CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1060|Reply: 0

Pas siasat dakwaan masalah dalaman parti

[Copy link]
Post time 2-3-2015 08:45 AM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM - Pas sedang menyiasat dakwaan terdapat gerakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada jawatan presiden yang melibatkan anggota pimpinan tertinggi parti itu.
       
        Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, isu itu bagaimanapun tidak perlu diperbesarkan kerana ia merupakan isu dalaman parti.
       
        “Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana perkara ini masih dalam siasatan. Ahli Jawatankuasa Pas Pusat memang ada terima aduan mengenainya (cubaan jatuhkan Abdul Hadi). Apabila ada aduan, sudah tentu kita akan siasat. Tetapi rasanya tidak perlu didedahkan lebih lanjut kerana ini hal dalaman parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
       
        Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan  Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki bahawa terdapat gerakan untuk menjatuhkan Abdul Hadi oleh kumpulan tertentu sejak 1998 lagi.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam kenyataan yang disiarkan akhbar ini semalam menyatakan wujud kelompok dilabelkan ‘barua’ dalam Pas dan dikesan cuba memisahkan pemikiran Abdul Hadi dengan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
       
        Mahfodz mengingatkan ahli Pas agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan sesama sendiri dalam parti.
       
        “Kalau ada apa-apa yang tidak kena dengan parti, jangan dedahkan kepada umum. Lebih baik buat aduan secara rasmi kepada parti.
       
        "Kita ada Jawatankuasa Tatatertib, jadi kita akan selesaikan secara dalaman. Kita tidak mahu kenyataan yang dibuat mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.
sumber:sinar harian

       



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.071029 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list