CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17650|Reply: 100

Aku dan Misteri #Page 5

[Copy link]
Post time 28-2-2015 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by apech at 19-4-2016 11:44 AM

Eh, Bukan ke tadi tu kau?

Aku dulu, masa mengaji dekat Uitm Shah Alam. Duduk dekat flat luar tu. Ala...yang berdepan dengan I-City tu. Masa tu I-City, Jakel, Nagoya butik pe jadah semua mana ada lagi. Yang ada cuma flat tu je.

Aku duk la menyewa kat situ, aku dapat duduk tingkat satu. Aku ingat lagi cat flat tu dulu ada warna merah kalau tak silap. Lengang je masa tu (ahh teringat pulak kenangan lama).

Ok2 back to the story. Ada rumet aku ni L keluar dating. Tinggal la 2 3 kerat kat rumah, cadangnya nak masak untuk makan tengahari. Jimat sikit katanya. Ada yang masak nasi, ada yang masak lauk, ada yang buat air. Tugas aku masa tu buat air.

Aku masak air dalam bilik. Maklum la tengah study, ada rumet yang jenis kedekut habis semua heater periuk nasi segala benda angkut bawak masuk bilik. Tak nak kongsi dengan org. Masa nak ambik air tu aku Nampak L ni ada dalam bilik tengah duduk atas katil. Senyap membeku.

Aku pun tegur

“Eh, ko dah balik L? Masa bila ko balik? Tak cakap pun”
L  senyap . Kaku.
Muka tunduk bawah, posisi bersila atas katil.

Tengok macam tu, aku pun malas la kacau. Mungkin dorang bergaduh kot tadi tu yang takde mood (Masa tu dorang ni tengah dalam proses nak kawin, mungkin banyak benda nak di fikirkan, itu anggapan aku).

Aku pun macam biasa keluar bawak air panas. Aku bagitau dorang L dah balik. Sambil siapkan makanan aku panggil L ni makan sekali. Tak keluar2 dari bilik. Aku suruh R pegi jenguk.
Kau tau apa yang R jumpa dalam bilik??? Jeng jeng jeng..

R tak jumpa apa2 pun. Dengan orang2 nya pun tak ada. Bilik tu kosong. Aku kaget.
Takkan L keluar balik kot. Kalau nak keluar, kena lalu kitorang dulu. Alah, rumah flat je pun besar mana la sangat ruang tu.

Mesti nampak punya la kalau dia nak keluar. Kalau pun dia keluar, mesti dengar dia bukak grill. Gril kitorang bunyi karat takyah cakap la kuat yang amat. Sampai Pak Li pun boleh dengar kot (over sangat).

Persoalannya, masa bila L keluar? Ataupun sebenarnya L tak pernah balik pun? Kalau tak pernah balik, siapa yang aku tegur?

Arghh…perut aku memulas.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2015 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Hantu LA tu TT
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2015 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
uit .. seram tol .. menyampah plak klu menyamar jd org trdekat ni .. btw,story mori lg la tt ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2015 11:17 AM | Show all posts
Sabor sabor.. akan menyusul
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2015 11:53 AM | Show all posts
TT keep waiting ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2015 12:31 PM | Show all posts
Edited by apech at 28-2-2015 12:33 PM

MAIN GITAR TEPI HUTAN

Ni cerita aku masa kecik2 tapi tak ada lah kecik sangat kira dah berakal la. Form 3 mungkin.
Ceritanya masa nak balik kampung belah mak.
Kampung aku di Jerangau (Ajil, Hulu Terengganu).

Masa tu waktu magrib (magrib memang sinonim pun kan dengan penampakan entiti), dah nak sampai pun ke simpang masuk kampung tu. Sebelum sampai tu kena lalu satu jambatan kecik entah kenapa hari tu bapak aku tak singgah surau solat dulu.

Selalu nya kitorang tak jalan waktu magrib n mesti berhenti dulu mana2. Mungkin hari tu sebab dah nak sampai kot tu yang dia terus je.
Sebelum ni, tiap kali nak lalu kat jambatan misteri tu mak selalu pesan
“Haa..tutup mata semua jangan tengok , bila mak kata bukak baru boleh bukak”

Dari kecik kitorang 5 beradik di momokkan dengan kata2 sebegitu.  Haritu aku bukak mata curi2 sebab aku selalunya duduk tepi sekali tepi tingkap (senang kalau nak tido terus lentok kepala dekat cermin).

Tiba lah masa nak lalu dekat jambatan keramat keparat tu. Aku ni dalam hati ah mak ni sembang je selama ni bukan ada apa2 pun elok je aku tengok.

Siap ada orang duduk atas tembok jambatan main gitar lagi. 2 orang tak silap. Tak ingat.
Tapi lebih dari sorang. Aku pun terus je cakap kat mak.

“Mak ni tipu je selama ni kan? Mana ada hantu pun kat jambatan tu. Orang main gitar ada lah”.
Lepas aku cakap tak sampai setengah saat mak aku dah paling muka kat aku sambil cakap

“Sapa suruh kau bukak mata?”
“Orang nak tengok je” jawab aku teragak2 takut kena marah. Tak ada apa2 kot yang misteri..cuma skeptical pemikiran orang tua2 pada pandangan aku.

“Mana ada orang main gitar magrib2 ni. Sepanjang jalan ni mana ada rumah”. Mak aku jawab dengan nada serius, mulut kecik.

Eh, haah la…sepanjang jalan ni mana ada rumah. Sesapa yang pernah lalu jalan tu tau la cemana keadaan kat situ. Memang tak ada rumah ladang kelapa sawit kiri kanan.

Pun aku tak nampak ada moto kat sebelah dorang kot2 la saja datang melepak main gitar…tapi err agak pelik sebab macam tak ada tempat lain yang lebih elok nak lepak. Waktu Magrib pulak tu.

Dan…emmm baru aku perasan dorang main gitar bukan menghadap ke jalan tapi menghadap ladang kelapa sawit.
Dalam erti kata lain…
Err, tak pelik ke cara diorang menghabiskan masa lapang di waktu magrib.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2015 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
maksod nye dorang main gitar mmbelakang kn jln la ye ..  klu kte lalu kte tgok blkg dorang dl .. mcm tu ke tt ..??
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2015 12:43 PM | Show all posts
lepas si L tu balik, uols tak tanye ke die ade balik rumah ke tidak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2015 12:46 PM | Show all posts
iamchot replied at 28-2-2015 12:43 PM
lepas si L tu balik, uols tak tanye ke die ade balik rumah ke tidak?

Tak tanya. Buat rilek je.. Sebab malamnya dia baru betul2 balik. Ceria semacam je.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2015 01:20 PM | Show all posts
MAKAN NASIK TENGAHARI BUTA

*Ni cerita dari dari jiran aku. Aku panggil Razak. Cerita ni hal rumah dia sewa sebelum dia pindah ke sebelah rumah aku.
Razak ni dah kawin duduk Melaka. Razak keja jaga mesin kilang kasut. Bini suri rumah
Masa tu anak dah 2 orang. Kecik lagi 4 5 taun gitu.

Alkisahnya dorang menyewa anak beranak rumah teres setingkat. Kawasan mana lupa dah aku. Pagi-pagi Razak pegi keja bini tinggal rumah jaga anak. Kilang pun tak jauh naik motor 2 minit sampai.

Pagi tu cam biasa dia pegi keja, tengahari balik makan mandi semayang pegi keja balik. Kalau bulan pose sempat la tido kejap mandi semayang pegi keja.

Pendek kata boleh kata hampir setiap hari dia balik makan kat rumah. Ye la bini tak keja anak ada 2  kena la berjimat cermat.

Satu hari bertuah ni, tengahari dia balik rumah heran kenapa pintu rumah terkatup rapat macam tak ada orang. Tak bangun lagi ke bini aku ni? Suara anak pun tak dengar.

Bukak je pintu dia disajikan dengan suatu pemandangan yang “sangat indah”.  Dia nampak bini dia tengah makan nasi. Makan nasi je pun, apa yang indah sangat?

Mau tak indah, makan nasik sambil cangkung depan pintu dapur rambut mengerbang.
Tangan kiri suap nasi tangan kanan pegang pinggan.
Sambil makan sambil pandang tak lepas si Razak ni. Lupa nak cakap masa tu bulan pose.

Razak ni pun, tutup balik pintu terus lari.
Punya panik sampai tak ingat yang dia ada moto. Terus lari guna kaki pegi rumah imam.

Tak lama imam pun datang dan ubatkan. Proses pengubatan tak ada drama tv swasta sangat. Biasa-biasa je. Sb makhluk tu cuma marah sebab kacau bilik dia.

Razak sebagai ketua keluarga yang ada naluri “protective”  yang sangat tinggi telah mengambil keputusan yang sangat bijak cepat dan ringkas iaitu pindah keluar dari situ secepat yang mungkin.

Lepas kejadian makan nasik tu, baru terbongkar kejadian-kejadian kecil yang berlaku sebelumnya tapi disorokkan dari pengetahuan Razak and famili atas dasar “mainan perasaan je kot”.

Kejadian tersebut akan diceritakan dalam episod yang akan datang. Itu pun kalau ada yang nak baca laa…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2015 01:23 PM | Show all posts
norish1407 replied at 28-2-2015 12:35 PM
maksod nye dorang main gitar mmbelakang kn jln la ye ..  klu kte lalu kte tgok blkg dorang dl .. mc ...

Haah. Nampak belakang je.

Ke mmg ada skil mat-mat gitar ni yang memang suka main membelakangkan jalan.
Kot2 lebih feeling ke menghadap kelapa sawit.
Aku tak reti main gitar so aku tak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2015 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
x penah plak tgok org main gitar amik feeling cam gitu ..
eh,sape yang x nak baca citer tt ni ..??? aku nk baca je .. aku peminat cerita hantu .. smbung lg ye tt oi ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2015 03:26 PM | Show all posts
mana sambungannya ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2015 04:25 PM | Show all posts
BILIK BELAKANG

*Sambungan makan nasik di tengahari.

Bilik yang bermasalah ni terletak belakang sekali, sebelah dapur. Bilik ni diorang jarang guna sb kecik.
Diorang buat bilik tetamu/stor.
Kalau-kalau adik beradik atau mak ayah datang boleh le tido kat situ.
Kesimpulannya jarang la digunakan.

Bini si Razak namanya Anis. Pernah la sekali mak Anis dtg bermalam kat situ. Duduk bilik belakang. Mak dia takde la kena kacau teruk. Setakat kena angkat tido kat ruang tamu. Marah agaknya ada org guna bilik dia.

Selain mak, adik Ani ni pun pernah kena kacau-kacau manja. Tarik selimut, main kuis-kuis kaki. Kena angkat tido luar tu dah selalu.

Sebab tu bila dtg adik dia nak tido luar je. Ye la buat apa tido dalam kalau last2 kena angkat jugak.

Imam tu nasihatkan pindah je, dengan ada anak kecik nya. lagipun tu rumah sewa, bukan rumah sendiri.

Lepas pindah, takda apa gangguan dah. Maknanya ni bukan jenis mengikut. Ni jenis mempertahankan hak dia je. Hak la sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2015 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
apech replied at 28-2-2015 12:31 PM
MAIN GITAR TEPI HUTAN

Ni cerita aku masa kecik2 tapi tak ada lah kecik sangat kira dah berakal la ...

Teringat aku nk g bercuti dr KL ke merang, hubby ikut jln ni lps hiway... Ntah mcm mana dia tau pun x tau la... Mmg jln ni memyeramkan...waktu siang pun sunyi.. Sampai terfikir jugak waktu tu mcm mana la kalau malam.. Mau berdebar2 sepjg jln
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2015 08:38 PM | Show all posts
penceritaan yang menarik. mudah dibaca dan faham... tambah cerita lagi TT klu tak keberatan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2015 10:48 PM | Show all posts
ajakbg replied at 28-2-2015 08:38 PM
penceritaan yang menarik. mudah dibaca dan faham... tambah cerita lagi TT klu tak keberatan... {:1_1 ...

Insha allah. Tunggu..Ada banyak lagi akan menyusul

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2015 10:50 PM | Show all posts
CrowneGlory replied at 28-2-2015 04:40 PM
Teringat aku nk g bercuti dr KL ke merang, hubby ikut jln ni lps hiway... Ntah mcm mana dia tau pu ...

Kan crown. Dah la jalan bengkak bengkok. Lampu jalan pun xde. Memang seram kalau balik mlm.
Tabik spring pada rider yang sanggup lalu malam-malam buta

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2015 11:25 PM | Show all posts
Edited by apech at 28-2-2015 11:27 PM

PENJAGA BERNAMA HALIM

*Lokasi Sabak Bernam. Keluarga mertua aku asal Sabak Bernam sebelum diorang pindah ke Pahang.
Merantau.
Ni cerita dari pak mertua ku.

Kalau sapa2 pernah lalu jalan situ yang kawasan ada sawah padi (produser kalau nak ambik shoot sawah padi je mesti pegi situ). Kalau perasan, rumah kat situ mesti sepesen je.

Depan rumah mesti ada parit. Nak masuk rumah mesti kena lalu jambatan parit tu dulu.

Ada la 1 malam ni pak mertua aku balik lewat malam.
Jaman muda-muda. Naik basikal je masa tu.

Sampai depan rumah dia sorong basikal lalu parit tu nak masuk rumah. Jalan terjengket-jengket takut mak (nenek) dengar.

Dalam pada tengah jengket-jengket tu dia terdengar ada org berdehem.
Garau. Parau.
Jantung tiba-tiba makin laju. Takut.
Nenek perasan ke dia balik lambat? Nenek tak tidur lagi ke?
Habis la kalau kantoi dengan nenek. Utk pengtahuan nenek teramat lah garangnya.

Pernah kena ikat dekat pokok, letak kerengga.
Sebab, balik rumah orang dah azan magrib. Serik!

Ok2. Sambung cerita.
Lepas dgr orang berdehem, dia cepat-cepat park basikal nak masuk rumah.

Sampai depan pintu dia heran pesaipa pintu ni macam hitam je. Gelap semacam je. Bila makin dekat dia tengok kenapa macam berbulu-bulu je pintu ni.

Ke aku silap rumah?

Dia makin tak sedap hati. Dia anjak ke belakang 2 3 langkah n dongak ke atas.

Mak aih!!!

Tinggi nya benda Allah ni!!

Rupanya yang berbulu-bulu tu kaki makhluk Allah tu punya.
Tak mau bagi dia masuk rumah dia tahan depan pintu rumah.

Nak terkencing ada, menyesal pun ada. Tobat tak nak dah balik lewat malam. Tapi menyesal kalau dia bagi masuk tak apa la jugak.

Ni duk tahan keras kat situ. Beralih tidak, berganjak pun tidak. Dah macam sekuriti.

Last2 habis idea tau pak mertua aku buat apa?

Dia pegi lari ke belakang, ketuk tingkap bilik nenek. Kata nak masuk dengan suara tersekat-sekat.
Takut kena marah campur takut dengan benda hitam berbulu tu.

Lepas tu nenek selamba je menyahut.
"Tu la balik lambat lagi. Kan dah jumpa dengan Halim. Tunggu kejap aku bukak pintu".

Esoknya nenek cerita selang seli dengan kena bebel. Tadah je la telinga walaupun rasa nak bernanah. Perempuan, kalau dah dapat peluang bebel. Lagi-lagi kalau kita kantoi buat salah. Memang pakej lengkap.

Nenek cakap........benda tu namanya Halim. Tugasnya jaga sawah dgn rumah.

"Dia tak kenal kau, tu yang dia usik".

Ha? Siap ada nama? Mesra sangat kah mereka berdua?





Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 09:47 AM | Show all posts
wahhh... misterinya nama halim tu..
mesti ada sambungan lagi.. penjaga ni kot saka..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.092997 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list