penulisan senikata oleh M. Nasir itu yang dianggapnya sebagai sangat kasar dan berunsur menghina. Kata Juwie, "Lirik itu ternyata menghina. Kita hidup tidak boleh menghina makhluk Allah. Siapalah diri kita hendak menghina orang lain?". Tambah Juwie, "Sepatutnya M. Nasir bersyukur atas nikmat Allah yang telah memberikan kemewahan padanya sebagai orang Singapura yang dapat menumpang mencari rezeki di Malaysia".
bagi aku lirik lagu ni tak hina golongan khunsa..siapa "si manis di belakang kowloon"? pastinya golongan yang menjual maruah diri..mungkin ada yg jenis khunsa..tapi lirik ni tak mengatakan semua khunsa sebegitu.."ada yg pernah ku lihat di akhbar" merujuk kepada golongan ini yg berpeleseran di situ dan pernah ditangkap dan gambar emreka diletakkan di dada akhbar..
lirik ini lirik realiti..cerita tentang kuala lumpur..cerita kelab malam..cerita insan di menara gading yg sedang mengawan(aku ambik perkataan direct dari lirik lagu ni)..sebagai sebahagian dari realiti, semua orang patut terasa...mohon terasa kata orang sekarang...aku pun terasa gak..
pada aku hensem sbb penah teman kawan aku dating dulu....aku lak yg tersipu2 dgn kehensemannye walaupun bukan la pakwe aku ponn.... gitohhhh
tak tercapai dek akal saya bagaimana awak boleh cipta ayat kelakar macam ni .... hubby akak jeling jer sebab akak
tergelak gelak agakkuat .. adoiii laaa