CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1376|Reply: 3

PKR pertimbang tindakan undang-undang jika Anwar tidak dibenar hadiri sidang ...

[Copy link]
Post time 2-3-2015 03:06 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA, 2 Mac:

PKR akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan meliwat tidak dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat di Parlimen yang bakal bermula 9 Mac ini.

“Kami akan fikirkan tentang mengambil tindakan undang-undang jika beliau tidak dibenarkan untuk memasuki (sidang) Parlimen yang mana itu adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.


“Perlembagaan adalah kuasa undang-undang tertinggi di negara ini dan berdasarkannya (Perlembagaan) beliau masih lagi seorang ahli Parlimen,” kata ahli Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang tidak menolak kemungkinan itu pada sidang media di Ibu Pejabat parti itu hari ini.

Menurut Johari, beliau telah menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi ini, meminta pejabat beliau mengaturkan agar Anwar diberi pelepasan untuk hadir sesi persidangan Parlimen mulai 9 Mac hingga 9 April.

“Dunia sedang memerhatikan negara ini berhubung permohonan PKR ini.

“Speaker akan diperhatikan oleh rakyat Malaysia dan juga orang-orang dari seluruh dunia.

“Saya yakin dengan pengetahuan beliau tentang undang-undang, beliau akan membuat keputusan yang adil dan saksama,” kata Johari sambil memaklumkan setakat ini tidak ada sebarang perkembangan mengenai permohonan pengampunan yang dikemukakan keluarga Anwar kepada Yang Dipertuan Agong.

“Agong adalah Pengerusi Lembaga Pengampunan dan ia adalah hak mutlak Baginda bila mahu membuat keputusan.

“Oleh kerana ia (permohonan pengampunan) belum muktamad, maka saya meminta Pandikar agar meluluskan kebenaran untuk Anwar hadir daripada mula hingga akhir sesi,” kata Johari.

Menurut beliau lagi, pejabat Pandikar telah mengesahkan penerimaan surat memoohon kehadiran Anwar semasa majlis pembukaan, sepanjang sidang berlangsung serta majlis penutupan sesi Parlimen akan datang.

“Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Anwar masih ahli Parlimen.

“Seksyen (e) Artikel itu jelas menyatakan bahawa seseorang akan hilang hak untuk menjadi ahli Parlimen hanya selepas gagal mendapat pengampunan,” kata Johari lagi.

Beliau berkata, Pandikar sendiri juga baru-baru ini telah mengakui bahawa Anwar masih ahli Parlimen.

“Beliau telah berkata bahawa Anwar berdasarkan Artikel 48, hanya akan kehilangan haknya sebagai ahli Parlimen sebaik sahaja keputusan petisyen pengampunan beliau telah dimuktamadkan, di mana beliau tidak diampunkan,” kata Johari.

Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/beri ... imen/#ixzz3TD3q9Foq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2015 03:19 PM | Show all posts
PKR tak habis2 nak memalukan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:02 AM | Show all posts
PKR umpama IS cuma lum lg nk putuskan kepala org....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:50 PM | Show all posts
PKR nie x ada pemimpin lain ke...
Lantiklah pemimpin dan ketua pbangkang baru...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.471357 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list