View: 2045|Reply: 31
|
[Tempatan]
Negara perlu pembangkang bersikap terbuka kata Tan Sri Abu Zahar Ujang
[Copy link]
|
|
Edited by ib-instaforex at 2-3-2015 08:40 PM
Tan Sri Abu Zahar Ujang
SHAH ALAM - Negara memerlukan pembangkang yang bersikap terbuka dan bertanggungjawab dalam memainkan peranan sebagai pihak yang 'memantau dan menegur' pentadbiran kerajaan.
Bekas Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata beliau secara peribadi berpendapat kualiti pembangkang di Malaysia ketika ini tidak begitu memuaskan terutama dalam soal menghormati peraturan ketika membahaskan sesuatu perkara di Parlimen.
"Kita memerlukan pembangkang dalam sistem demokrasi di negara ini tetapi kita nak lihat pembangkang yang mengamalkan sikap keterbukaan dan bertanggungjawab kepada negara.
"Di Jepun, apabila mereka membahaskan belanjawan negara kita dapat lihat perdana menteri dan ketua pembangkang duduk bersama. Mereka berbahas dengan penuh hemah serta tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan biadab," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Mubarak Selangor 2015 di sini, hari ini. Turut hadir Yang Dipertua Mubarak Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar.
Abu Zahar yang juga Yang Dipertua Dewan Negara bagaimanapun mengakui ada dalam kalangan pembangkang menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik apabila menyumbang idea secara berhemah ketika berbahas di Parlimen.
"Jangan jadi seperti sesetengah (wakil rakyat) itu yang pernah menjawat jawatan tertinggi dan dia tahu itu (peraturan dewan) tetapi demi nak dapatkan publisiti murahan dia sengaja keluarkan perkataan yang bukan-bukan," katanya.
Ketika mengulas tindakan PKR menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memohon membenarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sidang Dewan Rakyat yang bermula Isnin depan, Abu Zahar berkata beliau secara peribadi berpandangan sesiapa sahaja yang telah dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan jenayah perlu menghormati keputusan mahkamah.
"Kalau nak keluar (hadiri persidangan) saya rasa kalau buat sesuatu benda yang 'precedent it becomes bad precedent' (duluan ia akan menjadi duluan yang tidak baik)," katanya.
Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Anwar dan mengekalkan sabitan serta hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Selasa lepas (24 Februari), isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha menyerahkan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan dan hukuman penjara itu. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Kami perlukan gov yg berhemah dan bukan jenis cat rambut sampai rm1200. Tq |
|
|
|
|
|
|
|
dan memerlukan pemerintah yang bersikap terbuka jugek ...
bersedia menerima teguran .. bukan cepat melatah |
|
|
|
|
|
|
|
Kita tak ada pembangkang..yg kita ada pembangang. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalu orang kampung baca artikel ni, angguk angguk setuju aje. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 2-3-2015 09:04 PM
Kalu orang kampung baca artikel ni, angguk angguk setuju aje.
Angguk angguk
Geleng geleng
Tunduk tunduk
Ikot Telunjuk... |
|
|
|
|
|
|
|
Pembangkang semua lagi bodoh dari bn |
|
|
|
|
|
|
|
Baik pemerintah maupun pembangkang, RAKYAT bukanlah keutamaan mereka.
Kena terima hakikat mereka hanya memerlukan rakyat masa mengundi je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pembangang langkah kajang puiiiiipular |
|
|
|
|
|
|
|
yang ada sekarang cuma peliwat
dan penyokongnya
susah nak cari pembangkang
yang berwibawa dan bersikap terbuka |
|
|
|
|
|
|
|
Dua2 masuk air skang ni. Yg kerajaan dah satu hal, yg aku sedih pembangkang merendahkan level mereka untuk masuk kedalam game kerajaan yang low. Last2 rakyat gak jadi mangsa akibat perpecahan dan pertelingkahan yang tak sudah |
|
|
|
|
|
|
|
Biar dua dua terbuka...... |
|
|
|
|
|
|
|
TS Abu Zahar ni bapak Dira Abu Zahar kan??
Bukan ke dia dh meninggal few years ago yg si Dira sedih2..
Ai tgezut tgk TS ni masuk tibi sbb ingat dah meninggal... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah namanya rakyat malaysia sama je acuannya. Kalau rakyat marhaen punya perangai gred C maka gov dan pembankang gred B. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu Abu Zahar Ithnin ler bekas Ketua Menteri Melaka ... lepas tu turun pangkat jd setiausaha Parlimen plak
|
|
|
|
|
|
|
|
pihak kerajaan tu berwibawa sgat ke?1mdb nak bankrupt dah woii,cat rambut kakmah pon 1200 ko hangguk2 je.harta pusaka tok bijan pon dari genting judi tu wibawa la sgat.pastu alih2 konar ketum,dapig,liwat...akal macai mudah dibaca kahkahkah!
|
|
|
|
|
|
|
|
ko setakat tau puiipuii je baik ko tak payah reply,buang karan je.baik ko gi tolong cat rambut kakmah dapat jugak 1200.kahkahkah!
|
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 3-3-2015 10:46 PM
ko setakat tau puiipuii je baik ko tak payah reply,buang karan je.baik ko gi tolong cat rambut kak ...
Karan yu ke terbuang tu...tak suka baca reply ai bolela totop mata buat tak nampak ke kan..sebelum ai terlupa...puiiiiiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
| |
|