CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1170|Reply: 4

[Dunia] Askar IS terkepung di Tikrit

[Copy link]
Post time 5-3-2015 07:26 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA tentera militia Syiah melancarkan tembakan roket ke arah kumpulan militan IS di wilayah Salahuddin di Tikrit, Iraq kelmarin

BAGHDAD – Pasukan tentera Iraq semakin mara ke bandar Tikrit kelmarin walaupun cuba dihalang dengan serangan hendap dan jerangkap samar oleh militan Islamic State (IS) pada hari kedua operasi terbesar negara ini menentang kumpulan pengganas itu.

Kerajaan Iraq telah menggerakkan 30,000 anggota tentera yang terdiri daripada militia Syiah, anggota puak-puak Sunnah, tentera dan polis untuk menawan semula Tikrit daripada IS.

Disebabkan tidak mampu bersaing dari segi bilangan anggota dan pera­latan ketenteraan, IS yang menawan Tikrit sejak Jun tahun lalu terpaksa menggunakan taktik gerila untuk menyekat kemaraan tentera kerajaan.

Pasukan tentera Iraq sedang mara ke bandar tersebut dari tiga arah dengan beberapa unit menyerang pekan Al-Alam dan Ad-Dawr di sebelah utara dan selatan, manakala satu lagi kontinjen besar bergerak dari arah timur.

Komander Pasukan Al-Quds dari Iran, Qassem Soleimani juga berada di wilayah Salahuddin itu untuk membantu operasi merampas semula bandar Tikrit yang dilihat mempunyai kepentingan strategik dan simbolik kepada negara ini.

Pengerusi Ketua Turus Bersama Amerika Syarikat, Jeneral Martin Dempsey menyifatkan bantuan ketenteraan dari Iran dalam operasi tersebut sesuatu yang positif selagi tidak mencetuskan perpecahan antara mazhab.

Anggota militia Syiah yang menerima senjata daripada Tehran merangkumi dua pertiga daripada keseluruhan pasukan tersebut, manakala bakinya adalah tentera Iraq.

Bandar itu dilihat sebagai hab utama IS di negara ini tetapi beberapa operasi untuk merampasnya kembali sebelum ini gagal.

Tikrit yang terletak 160 kilometer ke barat laut Baghdad merupakan kampung halaman bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein dengan saki baki anggota parti Baath pimpinannya telah memilih untuk menyertai IS. – AFP


Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 2.htm#ixzz3TSjZlirw
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2015 07:33 AM | Show all posts
kalu x tahu diam lah....mujahid IS tu lawan kafir syiah yg bunuh sunni

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 07:34 AM | Show all posts
auta saja cita ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 07:43 AM | Show all posts
selayaknyalah,bom nuklear saja tmpat tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 08:09 AM | Show all posts
dargo replied at 5-3-2015 07:33 AM
kalu x tahu diam lah....mujahid IS tu lawan kafir syiah yg bunuh sunni

oooo....IS tu mujahidin bermazhab sunni

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.120209 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list