CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5569|Reply: 75

[Dunia] IS musnahkan bandar bersejarah Nimrud

[Copy link]
Post time 7-3-2015 09:18 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR bertarikh 17 Julai 2001 ini menunjukkan beberapa pekerja membersihkan patung lembu bersayap di tapak arkeologi Nimrud. - AFP

NIMRUD, Iraq – Kerajaan negara ini mendapati kumpulan militan Islamic State (IS) telah memusnahkan warisan sejarah negara dengan bertindak meratakan bandar Assyria di sini menggunakan kenderaan berat selepas solat Zuhur kelmarin.

“Sehingga kini, kita belum dapat mengenal pasti sejauh mana kemusnahan telah dilakukan terhadap bandar ini,” kata seorang pegawai yang enggan dikenali.

Nimrud adalah salah satu permata Iraq yang ditemui sekitar abad ke-13 Sebelum Masihi (SM) dan terletak di Sungai Tigris kira-kira 30 kilometer ke selatan Mosul.

Ia merupakan bandar kedua Iraq dan hub kumpulan IS di negara ini.

Bandar Hatra di Neneveh yang dipelihara lebih 2,000 tahun dan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu UNESCO juga dipercayai bakal menjadi sasaran kumpulan tersebut selepas Nimrud.

“Saya mohon maaf kerana terpaksa menyatakan bahawa semua orang telah menjangka rancangan mereka untuk menusnahkan warisan Iraq,” ujar seorang ahli arkeologi, Abdulamir Hamdani dari Universiti Stony Brook di New York.

Pengarah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi badan kebudayaan Iraq, Axel Plathe, melaporkan satu lagi serangan terhadap warisan Iraq telah dilakukan Khamis lalu.

Nimrud menempatkan salah satu penemuan arkeologi abad ke-20 termasuk batu-batu permata pada 1988 yang telah dipindahkan ke muzium antaranya di Mosul, Baghdad, Paris dan London.

Kemusnahan terhadap Nimrud itu berlaku selepas seminggu kumpulan pelampau tersebut memuat naik video menghancurkan artifak purba ternilai di Muzium Mosul berdasarkan fahaman jihad IS yang menyatakan bahawa patung-patung, berhala dan tempat-tempat suci penyembahan selain daripada Allah mesti dimusnahkan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2015 09:30 AM | Show all posts
Edited by zjen at 7-3-2015 10:21 AM

kalu dorg berjaya jihad sampai sini,  berjaya menjajah mesia.....   tugu negara konpem kene musnah, batu caves  pon kene musnah, tokong cina kat air hitam penang pon kene juga,  tarian kuda kepang pon kene haram,  dan byk lagi  
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 09:44 AM | Show all posts
fikir-fikir balik, IS ni tak ubah macam yakjud dan makjud. sejibik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai sekarang ai masih tak faham apa matlamat kewujudan isis ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 09:52 AM | Show all posts
tak boleh ka allied forces take over tapak warisan dunia ni dan chase those militants out...

it belongs to the world. just happen to be in those countries so that they can take good care of them. Kalau ternyata mereka tidak mampu menjaganya, the rest of the world takes over.

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 09:55 AM | Show all posts
pooh~key replied at 7-3-2015 09:44 AM
fikir-fikir balik, IS ni tak ubah macam yakjud dan makjud. sejibik.

sampai akhirat la ummah sunni ini enggan mengaku.
yg konon hadis ujung dunia ramai ummah bawa berita fitnah pun sampai akhirat la ummah sunni ini enggan mengaku itu bangsa mereka.
ummah yg bangsat in denial kejahatan diri masing2.
semua nak bajet maksom.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2015 09:57 AM | Show all posts
pooh~key replied at 7-3-2015 09:44 AM
fikir-fikir balik, IS ni tak ubah macam yakjud dan makjud. sejibik.

Jarum-jarum halus IS sudah pun mencucuk negara ini
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 10:07 AM | Show all posts
pooh~key replied at 7-3-2015 09:44 AM
fikir-fikir balik, IS ni tak ubah macam yakjud dan makjud. sejibik.

Terus google apa itu yakjud makjud.

Ha'ah. Sebijik.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ya’juj_dan_Ma’juj
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2015 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
https://www.youtube.com/watch?v=NnCJXgihJ7M&feature=youtube_gdata_player
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 10:47 AM | Show all posts
chazey replied at 7-3-2015 10:07 AM
Terus google apa itu yakjud makjud.

Ha'ah. Sebijik.

laaa, aku ingat chazey tahu apa tu yakjud makjud
aku rasa yakjud makjud ni bukan orang, tapi resakse dari perut bumi
mereka akan keluar di akhir zaman
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 11:54 AM | Show all posts
habis sejarah ketamadunan dunia
semata mata takut ada ummah bebal menyembah patung usang
berapa kerat ummah bebal xmampu berfikir yg sanggup menyembah patung usang purba?

tapi elok ja dah elok elok kepung bangunan kubur datuk pengasas empayar Othmaniyah yang hanya dijaga berapa kerat askar tapi xmahu memusnahkan kuburnya.

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 7-3-2015 10:47 AM
laaa, aku ingat chazey tahu apa tu yakjud makjud
aku rasa yakjud makjud ni bukan orang, tapi resa ...

Pernah dengar/nampak istilah di mana2 tapi tak pernah nak hafal karakteristik meka.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 11:57 AM | Show all posts
ultra78 replied at 7-3-2015 09:57 AM
Jarum-jarum halus IS sudah pun mencucuk negara ini

Tertanya tanya apa pendirian Ostad Zamihan KDN terhadap ISIS
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Jarum2 halus yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 12:11 PM | Show all posts
Tindakan mereka ini umpama mahu melenyapkan sejarah. Hanya orang yang lemah jatidiri sahaja berbuat sedemikian. Suatu hari nanti mungkin ada anak-anak yang bertanyakan 'Di manakah peradaban terdahulu yang dimurkai oleh Allah?'. Pada waktu itu kita tak dapat jawab kerana ia semua sudah dimusnahkan.

Biarlah benda itu ada di situ sebagai tanda peringatan kepada orang yang mampu berfikir. Bagi orang yang tak mampu berfikir, mereka mahu musnahkan sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 12:46 PM | Show all posts
Dah tentu ISIS ni wahabi, memanglah hancur sana sini. Dulu kat Mekah pun habis wahabi ratakan kubur Baqi tu takut orang sembah kubur, sampai2 kubur nabi s pun depa nak korek keluar. Dekat bamiyan afghanistan tu patung buddha 2000 tahun habis dihancurkan taleban yang wahabi. Memang dasar wahabi ni hancurkan kubur, hancurkan patung peninggalan sejarah. Yakjud makjud la katakan. Kalau depa dapat Mesir habis dah sphinx, piramid tu depa hancurkan. Habis hancur sejarah tamadun manusia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2015 01:01 PM | Show all posts
pejuang isle sanjungan ummah umpama dajal saja..lepas satu2 buat onar ntah ape matlamat hidup x tau...namun ummah2 bodoh meleis masih sanjungi mureka katanya mureka memperjuangkan syiar isele nan suchi..siap berkain serban ninja segala..

semoga dilaknat saja para penyokong2 isis bangsat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 01:10 PM | Show all posts
famri7 replied at 7-3-2015 01:01 PM
pejuang isle sanjungan ummah umpama dajal saja..lepas satu2 buat onar ntah ape matlamat hidup x tau. ...

Habis lah hang tak boleh sembah berhala lepasan ni. Lahanat punya is.  
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 01:17 PM | Show all posts
entah2 ummah sunni ini bangsa pemusnah @ yakjuk makjuk yang sebenar2nya, 1000x kali mereka menuduh ummah yahudi sebagai yakjuk makjuk pengikut dajjal etc, 1000x kali terkentut kat muka mereka sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 01:52 PM | Show all posts
habis la tuhan2 kapir lehanat kena bom...cilake punya IS...kapir lehanat terancam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.144018 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list