CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1646|Reply: 1

Bukan salah cina, GLC dan pegawai kerajaan sekalipun – Zaidel Baharuddin

[Copy link]
Post time 22-2-2015 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Bukan salah cina, GLC dan pegawai kerajaan sekalipun – Zaidel Baharuddin
Published: 22 February 2015 1:42 PM

Saya ingat kita kena berhenti salahkan Cina untuk semua perkara dan bila saya kata kita itu apa yang saya maksudkan ialah Umno.
Pertamanya kerana bukan semua benda salah satu kaum semata-mata,
keduanya ia langsung tidak membawa sebarang nilai produktiviti dari segi politik mahupun pembinaan sesebuah negara,dan yang paling penting sekali ia membuatkan parti kita dibenci bukan sahaja kaum cina tetapi kaum minoriti yang lain termasuk India, Iban, Kadazan, Dusun, Serani, Murut, Orang Asal dan orang Melayu muda.

Tiap-tiap kali inilah yang saya dengar
"Ahh yang kau sibuk sangat nak jaga ni apahal, diorang dah memang tak undi kita, yang hadap sangat nak jaga tu apahal?"
Itulah nahtijahnya, buat apa sibuk sangat nak jaga hati dan budi pengundi cina walhal mereka secara keseluruhan menolak dari mengundi BN dan Umno. Maka berdasarkan kesimpulan ini maka kita pun menjadilah ultra Melayu yang memperjuangkan kemajuan bangsa kaum kita dengan menyalahkan kaum lain.
Izinkan saya lontarkan satu pandangan kepada pernyataan di atas.
Pada pilihanraya lepas, Zulkifli Noordin bertanding di Shah Alam manakala Ibrahim Ali bertanding di Pasir Mas. Satu sebagai calon 'BN Friendly' satu lagi sebagai calon bebas.
Mereka menang ke?
Kalau nak ikut jaguh Melayu melawan tindasan kaum lain tiadalah yang lebih jaguh dari Perkasa namun mereka tetap kalah. Saya nak tanya dekat Pasir Mas dan Shah Alam berapa banyak pengundi Cina? Malah bukan sahaja kita kalah di dua parlimen Melayu ini akan tetapi akibat dari pencalonan di Shah Alam pengundi India di seleruh negara berpaling tadah kerana marah kepada BN.
Iya saya akui betul, memang pengundi cina tolak BN dan Umno pada pilihanraya yang lepas akan tetapi
Kalau bakar sekolah Cina sekalipun kita dapat ke undi pengundi Melayu seratus peratus? Silap-silap undi merosot lagi ada kot.
Kita di Selangor, Kuala Lumpur dan Semenanjung ini bukan main hebat menjadi pendekar akan tetapi kita lupa deposit tetap kita adalah di Sabah dan Sarawak. Tahukah anda Umno sabah menganjurkan program menyambut hari natal (christmas) serta mempunyai ramai ahli bukan Islam di sana?
Kalau kita nampak seolah-olah membuli satu-satu kaum minoriti maka kaum minoriti yang lain juga berasa tidak senang hati terutama mereka yang berada di Malaysia timur.
Sebelum kita pergi jauh lagi ingin saya perbincangkan tentang perspektif.
Sesungguhnya dalam kita berpolitik sebagai Ahli Umno terdapat dua perspektif yang kita perlu faham iaitu perspektif orang Melayu dan perspektif orang Umno.
Kalau dahulu mungkin pendapat saya ini salah namun saya berani kata pada zaman ini penaakulan saya ada kebenaran iaitu ada perbezaan antara kemahuan dan hasrat orang Umno dengan kemahuan dan hasrat orang Melayu.
Ada beza antara kehebatan dan kekuatan seseorang pemimpin itu dalam Umno dan kehebatan dan kekuatan seseorang pemimpin itu di kalangan orang Melayu secara umum dan selalu kita tersilap mengatakan orang yang kuat dalam Umno itu akan juga hebat dalam pilihanraya umum.
Persperktif berbeza dan jangan kita keliru, saya beri beberapa contoh.

Perspektif orang Umno
Menyatakan untuk menang satu-satu kerusi di bahagian itu maka wajib untuk meletakkan calon tempatan (yang lahir, dibesarkan dan berpolitik di kawasan berkenaan)
Perspektif umum
Rafizi Ramli ketua cabang PKR Kemaman Terengganu yang tidak pernah tinggal di Pandan menang dengan majoriti besar.
Perpektif orang Umno
GLC sudah tidak lagi memberi projek-projek serta direct nego kepada syarikat Melayu maka ini membuatkan ramai orang Melayu kecewa dan kita hilang undi akibat dari itu.
Perspektif umum
Tidak langsung peduli dengan sebrang projek GLC dan lebih fokus kepada kemarahan pada perkhidmatan serta kualiti produk syarikat-syarikat GLC ini yang dilihat tidak berkualiti kerana di kontrakkan kepada syarikat kroni yang tidak layak.
Perpektif orang Umno
Pegawai kerajaan anti Umno dan BN maka mereka tidak melaksanakan arahan Menteri dan parti seterusnya mensabotaj dasar kerajaan.
Perpektif UMUM
Pegawai kerajaan sebenarnya menyokong dasar dan perjuangan parti namun marah kerana seringkali disalahgunakan untuk kepentingan peribadi, kecewa maka mereka menyokong pembangkang. Sebagai contoh menang kontrak buat sekolah guna kuota bumiputra tapi sub-contract kepada kontraktor cina sambil menjerit hidup Melayu.

Ada beza antara pandangan orang Umno dengan pandangan umum orang Melayu, ya memang kita mempunyai 3 juta ahli namun dari 3 juga itu tak sampai 10 perataus yang betul-betul aktif. Kita buat matematik mudah -
Umno ada 191 bahagian
Purata setiap bahagian ada 50 cawangan
Setiap cawangan mempunyai purata 12 perwakilan
191 x 50 x 10 = 114,600 perwakilan yang boleh mengundi untuk memilih presiden, timbalan, naib-naib serta ahli majlis tertinggi.
60% dari keseluruhan rakyat Malaysia adalah Melayu Islam - 60% x 30 Juta = 18,000,000 rakyat
114,600/18,000,000 = 0.00637% sahaja
Memang kita boleh mendabik dada pilihanraya umum lepas jumlah kerusi Umno meningkat dan juga jumlah pengundi Melayu yang mengundi Umno juga naik tapi ingat -
Kalau setakat peningkatan tak sampai 5% tu hebatkah kita?
Majoriti peningkatan pengundi tu dari saluran mana?
Saluran 4 dan 5 kita menang dengan majoriti besar ke?
Saya ingat Umno perlu kembali kepada jati diri asal,
kita betul-betul kena duduk dan fikir siapa kita sebenarnya.

Macam mana kita nak jadi parti yang memperjuangkan hak dan harapan orang Melayu kalau harapan mereka pun kita tidak benar-benar fahami.
Macamana kita nak yakin menang pilihanraya Malaysia kalau nak menang kepercayaan orang-orang Melayu pun cukup-cukup lepas takat 50% sokongan sahaja.
Saya kira sudah tiba masanya kita berhenti dengan retorik sama.
Semua ini bukan salah Cina, Pegawai Kerajaan atau GLC sekalipun tetapi semua ini salah kita, dari atas sampai ke bawah.
Sekadar pendapat peribadi saya. – 22 Februari, 2015.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2015 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Amno bukan membina negara majmuk. Ia lebih kpd membina dinasti2 keluarga masing2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.054029 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list