CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: strawbenna

Zamarul buat pengakuan menggemparkan-sudah sah bercerai

[Copy link]
Post time 1-3-2015 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Beria diana ni caras zamarul dr bini dulu kan?? Aku bacb kat bod ni gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2015 02:33 PM | Show all posts
"Saya takut sebenarnya melalui fasa bercerai berai ini. Cukuplah yang kedua ini...tak mahu yang ketiga lagi," katanya.
Tambah Zamarul, di peringkat usianya sekarang hakikatnya tidak perlu lagi isu yang sebegini menyulitkan kehidupannya.
"Pening kepala saya memikirkan hal sebegini. Tapi benda sudah jadi, ia ujian untuk kita jadi lebih kuat. Usia saya ini lebih sesuai kepada aktiviti mendengar ceramah di surau atau melakukan penghijrahan diri.


aku rasa zamarul pon dah sedar diri dah..tak playboy mcm dulu lg..
tapi dari gaya nya mcm oja tu mungkin jadi sebab2 jugak dorg jadi mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 02:40 PM | Show all posts
Bertabahlah zamarul...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 02:43 PM | Show all posts
ada anak erk? sianlah kat anak2
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 02:49 PM | Show all posts
cash ke??? selayaknye la...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
fealefea replied at 1-3-2015 11:11 AM
cash la ko zamarul. dulu ko buat bini ko cam takde harga diri meh.cian bini kau. bercinta ngan diana ...

Gitu ke..hmm apela yg nk d harap kn dgn laki gini nauzubillah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2015 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
doakan yg baik2 je. semua org buat silap, cume bagaimana cara dieorg perbetulkan silap tu yg b'beza. ade org saling muhasabah diri, ade org trs putuskan ikatan p'kahwinan & ade jgk yg amik jln diam diri.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 03:21 PM | Show all posts
La. Udah cerai? Hari tu baca sotkabor katanya bukan disbbkan Oja.

Baru je smlm baca berita yg Oja dah bertunang. So iols anggap, yaa mmg betulla diorg berpisah bukan disbbkan Oja.

Hari ni lain pulak stmtnya..

Apa2 pun bertabahlah. Kalo boleh dan mahu rujuk, rujuklah. Kegagalan rumahtangga yg 1st sepatutnya dijadikan pengajaran.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2015 04:12 PM | Show all posts
fealefea replied at 1-3-2015 11:11 AM
cash la ko zamarul. dulu ko buat bini ko cam takde harga diri meh.cian bini kau. bercinta ngan diana ...

la yeke sampai mcm tu dia buat bini dia dlu? Memang cash lah..

tapi diana rafar tu memang cantik. tak heran pun jadi janda dah tua2 still ramai nak

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 04:13 PM | Show all posts
dalima replied at 1-3-2015 03:21 PM
La. Udah cerai? Hari tu baca sotkabor katanya bukan disbbkan Oja.

Baru je smlm baca berita yg Oja ...

sape oja tu? dia skandal ngn sape?

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejujurnya ku suka dgn ZH dgn DR ni.
Harapnya jodoh mereka masih ada
anak pn perlukan ibu bapa
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 06:24 PM | Show all posts
ko takan mampu nk menten pompuan tu..dia dah dulu bisa idup mewah dan shoppin di paris bagai
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
fealefea replied at 1-3-2015 11:11 AM
cash la ko zamarul. dulu ko buat bini ko cam takde harga diri meh.cian bini kau. bercinta ngan diana ...

eh bkn ke zamarul mmg dah duda ke masa jd artis?
xtau pun dia masih laki org.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 07:00 PM | Show all posts
Syd replied at 1-3-2015 03:50 AM
retis 90an yg dispeku?

sape lagi.. oja tuh laaaa
motip chuols tak ingat

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 1-3-2015 11:50 AM
retis 90an yg dispeku?

Seblm ni kan ada disebut2 Oja..
Org yg sama kah??
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 10:45 PM | Show all posts
elle_april replied at 1-3-2015 04:13 PM
sape oja tu? dia skandal ngn sape?

Subjek yg digambarkan dlm artikel di post #1 oleh tt.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2015 10:47 PM | Show all posts
ecahaha replied at 1-3-2015 10:50 AM
gayanya macam dia x nak bercerai.. pentingnya untuk ada rasa kasihan pada pasangan sebab kasihan tu  ...

harap dorang bersatu semula..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak silap iols ank lelaki dia dgn 1st wife dlu dia hntr belajar di Tahfiz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 12:22 AM | Show all posts
Kami tidak pernah berdendam - Diana Rafar

KUALA LUMPUR: Siapa sangka perkahwinan yang dibina atas dasar cinta pada 16 Mei 2009 boleh diragut begitu saja pada 15 Januari lalu. Ia ternyata mengejutkan ramai pihak.

Namun bagi Diana Rafar, beliau percaya andai ada jodohnya dengan Zamarul Hisham kembali pasti tak ke mana.

Saat ini ramai mendoakan supaya pasangan ini kembali seperti sedia kala. Bagi mendapatkan pengakuan sama rata ekoran kenyataan Zamarul kepada BH Online sebelum ini, Diana pula sudi bersuara selepas sekian lama berdiam diri.

"Saya menjalani kehidupan macam biasa. Rutin harian menjaga anak, perniagaan dan karier sebagai anak seni berjalan seperti selalu. "Terlalu banyak yang saya pelajari atas perpisahan ini. Mungkin ada rahmat di sebalik dugaan perpisahan ni berlaku.

"Saya dan Zamarul tak pernah bermusuh apatah lagi berdendam antara kami. Sebenar tak perlu untuk saya jelaskan sebab bagi saya masalah antara kami terlalu peribadi dan rahsia saya dan Zamarul," kata ibu kepada Kashfi Haiqal itu.

Menurut Diana lagi, ruang perpisahan itu sebaiknya menjadi peluang mereka bermuhasabah diri ke arah yang lebih baik selepas ini.

"Apa yang berlaku menjadi ruang untuk saya sendiri menilai mana sahabat dan orang yang benar-benar ikhlas untuk urusan perniagaan ataupun persahabatan dan yang mana lawan serta sebaliknya. Insya-Allah saya lebih berhati hati selepas ni.

"Saya tak nafikan ada orang yang cuba mengambil kesempatan ke atas apa yang berlaku. Mungkin juga orang terdekat, sahabat atau sebagainya tapi bagi saya biarlah semuanya ini menjadi iktibar supaya saya lebih berhati hati selepas ini," katanya yang jelas memanjat kesyukuran dan tenang dengan kehidupan sekarang.

Diana, selepas membaca kenyataan bekas suaminya di BH PLUS, memuji bagaimana Zamarul menjelaskan setiap inci yang terjadi tanpa mengaibkan sesiapa.

"Saya bangga dengan kenyataan Zamarul yang matang dalam mengatasi situasi dan keadaan.

"Apa pun dia tetap bapa kepada anak saya. Saya tidak sekali pun membenci atau gembira dengan apa yang terjadi," katanya.

Ditanya apakah beliau masih menyayangi bekas suaminya itu seperti mana Zamarul menyayangi sehingga kini, Diana hanya membiarkan persoalan itu berlalu sepi.

"Doakan kebahagiaan dan kesihatan kami baik, dengan izin Allah. Insya-Allah," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 02:13 AM | Show all posts
ecahaha replied at 1-3-2015 10:50 AM
gayanya macam dia x nak bercerai.. pentingnya untuk ada rasa kasihan pada pasangan sebab kasihan tu  ...

win ayat ni.

betul. dalam hubungan bukan setakat cinta je. kasihan perlu ada...
bila cinta dah hilang kasihan yang akan kekalkan hubungan tu. lama2 akan timbul sayang dan cinta tu balik.

sepatutnya Zamarul dan Diana kalau dalam tempoh edah tak perlu pisah rumah.
jarak akan menjauhkan rasa sayang tu.. moga mereka muhasabah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.433782 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list