CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1018|Reply: 0

Tidak perlu layan Gobind

[Copy link]
Post time 25-2-2015 09:46 AM | Show all posts |Read mode


KUALA TERENGGANU – Pemimpin ulama Pas Terengganu menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang mendakwa Pas terkeluar dari PR jika membentangkan undang-undang hudud tidak perlu dilayan.
       
        Timbalan ketuanya, Dr Abu Bakar Abdullah berkata, kenyataan Gobind itu dilihat seolah-olah mirip kenyataan mendiang bapanya yang juga bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh ketika hidupnya yang terus menentang hudud diperjuangkan Pas sehingga ke akhir hayatnya.
       
        Menurutnya, mana-mana pihak tiada hak mengeluarkan kenyataan sebagaimana dibuat Gobind kerana desakan pelaksanaan hudud sudah lama diperjuangkan parti itu.
       
        "Dia tiada hak. DAP dan PKR ditubuhkan lebih lewat berbanding Pas. Sedangkan Pas sejak ‘lahir’ sudah lama perjuangkan hudud. Takkan dia (Gobind) tidak tahu. Tidak usah layan kenyataan dia,” katanya.
       
        Dalam laporan Sinar Harian Isnin lalu, Pas bukan lagi sebahagian daripada ahli komponen PR sekiranya bertegas membenangkan rang undang-undang pindaan hudud di persidangan Dun Kelantan pada 18 Mac ini.
       
        Demikian kata Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo, yang mendakwa rang undang-undang itu tidak mendapat sokongan PR yang diwakili oleh PKR, Pas dan DAP.
       
        Kerajaan Kelantan sebelum ini mengumumkan untuk membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang membolehkan undang-undang hudud dan qisas dilaksanakan di negara ini.
       
        Mengulas lanjut, Abu Bakar tetap optimis bahawa pelaksanaan hukum hudud akan menguatkan PR dan juga sokongan rakyat terhadap pakatan pembangkang.
       
        Menurutnya, hukum sedia ada ciptaan manusia gagal mengatasi masalah sosial dan jenayah yang semakin hari membimbangkan di negara ini.
       
        Beliau memberitahu, pelaksanaan hukum hudud ini akan mewujudkan keharmonian dan kemakmuran dalam memastikan pelaksanaan syariat yang perlu difikirkan bersama.
       
        “Kita sebagai orang Islam kena yakin kerana kita bertanggungjawab untuk pelaksanaan hudud dalam usaha melaksanakan syariat di negara ini,” katanya.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.057402 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list