View: 8022|Reply: 96
|
[Tempatan]
Isteri polis sukarelawan dibunuh
[Copy link]
|
|
GUA MUSANG – Rasa tidak sedap hati seorang anggota polis sukarelawan ketika bertugas membawa petanda buruk apabila isterinya mati dikelar oleh penjenayah dalam kejadian di Kampung Batu Papan di sini semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 2.40 pagi, ibu muda, Yashmin Fauzi (gambar kecil), 26, berada di rumah bersama tiga orang anak lelakinya iaitu Mohd. Kasri, 6, Mohd. Adli, 5, dan Mohd. Adam yang berusia lima bulan kerana suaminya, Konstabel Mohd. Azrul Isahak, 30, keluar bertugas.
Namun tidak sampai sejam bertugas, Mohd. Azrul yang ketika itu berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang berasa tidak sedap hati lalu memohon izin daripada pegawainya untuk pulang menjenguk keluarganya.
Alangkah terkejut Mohd. Azrul ketika menghampiri rumahnya dia menemui isterinya yang hanya ditutupi kain selimut berada di atas jalan dalam keadaan menggelupur menahan sakit akibat leher dikelar.
Tiga anak-anaknya pula ditemui menangis di bilik tidur dengan baju masing-masing berlumuran darah daripada kecederaan dialami ibu mereka.
Yashmin dipercayai merangkak keluar dari rumah bagi mencari bantuan selepas dirompak dan dicederakan oleh penjenayah yang masuk ke rumahnya melalui pintu dapur.
Jarak antara rumah dan lokasi mangsa ditemui ialah kira-kira 100 meter.
Cerita Mohd. Azrul, dia meninggalkan isteri dan anak-anaknya di rumah kerana bertugas pada pukul 1 pagi hingga 5 pagi.
“Ketika bertugas saya rasa tidak sedap hati lalu mohon pulang. Semasa menghampiri rumah saya terkejut menemui isteri tanpa pakaian berselubung kain selimut dalam keadaan berdarah dan menggelupur di atas jalan,” ceritanya ketika ditemui di Hospital Gua Musang di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnalillahirojiun ... takziah kpd keluarga ini... simpati kpd anak2.... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm kes rogol dan bunuh je
sbb katanya jumpa tak berpakaian, hanya berselubung selimut je kan
ish ngerinya
sian sgt anak2 kecik2 lg
|
|
|
|
|
|
|
|
babi betul penjenayah ni
nk rompak je la
ni bunuh rogol org tu ada anak2 kecik
kesian nya anak2 menangis ketakutan
al fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
esok2 penjenayah tu pulak yang kena kelar |
|
|
|
|
|
|
|
sadisnya. trauma budak2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya..mesti trauma anak2 dia....Al Fatihah dan takziah kepada keluarga... |
|
|
|
|
|
|
|
Al Fatihah.. sedey kat ank2 Ya Allah semoga dorang tabah hadapi ujian ini... |
|
|
|
|
|
|
|
kejammmmmm! |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian anak-anak kecik... Al-fatihah... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannye... anak kecik2 lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
al fatihah utk arwah...
kesian kt bebudak tu nk menghadapi masa depan tanpa ibu...
semoga penjenayah dpt ditangkap dan dihukum sewajarnya... |
|
|
|
|
|
|
|
al- fatihah untuk arwah...
salam takziah buat keluarga...
jilake sangat perangai perompak...
rompak je dah la tayah nak kelar2 bagai...
kesian kat baby... tah-tah masih menyusu badan |
|
|
|
|
|
|
|
Namun tidak sampai sejam bertugas, Mohd. Azrul yang ketika itu berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang berasa tidak sedap hati lalu memohon izin daripada pegawainya untuk pulang menjenguk keluarganya.
Oh please don't tell us you have sixth sense boleh rasa ada yang tak kena di rumah....
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 2-3-2015 06:22 AM
Oh please don't tell us you have sixth sense boleh rasa ada yang tak kena di rumah....
Kau rasa dia vkilledv his wife soon after pulang
Dan terjumpa selingkuhan atau berlaku domestic violence,
lalu mencederakan....
Aku bertanya sbb most population mamal boleh rasa tak sedap hati
Itu perkara common
Bukan gifted
|
|
|
|
|
|
|
| |
|