|
Edited by ib-instaforex at 2-3-2015 03:24 PM
Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata selepas berlakunya gerakan 'Reformasi 1998' dan tsunami politik 2008, masih ada yang tidak belajar daripada pengalaman tersebut. - Foto Facebook Mohammad Agus Yusoff
KUALA LUMPUR, 2 Mac:
Rakyat perlu bangkit menentukan hala tuju politik negara yang dilihat semakin kalut.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata selepas berlakunya gerakan ‘Reformasi 1998′ dan tsunami politik 2008, masih ada yang tidak belajar daripada pengalaman tersebut.
Menurut Agus, politik negara masih lagi terikat kepada tiga isu utama iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, agama dan Melayu.
“Biarpun Anwar telah dihukum penjara, masih ada pihak yang mengadakan roadshow untuk menambahkan aib beliau.
“Di pihak lain pula, masih ada demonstrasi dan bakar lilin untuk mencari keadilan untuk Anwar,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.
Jelas Agus, kecelaruan politik negara juga ditambah dengan PAS dengan dakwaan partinya sebagai satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam.
“Sokongan kepada parti selain PAS dianggap menolak Islam, seolah-olah hanya PAS sahaja yang mempedulikan Islam,” katanya lagi.
Malah, Agus berpandangan UMNO pula berterusan ghairah dengan agenda Melayu susulan penganjuran pertemuan Renaisans Melayu di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini.
“Maka, diulang-ulanglah sumpah pemimpin untuk menjadikan Melayu hebat.
“Memerhatikan ucapan pemimpin ini, ia hanya retorik semata kerana saya tidak melihat produk baru yang ditawarkan untuk menjadikan Melayu hebat,” jelasnya lagi.
Agus juga menjelaskan sudah pasti pandangannya mungkin akan mengundang pelbagai reaksi yang beremosi, namun perbincangan itu harus bersifat rasional.
“Yang saya mahukan ialah kita membincangkan caranya untuk menjadikan Islam hebat, Melayu hebat dan Malaysia hebat,” ujarnya.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/beri ... agus/#ixzz3TD7inseZ
|
|