CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Mamat Khalid terkilan dengan Zizan Razak dan Emma Maembong

[Copy link]
Post time 27-2-2015 03:36 PM | Show all posts
Kenapa cakap macam itu - Emma Maembong
KUALA LUMPUR: Rentetan kisah pengarah Pengarah filem Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh, Mamat Khalid terkilan dengan dua bintang utamanya, Zizan Razak dan Emma Maembong kerana tidak hadir pada pra tonton filem berkenaan malam semalam, Emma bangkit memberikan penjelasan bagi pihaknya pula.
Emma yang dihubungi BH Online sebentar tadi agak terkejut dengan kenyataan berkenaan yang terpacul dari mulut pengarah itu.
Namun Emma terlebih dulu memohon maaf kepada pengarah itu termasuk produksi serta rakan media yang hadir menonton tanpa kehadirannya sebagai salah seorang teraju utama.

"Saya bukan sengaja tak mahu pergi atau mengelak menghadiri pra tonton filem itu tetapi saya sedari awal sudah memaklumkan ada komitmen lakonan untuk drama Isteri Separuh Masa arahan Michael Ang di samping Aiman Hakim Ridza.
"Penggambaran itu berlangsung dari Pulau Pinang hingga ke Langkawi. Ikutkan saya sudah memaklumkan kepada isteri abang Mamat sendiri mengenai jadual seni saya. "Malah saya siap memberikan nombor telefon pembantu pengarah untuk pihak mereka periksa semula jadual.
"Tapi memang tak ada rezeki untuk saya bersama menonton bersama. Tambahan pula ia filem sulung lakonan saya. Takkanlah saya tak mahu menyaksikannya sendiri detik manis itu. Kalaulah pratonton itu dilakukan hari ini memang saya boleh menghadirkan diri," katanya.
Tambah Emma lagi, beliau mendapat tarikh pratonton filem itu sekitar seminggu lalu dan pada ketika itu memang dirinya tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana sudah terikat dengan penggambaran drama itu.

"Terlalu lewat untuk saya block tarikh tayangan itu kerana dimaklumkan pada minit akhir. Insya-Allah kalau ada pratonton sekali lagi, saya memang mahu hadir. Kecewa memang kecewa apabila kenyataan abang Mamat itu.
"Kenapa cakap macam itu sedangkan pihak mereka tahu saya ada komitmen. Kenapa tak beritahu pihak media perkara sebenar," katanya.


@maxim emma da bersuara pulakk




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2015 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 27-2-2015 03:08 PM
mawi jatuh pasaiapa ekk??? aku lupa la tapi bukan pasai disiplin kan???pasai over-exposed saja kan ...

Mawi jatuh sbb kes dia dgn ekin dlu kalo xsilap. Dia kawin dgn ekin lepas tu terus merundum populariti.

Populariti jatuh merundum disebabkan perempuan. Mmg sama sangatlah konsepnya dgn zizan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamba badak jah zizan pi post kat ig movie night out with zizan utk promote citer mamat khalid ni. Mcm xdak apa masalah.

Bersangka baik. Mungkin dah slowtalk dgn mamat khalid n mintak maaf.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kapel sengal ni gaduh kot masa otw terus uturn balik umah pastu off henpon
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 04:02 PM | Show all posts
Bila dah popular, duit bkn priority, maka unsur2 sombong, takbur berada di dalam diri.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 04:05 PM | Show all posts
muka mamat kalid ni bila tgk jatuh kesian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2015 04:15 PM | Show all posts
habislahhh uollsss zizang. tu lah playbuaya sangat.

yg emma ni sikit2 hapdate ig. nnty dah putus moroyan dkt ig. ni sambung pon moroyan jugak. hmmm kbai
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
jijang tu kan perasan...selain dr nak elak emma,mest dia malas sbb sibuk nk promote cicakman..kru br class....aku lgsg xde perasaan nk tgk filem dia nih..menyampah to the max.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2015 04:21 PM | Show all posts
biskutkering93 replied at 27-2-2015 04:15 PM
habislahhh uollsss zizang. tu lah playbuaya sangat.

yg emma ni sikit2 hapdate ig. nnty dah putus  ...

sheols dah declare memang dah xde apa2 gitu. putus kali keberapa neh?

Emma Maembong Tidak Lagi Cintai Zizan, Kesali Mamat Khalid




PETALING JAYA: Pelakon Emma Maembong kesal terhadap dakwaan pengarah filem Mamat Khalid kononnya dia sengaja tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem Werewolf Dari Bangladesh yang diadakan pada malam Khamis lalu.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 23, berkata, pihak produksi tidak menjelaskan situasi sebenar yang berlaku mengapa dia gagal untuk menyertai sesi tayangan perdana tersebut.

"Saya terkilan kenapa dia berkata demikian dan tidak menjelaskan hal sebenarnya mengapa saya tidak dapat hadir ke majlis tersebut.

"Saya dimaklumkan lewat iaitu seminggu sebelum tarikh tayangan itu dan saya berada di Langkawi untuk penggambaran drama, namun saya sudah berusaha minta pelepasan daripada pengarah tetapi tidak dibenarkan kerana banyak scene yang perlu dihabiskan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Emma Maembong berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pengarah filem Werewolf Dari Bangladesh, Mamat Khalid yang  kecewa apabila dua pelakon iaitu Zizan Razak dan Emma Maembong tidak hadir pada majlis tayangan perdana yang di adakan di Cathay Cineplex, The Curve, malam Khamis.

Mamat berkata, kedua-dua pelakon itu memberi pengesahan tidak dapat hadir pada saat-saat akhir dan turut meminta pasangan itu memberi penjelasan terhadap perkara tersebut.

Dalam pada itu, Emma turut bercerita tentang hubungan cintanya dengan pelawak Zizan Razak yang sehingga kini menjadi teka-teki. Malah dia juga mengulas khabar angin tentang orang ketiga dalam hubungan tersebut.  
[size=0.75em]Mamat Khalid dakwa Emma dan Zizan Razak memaklumkan tidak dapat hadir saat-saat akhir.


Apa komen Emma tentang tuduhan Mamat Khalid yang kecewa apabila anda tidak hadir pada saat-saat akhir tayangan perdana filem tersebut?

Saya terkejut apabila membaca berita itu, ketika pihak produksi memberitahu tentang tayangan filem itu, saya sudah menjelaskan bahawa saya sedang menjalani penggambaran di Langkawi pada tarikh yang diberikan itu, malah saya telah meminta pihak produski drama Isteri Separuh Masa untuk melepaskan saya sekejap pada hari itu, namun tidak dibenarkan.

Saya meminta pihak abang Mamat sendiri iaitu isterinya berbincang dengan produksi drama supaya membenarkan saya untuk balik sekejap dan hadir ke majlis itu. Saya tidak kisah pun kalau terpaksa bayar sendiri tiket kapal terbang.

Bila perkara itu juga tidak berjaya, saya minta agar tarikh tayangan itu ditunda hari ini (Jumaat) kerana penggambaran sudah abis tetapi mereka tidak mahu.

Adakah Emma terkilan dengan perkara itu?

Saya sangat sedih bila dia tidak jelaskan perkara sebenarnya yang berlaku sedangkan mereka sudah tahu tentang perkara itu awal-awal lagi.

Itu filem pertama saya berlakon dan sudah tentu saya sangat teruja untuk menontonnya walaupun ketika itu saya belum berhijab.

Apa komen Emma jika ia dilihat sebagai satu taktik produksi filem perkara ini dijadikan isu untuk menghangatkan promosi filem yang akan ditayangkan pada 5 Mac depan?

Saya tidak tahu niat mereka, namun bagi pihak saya perkara itu boleh menjejaskan reputasi saya sebagai seorang artis.

Orang akan menyalahkan saya dan beranggapan saya tidak memberikan komitmen terhadap produk sendiri, walhal saya sudah berusaha untuk datang.

TIDAK BERHUBUNG DENGAN ZIZAN

Ada pihak yang menganggap anda cuba melarikan diri daripada media selepas kontroversi hubungan cinta dengan pelawak Zizan Razak?

Saya tidak pernah terfikir tentang itu, malah sebelum ini saya tetap hadir pada majlis-majlis hiburan yang besar walaupun dihimpit kontroversi. Secara jujurnya saya pun tidak tahu bahawa Zizan juga tidak dapat hadir pada malam itu.


[size=0.75em]Emma mengakui hubungan kini hanya sebagai kawan dan tidak pernah sambung seperti didakwa Zizan.



Apa yang Emma boleh katakan tentang status hubungan cinta Emma dan Zizan yang menjadi teka-teki?

Sebenarnya saya dan Zizan sudah lama tidak ada apa-apa hubungan cinta iaitu sebelum saya umum kepada media hingga sekarang. Kami tidak pernah sambung semula hubungan itu seperti yang diberitahu kepada umum.

Cuma kami masih berhubungan sebagai kawan dan saya masih lagi sokong dia dalam bidang seni, tetapi ia tidak sama seperti dulu lagi.

Kenapa Emma jarang mengeluarkan kenyataan bagi mengulas hubungan cinta tersebut?

Saya malas untuk keluar kenyataan apa-apa sahaja kerana apa yang saya katakan mesti salah di mata orang. Orang akan tuduh saya seperti budak-budak dan bersikap tidak matang.

Saya yakin kalau mereka berada ditempat saya sekalipun, mereka akan lakukan perkara yang sama.

Apa komen Emma terhadap gosip terbaharu bahawa Zizan kini rapat dengan orang kuat sebuah stesen televisyen?

Saya tidak mahu ambil tahu dan biarlah dia lakukan terbaik buat dirinya dan selesaikan hal itu sendiri. Kalau saya komen lebih-lebih peminat dia akan serang saya di laman sosial. Orang ramai tetap menyalahkan saya juga.

Tentang wanita itu, hmmm... yelah mungkin benar lah kot kata mereka, sentiasa ke mana-mana bersama kerana ada urusan kerja yang penting untuk diselesaikan.


Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Gnola83 at 27-2-2015 04:25 PM

Emma cakap sejujurnya dorang dah putus pulak
Zizan.. move on. Tak payahlah ko pujuk2 emma ni lagi. Better ko up kan balik karier ko yg makin jatuh, ko pun nampak sangat berserabut skrg, dahlah makin tak lawak. Mungkin dia bukan jodoh yg sesuai utk ko zang. Be strong
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 04:26 PM | Show all posts
Bertabahlah jijanggg. Jual kepok jelaaa lepas niii
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 04:27 PM | Show all posts
makin jatuh, jatuh, jatuh dan jatuh...
buek malu je zizan n emma ni..
tak professional..
tak ada komitmen..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 04:28 PM | Show all posts
kekwat betol 2 ekor ni..tak abis2 buat perangai
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 04:31 PM | Show all posts
makneng replied at 27-2-2015 02:50 PM
Setujukkkkk...aku masuk porem mmg nak bace gusip...ni suruh men teka teki..letih otak oiii

khennnnn...

dah ler suh teka, tp clue plak mcm nak tak nak bagi je.. caner nak speku??
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 04:34 PM | Show all posts
hurm.... pelik tol aku ngn dorg ni..
kejub ok kejub tk ok..
kalo rase masing3 tkleh nk go on.. break je la pn...
watpe asyik gado je .. .

bang khalid, mu tunggu... emma ngn zizang tkmo dtg tgk, aku nnt tgk cite mu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu betul zizan ema sesaje tk dtg , mmg tak fikir la aka bimbo
Siang ke mung mamat kalid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2015 11:24 PM | Show all posts
bakper gitu perangai mung le ni zizang weh... kekgi org x mboh amek mung belakong baru tau..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 11:29 PM | Show all posts
emma tu budak2 sgt perangainya.. nasib ko la zizan
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia buat dahhhhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2015 12:12 AM | Show all posts
doubleA replied at 27-2-2015 01:43 PM
mohon abg mamat khalid tak ambik pelakon kanak2 cinta ribena dalam pilem dah.

nak tengok que haid ...

worst kena qc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.080479 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list