Bayangkan jikaulau anda merupakan saksi pembunuhan didepan mata sendiri, apa agaknya tindakan yang akan dilakukan.
Takut dan lari sepantas mungkin ! Itulah reaksi mangsa ‘prank’ yang menyaksikan kejadian orang ditembak dihadapan mereka.
Dalam video yang berdurasi lebih kurang satu minit itu menyaksikan mangsa kononnya ditembak oleh ketua penjenayah yang terlibat dihadapan orang awam yang sedang berjalan kaki disitu.
Kelakar melihat reaksi orang yang lintang-pukang lari untuk menyelamatkan diri.
Ada yang tinggalkan motosikalnya dan berlari, mungkin dia lari lagi laju dari motor yang dia tunggang.
Ketawa melihat orang lain, kalau kita yang kena entah macam mana reaksi.
Video yang baru dimuat naik di laman sosial Facebook pada 2 Mac lalu telah mendapat jumlah tontonan sebanyak lebih sembilan juta sehingga ke hari ini. -MYNEWSHUB.CC
dulu memang ada viral kisah prank tak menjadi di rusia. orang yang menyorok di dalam peti surat kalau tak silap.
penghujungnya mati ditembak oleh orang yang berang.
entah sahih atau tidak video tersebut