CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1611|Reply: 1

Bagaimanakah jika Sarawak dan Sabah menyertai Singapura pada 1963?

[Copy link]
Post time 26-2-2015 06:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by abgsedapmalam at 26-2-2015 06:47 AM


        


oleh Edgar Ong


KOMEN: Pada bulan September tahun lalu, perangkaan yang diperolehi daripada program e-Kasih (bagi membasmi kemiskinan) kerajaan mendedahkan bahawa Sarawak telah mengatasi Sabah sebagai negeri yang mempunyai jumlah teramai warga miskin di Malaysia – lebih daripada 100,000 orang telah mendaftar di bawah program itu pada bulan itu sahaja!

Ini juga bermakna bahawa Sabah merupakan negeri kedua termiskin dalam sebuah negara yang memiliki 14 negeri.
Ini secara langsung bermakna bahawa selepas 52 tahun berada dalam persekutuan negeri-negeri Melayu, dahulunya sebagai negeri naungan British, kedua-dua negeri ini telah menikmati kekayaan, kebebasan dan satu bentuk pemerintahan sendiri dalam had Komanwel, kami sekarang telah kembali kais pagi makan pagi, hampir menjadi pengemis di tengah-tengah segala kekayaan yang mengelilingi kami, yang tidak menjadi milik kami.

Bagaimanakah jikalau pada tahun 1963, kedua-dua negeri Borneo ini telah sebaliknya memutuskan untuk menyertai Singapura?
Singapura telah mencari haluan sendiri - sebuah kepulauan kecil, dengan jumlah penduduk 1.8 juta orang; jumlah 900,000 dan 600,000 penduduk Sarawak dan Sabah hanya akan menambah 1.5 juta orang dan membawa jumlahnya kepada 3.3 juta, dengan majoriti kecil kaum Cina diimbangi oleh kaum Dayak, Kadazan dan Melayu.

Pada masa itu Singapura hampir tidak mempunyai apa-apa, tiada sumber asli, sebuah pulau kecil yang tidak mempunyai infrastruktur asas mahupun industri, dan tanah untuk pertanian. Negeri-negeri Borneo mempunyai semua tanah yang sesuai untuk pertanian dan subur, dengan jumlah penduduk yang kecil dan tidak ada modal insan mahupun kewangan.

Dengan pandangan jauh dan perancangan yang hebat, dan tenaga kerja yang bekerja keras, Lee Kuan Yew dan PAP berjaya memimpin dan membimbing negara republik itu menjadi sebuah negara ketiga terkaya di dunia hari ini – tanpa apa-apa sumber-sumber semula jadi, tanpa perlu mengampu mana-mana kuasa dunia sama ada Amerika Syarikat, Rusia atau China. Ia menjenamakan dirinya sebagai "sahabat semua orang, bukan musuh sesiapa". Sebuah Switzerland di Timur Jauh!
Hari ini, angka penduduk telah meledak dengan Singapura mempunyai 5.47 juta orang, Sarawak (1.43 juta) dan Sabah (2.48 juta).
Berikut adalah perbandingan PNK per kapita 2013 daripada 199 negara – Singapura di tangga keempat dengan AS$76,860 (RM279,885) dan Malaysia, nombor 53 dengan AS$22,530 (RM82,042).

Melalui pandangan retrospektif terhadap keadaan semasa, apa yang telah berlaku?
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, terganggu dengan satu gelombang rasa tidak puas hati di kalangan panglima-panglima Umno beliau mengenai bilangan kaum Cina di Singapura termasuk di Sarawak dan Sabah, yang dengan mudah boleh menukar imbangan kuasa di antara orang Melayu dan Cina sewaktu pilihan raya umum; dan akhirnya imbangan kuasa mungkin terletak pada undi kuasa ketiga, gabungan kaum India Semenanjung dan pribumi Borneo Iban, Bidayuh dan Kadazan.Ini adalah sesuatu yang ahli-ahli politik Umno awal tidak dapat terima.

Jadi, di antara mengambil risiko ini atau mencantasnya dari awal, Tunku mengambil keputusan yang kedua dan telah memutuskan untuk "memecat Singapura" dari Persekutuan.
Jikalau nenek moyang kami di Sarawak dan Sabah telah meneliti sedalam-dalamnya mengenai masa depan... yang Tunku tidak akan berkuasa selama-lamanya, yang Umnokrat baru di Semenanjung akan berkelakuan lebih cauvinis dan perkauman dan lebih ultra-agama... dan akhirnya akan berlaku perselisihan dan salah tadbir... tetapi kesemua ini dahulunya hanyalah "jikalau”.

Pemimpin-pemimpin kita terdahulu – seperti Stephen Kalong Ningkan, Ong Kee Hui dan Donald Stephens – akan harus duduk dan berunding dengan orang-orang seperti Lee Kuan Yew yang berdarah muda dan kepala angin dan ahli politik yang berpengalaman Goh Chin Chye – mereka mungkin boleh berunding bagi mendapatkan sebuah kesatuan...tapi itu semuanya hanyalah "jikalau".

Tetapi jika mereka berjaya membentuk Persekutuan Singapura, Sarawak dan Sabah – apa sahaja namanya– ia mungkin boleh terus wujud secara makmur dan mencapai lebih banyak lagi... melalui penemuan, penerokaan dan eksport minyak, gas asli, pembalakan (terkawal) dan eksport pertanian besar-besaran.
Tapi itu semua hanya jikalau.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2015 08:35 AM | Show all posts
Nasib Sabah dan Sarawak mungkin lebih baik, tapi tak perlulah berkalau-kalau


         


oleh Pembaca Semut Harian
[size=0.875]KOMEN PEMBACA: Kalaulah Sabah dan Sarawak telah menyertai Singapura, Semenanjung Malaysia sekarang akan berada di bawah pemerintahan Pakatan. Ingat tak? Penduduk kedua-dua negeri ini yang sentiasa menyokong BN.
[size=0.875]Nasib warga kedua-dua negeri ini akan lebih baik hari ini. Semua orang yang rajin akan menikmati peluang yang sama dalam sektor awam dan swasta.
[size=0.875]Pelajar-pelajar yang pintar tidak akan terlepas peluang pendidikan.
[size=0.875]Pendek kata, kita akan menjadi semaju Singapura. Atau Brunei. – William Chng
[size=0.875]Yvonne Lee: Janganlah buang masa dengan berkalau! Kita tidak boleh memutarkan kembali jam.
[size=0.875]Krishnanunni Nair: Suka atau tidak, LKY dan pasukannya yang berkebolehan telah meletakkan pulau kecil itu di peta dunia, kerana tadbir urus yang baik dan kemakmuran ekonomi.
[size=0.875]Sudah tentu ada dan akan ada lebih banyak masalah, tetapi mereka seolah-olah berjaya mengatasinya.
[size=0.875]Saya tidak pernah percaya bahawa dia bersikap perkauman. Jika ada orang yang ingin mencari kesalahannya, mereka boleh katakan bahawa dia adalah seorang 'Anglofilia', setelah mendapat pendidikan di Cambridge tetapi saya percaya bahawa sifat 'Anglofilia' itulah yang telah mengemudi Singapura menjadi sebuah negara kosmopolitan moden.
[size=0.875]Abdullah Abdul Razak Rajan:  Tetapi tidak apabila kuku besi itu melepaskan cengkamannya. Apabila demokrasi di bawah sistem satu parti terhakis dan ada kesedaran mengenai hak asasi manusia, dan apabila orang asing mengambil alih pekerjaan warga tempatan, ekonomi akan merosot.
[size=0.875]Nic Ken: Jika saya boleh katakan, nasib Sarawak dan Sabah akan menjadi lebih baik jika mereka telah memilih untuk menyertai Singapura.
[size=0.875]Wan Zamani Wan Abdullah: Ia akan menjadi tanah impian. Di mana semua rakyat bahagia, kaya dan mempunyai sayap dan boleh terbang. Mereka membina rumah di atas pelangi, mempunyai ‘unicorn’ sebagai haiwan kesayangan, dan pari-pari sebagai pembantu rumah mereka.
[size=0.875]Mimpilah!
[size=0.875]Malcolm John: Wah! Mata wang kami akan lebih kukuh.
[size=0.875]Edward Wong: Ia akan menjadi lebih baik jika kedua-dua negeri ini telah menyertai Singapura. Orang asli tidak akan terabai seperti sekarang. Saya percaya nasib mereka akan menjadi lebih lebih baik.
[size=0.875]Mohd Kamarulhisham Shah: Siapa sangka bahawa Singapura akan berjaya, selepas diusir dari Malaysia.
[size=0.875]Tindakan menyertai Singapura adalah satu pertaruhan besar ketika itu.
[size=0.875]Saya masih ingat dengan jelas LKY menangis, apabila beliau mengumumkan pemisahan Singapura daripada Malaysia (selepas Tunku mengusir republik itu) tetapi ia terbukti menjadi rahmat tersembunyi kerana negara itu telah berkembang dengan pesat.
[size=0.875]Tidak dapat kita bayangkan nasib Singapura sekarang, jika ia tidak diusir.
[size=0.875]Leo Nathan: Taraf hidup dan pendidikan Sabah dan Sarawak akan menjadi setanding dengan Singapura.
[size=0.875]Alan Tan: Mungkin jika Sabah dan Sarawak telah menyertai Brunei sebagai sebahagian daripada Persekutuan Borneo, mereka akan menjadi sangat kaya juga.
[size=0.875]Ross Chow: Saya rasa apa yang LKY telah lakukan bagi Singapura sejak 1965, belum pernah terjadi sebelumnya; pergi bercuti sekejap ke negara itu, tetapi masuk melalui Johor.
[size=0.875]Dan ambil perhatian terhadap perbezaannya... mengejutkan, seperti memasuki dunia lain.
[size=0.875]Benny Koh: Nasib kedua-dua negeri ini akan menjadi lebih baik jika mereka telah menyertai Singapura.
[size=0.875]Phil Ho: Mereka akan makmur. Tetapi sebaliknya Sabah dan Sarawak hanya digunakan untuk menyokong kerajaan BN yang diterajui Umno.
[size=0.875]Undi mereka telah dieksploitasi, inilah sebabnya mereka dipanggil "negeri simpanan tetap BN”.
[size=0.875]Leonard Ting: Alahai! Lihatlah Malaysia hari ini. Ia adalah sebuah negara yang indah. Belajarlah hargai apa yang kita ada. Kekal bersatu dan berhenti bermimpi.
[size=0.875]Amir Yahya: Singapura adalah sebuah negara diktator. Dan Sabah dan Sarawak akan telah didiami oleh satu kaum saja.
[size=0.875]Raj Brar: Adakah mereka masih boleh keluar?
[size=0.875]Clementism Inting: Tidak mungkin kami akan menyertai Singapura ketika itu!
[size=0.875]Nanthagopi Velaairam: Tidak pernah ada pilihan bagi Sarawak dan Sabah untuk menyertai Singapura. Jadi, berhenti berkhayal dan buat kerja.
[size=0.875]Komen-komen ini diberikan pembaca rencana, “What if Sarawak and Sabah had united with Singapore in 1963?”



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.176632 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list