AGENSI - SEBAHAGIAN daripada rangka manusia yang ditemui secara tersusun rapi di sebuah pasar raya di Paris baru-baru ini.
PARIS, Perancis – Sekumpulan pakar arkeologi di sini tidak menyangka akan menemui lebih 200 mayat manusia yang sudah tinggal rangka dalam keadaan tersusun rapi di bawah sebuah pasar raya baru-baru ini.
Kumpulan arkeologi itu dipanggil pihak pengurusan Pasar Raya Monoprix untuk menjalankan pemeriksaan sebelum proses pembinaan dilakukan di kawasan tersebut.
Pengarah pasar raya tersebut, Pascal Roy berkata, pihaknya terkejut apabila menemui sebuah perkuburan komunal yang mayatnya ditanam secara tersusun.
“Kami menyangka kawasan ini hanya terdapat beberapa rangka tulang kerana ia merupakan bekas tapak perkuburan. Tetapi, apa yang berlaku agak memeranjatkan,” katanya.
AGENSI - SEORANG ahli arkeologi menjalankan pemeriksaan di kawasan tanah perkuburan di bawah pasar raya tersebut.
Dahulu, kawasan itu merupakan tanah perkuburan sebuah hospital yang beroperasi pada kurun ke-12 hingga 17. Bagaimanapun, mayat-mayat yang ditanam di lokasi terbabit dipercayai sudah dipindahkan ke kawasan di bawah pasar raya berkenaan.
“Apa yang menarik adalah mayat-mayat ini bukannya dicampak ke dalam kubur tersebut tetapi ia disusun rapi. Mayat-mayat individu disusun secara selang seli kerana dipercayai untuk menjimatkan ruang kubur itu,” kata ahli arkeologi, Isabelle Abadie. – Agensi
AGENSI - SEORANG ahli arkeologi menjalankan pemeriksaan di kawasan tanah perkuburan di bawah pasar raya tersebut.
Kalau berhantu tu takda heran lah. Macam dulu awal 60an kat kawasan aku ni ada jugak kerja-kerja menggali dan buang tulang-tulang mangsa perang untuk dibuat tapak sekolah. Kawasan sekolah tu dulu tapak battle of jitra waktu jepun masuk tanah melayu dalam 2nd world war. Dia punya angker sekolah tu tak payah cerita lahhh.
akak pernah cikcur underground paris yg penuh rangka2 mayat silam, catacomb katanya.
gigih akak bangun sehening subuh beratur nak cikcur bawah tanah itu.
The site was once home to l’hôpital de la Trinité, which was built in 1202. Located just outside the medieval walls of Paris, the hospital provided care for pilgrims and the poor. By the 16th century the site had become an orphanage and its buildings were torn down in 1817.
The skeletal remains do not show damage to immediately identify the cause of the mass death. Paris was struck by the Black Death in the 14th century, and suffered other plagues in following centuries.
nampak kemas dan tersusun plak kan... yg kes misteri lelaki hilang dlm paris catacomb tuh mcm kotor dan gelap gulita jah... tulang2 dan tengkorak berselerakan. Atau tempat ni ada pelbagai level.
nih bideonya. tak tau benar2 kejadian atau hoax semata2.