CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13574|Reply: 130

[Tempatan] Rosmah: Amboi mahalnya RM1,200 dandan rambut

[Copy link]
Post time 23-2-2015 08:11 PM | Show all posts |Read mode


Putrajaya disaran membuat garis panduan untuk perkhidmatan rumah ke rumah bagi mengelakkan peniaga meletakkan harga sesuka hati, terutamanya selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenal.

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor berkata tanpa kawalan harga, pengguna khususnya suri rumah akan terbeban.

“Kita ini suri rumah tangga sering menjadi mangsa kepada orang yang seperti ini.

“Dulu kita buat baju kurung RM500 boleh dapat, sekarang itu pun dah mahal,” kata Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI).

Rosmah berkata demikian dalam majlis penerangan GST anjuran BAKTI di pejabat badan itu di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga berkongsi pengalamannya sendiri berdepan kos mahal, seperti perkhidmatan penjagaan diri rumah ke rumah.

“Sekarang ini bila saya nak cat rambut dekat rumah dia (pendandan) sudah caj RM1,200. Amboi mahalnya!

“Kalau di kedai dia kata harganya berbeza. Dia (pendandan) kata mahal sebab home service,” kata Rosmah.

Malah katanya mendandan rambut seakan-akan sesuatu yang mewah bagi suri rumah sepertinya.

“Inilah perkara yang merisaukan kita suri rumah tangga yang tidak berduit dan yang tidak berpendapatan,” katanya.

Tiada pemantauan khusus sekarang

Sementara itu, Bernama melaporkan, taklimat GST itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. Kira-kira 50 anggota Bakti hadir pada sesi itu.

Ahmad berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu mengambil perhatian hal yang dibangkitkan itu.

Menurut Ahmad, tiada pemantauan khusus dibuat terhadap perkhidmatan ke rumah ketika ini.

"Khidmat yang dimaksudkan termasuk khidmat solekan, tukang paip, tukang elektrik, upah jahit baju dan sebagainya," jelas beliau.

Timbalan Menteri itu berkata aduan perkhidmatan seumpama itu yang mengenakan harga semakin tinggi tanpa kawalan boleh membebankan pelanggan terutama suri rumah.

GST akan dimulakan pada 1 April depan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2015 08:13 PM | Show all posts
pakai ar tudung .. tak payah nak worry pasai rambut kena dandan ke idak kalo kuar ...
cam binik si laba... kuar umah pakai tudung saji jer ... ada laba kesah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 08:19 PM | Show all posts
amboi. rambut je RM1200 per session.. sebulan gaji marhaen kat rambut dia sajo..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Logik la tu home service, ingat kedai tu dah rugi Berapa customers pasal nk ke rumah kita. Selayak nya la beliau caj sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi bik fefeeling xbergaji...kalau bergaji xtaulah camna wardrobe ko bik.

P/s potong rambut dgn clipper sundri jah sis..xyah bazir2.bangsat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 23-2-2015 08:19 PM
amboi. rambut je RM1200 per session.. sebulan gaji marhaen kat rambut dia sajo..

ingat senang ke nk buat rambut kejung mcm tu....

satu je dlm malaya......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2015 08:27 PM | Show all posts
Sekali tukang dandan rambut set rambut K Mah, dia boleh bersenang lenang di salon selama sebulan...


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 08:28 PM | Show all posts
Emmm...untung laa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2015 08:30 PM | Show all posts
suri rumah mcm dia ya.. emmm
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 08:36 PM | Show all posts
untung ler.....
nak buat rambut....
calling2 jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kak ros pon komplen kos buat rambut mahal
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu rm1.200 tuk sekali buat rambut.. Sehari mau 3-4 kali dia buat rambut.. Sehari je dah bape ribu tuk rambut dia je..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 08:53 PM | Show all posts
puan rosmah sudah slim
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 08:59 PM | Show all posts
amboi bik...cat rambut kena caj rm1200 gitu..tempah baju kurung pun rm500...dasyat sungguh..brapa la total sebulan penjagaan diri sbg seorg FLOM neh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 09:01 PM | Show all posts
did she really say that?

memang sangat stupid....

bagilah contoh yang lebih berpijak di bumi. Kalau tak tau tanya, yang ko bagi contoh nak set rambut ko tu dah kenapa?.... aduh....

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mahal mahal pon still nampak huduh style rambut tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2015 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
rm1200 tu tambah beberapa ratus lg dh blh byr loan rumah aku utk sebulan huwaa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita yang miskin ni pun kalau pi rebonding dah  kena rm300 ...nikan kak mah dan isteri2 tansri yang jauh kaya  raya.....pikir logik la....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
korang jeles kenapa..ni la hasil kerja keras sy menabung dr kecil..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 09:11 PM | Show all posts
RM1200 tidak mahal. Rebonding saja sudah 4-5 ratus. Cuci
dan sikat di kedai sudah Rm65, ini belom potong dan warnakan
rambut lagi. Kalau extension, tambah lagi 2-3 ribu............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.096494 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list