|
Tak puas hati dengan kekalahan
Kalah menang adat pertandingan, namun pasti ada pihak yang tidak berpuas hati dengan setiap keputusan. Bercakap mengenai perkara ini, SS dimaklumkan seorang artis sukar menerima kenyataan yang dia gagal dalam pertandingan disertainya.
SS difahamkan dia berasakan dirinya sudah memberikan yang terbaik sepanjang pertandingan itu, tetapi rezeki tidak memihak kepadanya. Yang pasti, dia amat kecewa dengan keputusan hingga mendorong dia secara terbuka memaklumkan tidak bersetuju dengan keputusan itu. Malah, dia juga mula memburuk-burukkan pihak yang membuat keputusan itu dalam kalangan rakan dan peminatnya.
Bagi SS, suka atau tidak artis itu terima sajalah keputusan itu secara profesional dan dengan hati terbuka. Walaupun bukan rezekinya, SS percaya peluang lebih baik pasti menanti artis berkenaan pada masa akan datang.
SS: Kalah atau menang bukanlah perkara utama, paling penting kita sudah berusaha sebaik mungkin.
|
|