CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2630|Reply: 1

Juhari Shaarani: Tegar akan beraksi di IB

[Copy link]
Post time 5-3-2015 10:28 AM | Show all posts |Read mode


KETUA Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah mengundang penyanyi Indonesia Tegar mengadakan persembahan pada konsert Muzika Nusantara yang bakal berlangsung 13 dan 14 Mac ini.
       
        Jelasnya, meskipun penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Yang Dulu, Bukanlah Yang Sekarang itu terlibat dengan isu pasport dan penipuan pengurusnya baru-baru ini, tetapi ia tidak menjejaskan kehadirannya ke konsert berkenaan.
       
        "Pihak kami telah berhubung dengan pengurusnya di Indonesia berhubungan perkara itu.
       
        "Sehingga kini kami diberitahu, Tegar tidak mempunyai masalah untuk turut serta mengadakan persembahan di Istana Budaya (IB) nanti," katanya.
       
        Tambah Juhari, dia yakin kemunculan penyanyi berusia 13 tahun itu pastinya dinantikan peminat di Malaysia.
       
        "Selain jaminan diberikan oleh pihak mereka mengenai kehadiran Tegar, saya yakin dia pasti tidak mahu menghampakan peminatnya di sini," katanya.
       
        Bercerita mengenai pemilihan Tegar, menurutnya, ia adalah kerana penglibatan penyanyi remaja itu sewaktu di Muzikal Sirah Junjungan yang diadakan di IB sebelum ini.
       
        "Saya lihat dia mempunyai aura yang istimewa selain bakat yang ada dalam dirinya.
       
        "Ini adalah satu inisiatif terbaik untuknya mengembangkan lagi bakat di negara ini," katanya.
       
        Menerusi Muzika Nusantara, Tegar bakal mempersembahkan dua buah lagu.
       
        Menariknya, Tegar bakal menjayakan konsert ini bersama nama-nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dwen, Kris Dayanti dan penyair Indonesia Rafli Kande.
       
        Tiket boleh didapati di www.redtix.airasia.com dengan harga RM53, RM73, RM103, RM153, RM203, RM253 dan RM303.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kutip kacang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.070337 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list