CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18145|Reply: 214

[Tempatan] Space U8 lengang!Peniaga Rugi!

[Copy link]
Post time 24-2-2015 07:46 AM | Show all posts |Read mode
Keadaan dalam Space U8 yang sepi dan tidak mendapat sambutan pengunjung hingga peniaga terpaksa menanggung kerugian besar.Masih banyak lagi lot kedai yang tidak beroperasi.Laluan pejalan kaki sepi dari pengunjung dan deretan kedai yang kosong menambahkan lagi suasana hambar di Space U8.
[url=][/url][url=]
[/url]




        SHAH ALAM - Peniaga di pusat membeli-belah Space U8, Shah Alam mendakwa terpaksa menanggung kerugian besar kerana tempat itu sepi dan tiada pelanggan yang mahu berkunjung ke sana.

        Bertempat di kawasan perindustrian Bukit Jelutong, kawasan pusat membeli-belah itu juga agak terpencil dari laluan orang ramai.

        Segelintir pengunjung pula hanya datang ke sana kerana pusat membeli-belah itu mempunyai pawagam dan pusat hiburan keluarga.

        Salah seorang peniaga di situ, Hurairah Hamid, 45, berkata, keadaan sepi dan tidak ramai pelanggan merupakan fenomena yang biasa berlaku di pusat membeli-belah itu.

“Kalau hari bekerja, kita boleh nampak memang tak ada orang. Macam hari ini (semalam) pun, walau hari minggu dan masih dalam musim Tahun Baru Cina, tak ada sambutan pun.  

“Di sini ada 200 lot kedai yang disediakan pihak pengurusan tapi kurang dari 10 peratus saja yang dibuka. Jika ada yang menyewa lot kedai, pasti tak lama dan kedai terpaksa ditutup. Mungkin tak ada untung dan terpaksa bayar sewa mahal,” luahnya kepada Sinar Harian.

        Menurutnya, untung perniagaan hanya sekadar cukup makan dan tidak mampu bermewah seperti peniaga lain.

“Nasib kami peniaga di sini semua sama, untung yang ada cukup sekadar bayar gaji pekerja, itu pun kalau ada pekerja dan lepaslah untuk bayar sewa tapak. Kami kena ada berniaga juga di luar. Kalau nak harap berniaga di sini, memang susah sebab tak ada untung sangat pun.

“Sayanglah, pusat beli-belah ini besar, tapi tak ada pengunjung pun yang nak datang,” katanya.


Untung RM2,000 saja sebulan

        Bagi Zahir Mohd Yusoff, 24, pula, dia terpaksa bertahan meneruskan perniagaan pakaian wanita di situ kerana sayangkan tempat berkenaan yang merupakan tempat pertama dia berniaga.

“Sebelum ini saya ada berniaga tapi selalu kena tipu, tapi di sini saya mula sejak tahun 2012, sayang pula nak pergi tempat lain.

“Kalau awal berniaga tahun 2012 dulu, untung boleh cecah RM30,000 sebulan, tapi sekarang ni cuma dapat RM2,000 saja sebulan. Terpaksa survive juga sampai kadang-kadang gunakan duit simpanan sendiri.

“Kalau dulu ada juga seorang pekerja yang bantu, tapi sekarang saya sendiri yang jaga kedai,” katanya.

        Dia turut berharap agar pihak pengurusan lebih bertanggungjawab ke atas nasib peniaga di situ.

        Bagi Noor Laila Abdul Majid, 41, pihaknya turut tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa dengan sambutan hambar pengunjung di Space U8.

“Akak dah berniaga di sini sejak 2012, tapi sambutan makin hari makin hambar. Memang beginilah hari-hari suasananya, sepi tak ada orang.

“Kalau dulu hasil jualan boleh sampai RM15,000, sekarang ni nak cecah RM10,000 pun susah. Mujurlah akak ada berniaga di luar juga, bolehlah cover mana yang tak cukup. Sepatutnya kedai di sini jadi tempat berniaga tetap tetapi bila dah tak laku sangat, tempat ni dah jadi macam part time kedai akak sajalah,” katanya.

        Dia menambah, pihak pengurusan ada berjanji untuk naik taraf pusat membeli-belah itu tetapi hingga kini, tiada sebarang perubahan dilihat.


Pengunjung hampa tiada kedai menarik

        Bagi pengunjung, mereka kecewa kerana Space U8 tidak banyak kedai yang boleh mereka kunjungi dan kebanyakannya membosankan.

        Wan Muhd Adham, 29, berkata, dia agak terkejut dengan keadaan pusat beli-belah yang besar tetapi tidak ada banyak kedai beroperasi.

“Sebenarnya, ini kali pertama saya datang sini. Tak sangka Bukit Jelutong ada pusat membeli-belah.

“Saya ingatkan ia baru dibuka, tapi rupanya dah lama beroperasi tapi tak dapat sambutan. Saya datang ke sini pun sekadar bawa ahli keluarga di hujung minggu yang bosan duduk rumah,” katanya.

        Bagi Fatinfarahana Abdul Rahman, 23, dia berkunjung ke Space U8 hanya untuk menonton wayang bersama rakan-rakannya sahaja.

“Saya duduk di Puncak Alam, jadi kalau nak tengok wayang, datang sini sajalah dekat.

“Mungkin sebab sini kawasan industri, jadi orang tak tahu sangat ada pusat beli-belah, itu yang buat tak dapat sambutan,” katanya.

        Muhammad Naim Mohd Masran, 26, turut sependapat mengatakan Space U8 hanyalah pusat membeli-belah yang sepi dan membosankan.

“Dulu ada juga pusat bowling tapi sekarang ni yang tinggal hanya pusat karaoke dan panggung wayang saja.

“Tapi satu yang saya puji, surau di Space U8 ini terbaik dan cukup selesa.

“Dengan hiasan menyejukkan mata ditambah dengan ada air terjun buatan di setiap surau lelaki dan wanita, ia cukup mendamaikan buat kita yang ingin  tunaikan solat,” katanya.

        Bagaimanapun, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan pihak pengurusan Space U8 gagal kerana masih bercuti sempena Tahun Baharu Cina.

Sinar Harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2015 08:07 AM | Show all posts
Ada gak 10 peniaga. One South kat tepi tol Sungai Besi dah 3 tahun langsung takde peniaga.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 08:12 AM | Show all posts
Orang ke sana semata-mata nak tengok wayang sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 08:13 AM | Show all posts
mr diy kat sana pun dah cut off aircond..tak lama lagi tutup la
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tempat tak strategic...pusat bandar yang untung..I pun X pernah jejak sana
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
bkn ke sini dulu rancangan realiti versus buat tetiap minggu kan.
pastu kalo tak silap surau kat sini lah yg org duk sebut2 paling cantik dan bersih tu kan...

rupanya tade pengunjung pun dtg, syg betul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2015 08:16 AM | Show all posts
minggu lepas student poli cuti...
lg la xde pengunjung
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 08:46 AM | Show all posts
toksah le buat shopping komplex mewah kat kawasan kuaters
gomen. level2 kerani/pembantu am komfom malas nak singgah.

mmg cash le
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2015 08:46 AM | Show all posts
Ni kalo cakap nanti org cop rasist plk .. CEO dia Raja Ahmad Nizam Raja Razali .. kebanyakan top dog Space U8 melayu ..
Cuba kalo SPace U8 dimiliki oleh Berjaya or mana2 penakluk ekonomi mesia yg control sume franchise .. confirm jadi
Bayangkan sume kedai mcm kita tgk di Berjaya Time Square .. ade starbuck, coffe bean, KRISPY KREME dan sebagainya .. mesti ramai org dtg
Org melayu xpuas hati santau .. bangsa lain xperlu syirik sembah setan sume .. BOIKOT jer, trus lingkup
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 09:01 AM | Show all posts
pernah sekali datang sini... mase tu banyak le jugak kedai bukak...  ade jugak orang lalu lalang... skarang sendu sesenduk sendunye...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 09:07 AM | Show all posts
aku pun baru 2 minggu lepas pegi ..
cari al ikhsan rupanya dah tutup
cari restoran hardware pun dah tutup

org mmg tak de.. management pun dah buat macam2 dulu..
tpi still x de org
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 09:11 AM | Show all posts
Bell replied at 24-2-2015 08:07 AM
Ada gak 10 peniaga. One South kat tepi tol Sungai Besi dah 3 tahun langsung takde peniaga.

eh? bukan ada banyak kedai repair computer ke sane?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 09:15 AM | Show all posts
shalin pun dah tutup boling center kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 09:20 AM | Show all posts
kat shah alam ni ko letak ape2 shopping mall pon memang tak laku... tak tau la kenape..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 09:24 AM | Show all posts
aku x pernah sampai lagi walaupon dok sini jah..xtau laa nape xder hati nak pegi
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
odz2243 replied at 24-2-2015 08:46 AM
Ni kalo cakap nanti org cop rasist plk .. CEO dia Raja Ahmad Nizam Raja Razali .. kebanyakan top dog ...

Kompleks PKNS tu yang meniaga bangsa mana??..awat ramai ja??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2015 09:27 AM | Show all posts
penah pegi 2 or 3 taon lepas, masa tu Upin & Ipin buat open house Raya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 09:30 AM | Show all posts
byk sgt mall kat lembah klang...mall yg besar dan byk kedai pilihan pengguna mmg le jd tumpuan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 09:33 AM | Show all posts
surau Space U8 tercantik dlm mana-mana mall di shah Alam
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 09:36 AM | Show all posts
aku rajin gak gi space u8 ni bw ank2 .. tp tula sendu sgt nk jln2 pn xde apa .. yg blh tgk wayang jela pastu msk diy .. tp plng best surau dia mmg tenang je ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.082012 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list