CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61528|Reply: 629

[Tempatan] Adi Putra - Genius Tak Diiktiraf

  [Copy link]
Post time 4-3-2015 08:28 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Kira-kira sedekad yang lalu negara dihebahkan dengan kemunculan seorang kanak-kanak genius yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik seperti algebra, indeks dan trigonometri.

Ketika berusia hanya enam tahun pada ketika itu, Adi Putra Abdul Ghani mengakui bahawa kepintaran luar biasa yang dimilikinya itu adalah pemberian Allah untuknya.

Kepintarannya dalam bidang matematik mendapat perhatian banyak pihak khususnya mengenai bantuan dan bimbingan yang wajar diberikan kepadanya bagi memastikan kebolehannya digilap dengan sebaik mungkin.

Bagaimanapun beberapa tahun selepas itu ramai pihak mula melahirkan kebimbangan apabila Adi Putra mengambil keputusan untuk berhenti belajar di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak selepas menyifatkan sistem pendidikan sedia ada tidak sesuai dengannya.

Malah masih teringat kata-katanya ketika itu apabila beliau mengumpamakan dirinya seperti ‘kereta Ferrari yang dipandu seperti kereta Kancil’.

Selepas 10 tahun, mStar Online kembali menjejaki Adi Putra, 16, bagi mengetahui perkembangan terkini genius matematik itu yang seakan menyepi daripada sebarang publisiti.

Menurut Adi Putra, beliau kini banyak menghabiskan masa memenuhi undangan daripada sekolah, universiti mahupun kumpulan tertentu untuk mengajar ilmu matematik luar biasa yang dimilikinya sejak lebih 10 tahun lalu.

Bukan itu sahaja, anak kepada pasangan suami isteri, Abdul Ghani Abdul Wahid dan Serihana Elias ini turut menerima jemputan untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti di Brunei Darussalam.
Walaupun masih aktif mengajar pelbagai formula matematik, Adi Putra masih belum memiliki sebarang kelayakan akademik.



Namun di kala remaja seusia dengannya sedang giat mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, Adi Putra pada ketika ini masih belum memiliki sebarang kelayakan akademik secara bertulis.

Malangnya, remaja yang berasal dari Bagan Serai, Perak ini juga tidak mempunyai sijil sah pengajian di peringkat A-level yang diikutinya di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) beberapa tahun lalu.
Dakwa Adi Putra, beliau berjaya menghabiskan kursus yang diikutinya selama dua tahun di UIA, namun pembelajarannya tidak diiktiraf atas faktor usia.
“Adi nak cakap lebih pun tak tahu sangat, tapi Adi memang sudah habis belajar selama dua tahun di UIA. Tapi Adi tak pernah dapat sijil. Senang cerita…Adi pergi belajar, bukan untuk dapatkan apa-apa.
“Adi belajar lima subjek iaitu fizik, kimia, biologi, matematik dan matematik tambahan, tapi memang Adi tak ada kelayakan bertulis, alasan yang diberitahu masa itu ialah sebab Adi bawah umur,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada mStar ketika ditemui sewaktu mengadakan program matematik bersama kanak-kanak di Subang baru-baru ini.

Ditanya bagaimana beliau mampu meneruskan kehidupannya dengan menjadi tenaga pengajar walaupun tanpa kelulusan akademik, Adi berkata beliau hanya bersandarkan kepada nama dan popularitinya sebelum ini.

“Memang tak ada kelayakan…tapi orang kenal Adi kerana nama ‘Adi Putra’. Orang tahu sejarah dan latar belakang Adi,” ujarnya.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini, Adi Putra bagaimanapun melahirkan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Ujarnya, cita-cita sejak kecil untuk menjadi seorang profesor matematik Islam tidak pernah terpadam daripada sasaran hidupnya.

“Memang niat Adi pun insyaAllah kalau ada dana dan ada masa, Adi nak juga sambung belajar.
“Sasaran Adi ingin belajar di Monarch University, Australia. Memang dari dulu lagi Adi nak ke sana sebab mereka ada modul (pembelajaran) untuk kanak-kanak seperti Adi. Malah mereka ada dana untuk Adi buat kajian dan sebagainya,” katanya.



Bagaimanapun menurut Adi Putra, beliau berhadapan masalah dana bagi membantunya melanjutkan pengajian dalam bidang sains dan matematik yang diminatinya.

“Masalahnya ialah dana…Adi perlu cari sendiri. Dari dulu sampai sekarang memang tak dapat sokongan atau dana dari mana-mana pihak.

“Semuanya Adi kena bergerak sendiri.  Buat masa sekarang Adi masih tak boleh tinggalkan Malaysia dan tak boleh tinggalkan keluarga,” katanya.
Bercerita mengenai projek terbaharunya pada ketika ini, Adi Putra berkata, beliau kini sedang menumpukan perhatian kepada Kelab Inovasi Matematik hasil inisiatifnya sendiri.
Cerita Adi Putra, kelab berkenaan bertujuan melatih golongan pelajar untuk mencipta formula matematik terkini mengikut kreativiti masing-masing.

"Selalunya kita biasa dengar inovasi dalam bidang sains. Sejak dari dulu tak banyak kita dengar orang cipta formula baharu dalam matematik.

"Formula yang kita belajar di sekolah adalah formula lama. Tapi Adi cuba dan menggalakkan pelajar untuk mencipta cara baharu. Banyak sebenarnya formula baharu yang boleh dicipta," katanya.
Setakat ini, menurut Adi Putra kelab berkenaan berjaya ditubuhkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai, Kelantan.
"Sekarang pun Adi sendiri sudah cipta sebanyak 286 formula. Mungkin ramai lagi orang di luar sana yang boleh mencipta formula-formula baharu dalam matematik.

"Setakat ini permintaan pun Alhamdulillah. Ada lagi sekolah-sekolah yang mahu Adi tubuhkan Kelab Inovasi Matematik ini di sekolah mereka.

"Adi sudah siapkan modul untuk sekolah menengah. Pada peringkat awal ini Adi sendiri yang akan mengajar bersama guru bimbingan kelab itu nanti," katanya.-mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat dia ni pernah dtg uni suatu masa dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:33 AM | Show all posts
SPM pun tak amik ka dikk.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Another sufiah Yusuf... Genius matematik Tp bodoh bidang lain
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:39 AM | Show all posts
fredza replied at 4-3-2015 08:33 AM
SPM pun tak amik ka dikk.....

kalo ikut berita umurnya 16, spm 17 kak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:40 AM | Show all posts
bagus idea dia...inovasi matematik...menteri pendidikan dan PTD pun tak mungkin terpikirkan mende ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2015 08:42 AM | Show all posts
hm....

tapi takkan lah UIA tak bagi dia apa2 sijil pun sepanjang dia belajar kat sana...

ataupun adi tak bayar yuran yang menyebabkan sijil dia ditahan?

sebab aku pernah baca kat manatah, budak termuda kat UK yang masuk U pun dibagi pengiktirafan dan sijil dalam bidang yang dia mahir
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Adi ckp dia blajo 2 thn kat gombak tu hanya semata2 nk dptkan ilmu...bukan sijil/kertas
Mmg matang sgt jawapan adi ni
Iols insaf kejap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 08:44 AM | Show all posts
blackred99 replied at 4-3-2015 08:39 AM
kalo ikut berita umurnya 16, spm 17 kak.

habis tu...tahun depan nak p duduk dewan peperiksaan terus ka.... orang sekolah pondok pun amik periksa dikk....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak cukup umur, kenapa UIA terima dia belajar at the first place? Pelik la cerita adik ni. Minta UIA explain pulak
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:50 AM | Show all posts
fredza replied at 4-3-2015 08:44 AM
habis tu...tahun depan nak p duduk dewan peperiksaan terus ka.... orang sekolah pondok pun amik pe ...

kata genius, esok nak SPM, pas subuh esok baru nak study, takde hal straight A.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:50 AM | Show all posts
nie bukan genius..tapi ketinggalan nie......
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa dpn dia ni masih samar2 lg..jgnlah jd macam sufiah yusof,pintar dlm pelajaran,tp bodoh dlm kehidupan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:53 AM | Show all posts
ultra78 replied at 4-3-2015 08:46 AM
Kalau tak cukup umur, kenapa UIA terima dia belajar at the first place? Pelik la cerita adik ni. Min ...

tu la pasal
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:53 AM | Show all posts
O dia ni..dah besar panjang
jerawat nafsu serakah pun dah timbul...mesti stress jadi cikgu remaja...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:54 AM | Show all posts
Genius dlm 1 bidang... dr segi psikologi mcm mana?
erm maybe makpak dia dh plan something utk dia...
sejarah Malaysia buktikan, tadek lagi budak genius yg btl2 success...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 08:55 AM | Show all posts
Dia ni subjek Sejarah failed ke?!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:55 AM | Show all posts
stars83 replied at 4-3-2015 08:51 AM
Masa dpn dia ni masih samar2 lg..jgnlah jd macam sufiah yusof,pintar dlm pelajaran,tp bodoh dlm kehi ...

di negara2 maju...budak2 pintar...depa amik pengajian khas....dan skill depa tu dikormesialkan untuk ekonomi negara tu...kalo budak tu genius kimia...budak tu mesti join geng2 saintis...kalo budak tu genius komputer...budak tu join geng2 programmer...depa jadikan budak ni aset.....tp kat malaysia habuk pon tarak...budak2 bijak mcm2 kena masalah
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:59 AM | Show all posts
ada lah sebab kita adakan sistem pendidikan

nak beat the system?... if you think your are bigger silakan...



Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:02 AM | Show all posts
Pembelajaran asas perlu diambil kira...tak kira lah sesorang tu genius dalam sesuatu subjek...

Terer matematik tak semestinya sesorang itu tere dalam subjek Kemahiran hidup ka, sejarah ka, sivik ka...


BM dan English dia dah ok ker???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.398128 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list