CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10287|Reply: 21

Asal usul ngeri kisah dongeng popular

[Copy link]
Post time 14-3-2015 10:18 AM | Show all posts |Read mode


Mungkin segelintir dari pengemar cereka klasik mengetahui bahawa kebanyakan kisah dongeng yang popular di serata dunia merupakan ilham dari adik-beradik Grimm.

Namun tahukah anda bahawa sebahagian besar ceritera yang diperturun ke zaman moden ini telah digubah oleh Philip Pullman agar ideologinya bersesuaian bersama buku bacaan si kecil?

Mari lihat seleksi tulen penglipur lara yang merupakan versi asal kisah-kisah dongeng popular.

Sleeping Beauty

Salah satu versi awal kisah klasik Puteri Beradu ditulis oleh Giambattista Basile dan diterbitkan pada tahun 1634. Berjudul Sun, Moon, and Talia, dalam cerita ini sang puteri tidak jatuh pengsan tetapi koma tertusuk duri. Raja tidak dapat menerima ‘kematian’ tersebut lalu disorok anaknya di sebuah ladang.



Lalu muncul seorang raja lain yang menemui si cantik lantas memperkosa tuan puteri. Semasa masih dalam koma, puteri telah mengandung anak kembar. Akhirnya, salah seorang anaknya berjaya menyedut duri yang berada dalam badan, lantas tersedar puteri raja itu.

Little Red Riding Hood

Koleksi seloka Charles Perrault diterbitkan pada tahun 1697. Dalam buku Stories or Fairy Tales from Past Times: Tales of Mother Goose, tidak wujud langsung karekter pemburu yang akan membunuh serigala. Watak pemburu merupakan tambahan dari zaman Grimm agar ceritanya mempunyai pengajaran.



Berbalik pada versi lama, Little Red telah melucutkan kesemua pakaiannya lalu masuk tidur. Dia mati dimakan oleh serigala. Salah satu versi lain, sang serigala telah membunuh lalu memasak daging nenek dan memberi Little Red makan terlebih dahulu.

Cinderella

Menerusi nukilan versi Charles Perrault, kedua-dua kakak tiri Cinderella mengahwini ahli pengiring diraja selepas Cinderella melansungkan perkahwinan dengan putera.



Berlainan dengan olahan oleh Grimm, kedua-dua kakak tiri itu memotong sebahagian dari kaki mereka untuk menyarungkan kasut Cinderella yang kecil. Di pengakhiran cerita, mereka berdua buta selepas mata dipatuk oleh burung merpati.

Snow White

Grimm mempunyai versi tersendiri mereka pada tahun 1812. Rendisi mereka menyatakan bahawa Permaisuri Jahat itu adalah ibu kandung Snow White. Permaisuri ada mengutus pemburu untuk membawa balik jantung dan paru-paru Snow White sebagai santapannya.



Pengajaran yang diselitkan pula tersangatlah brutal. Apabila Permaisuri Jahat tiba di perkahwinan Snow White, dia dipaksa menari dengan memakai kasut besi yang telah dipanaskan dalam api. Sehinggalah dia mati.

Hansel and Gretel

Kisah Hansel dan Gretel mula-mula sekali digarap menerusi novel Perancis berjudul The Lost Children. Dalam versi itu, perempuan sihir kanibal asalnya adalah syaitan. Syaitan mahu memerah darah adik beradik itu dengan menggunakan sawhorse.



Hansel dan Gretel berpura-pura tidak tahu bagaimana sawhorse berfungsi, lantas isteri kepada syaitan (isteri di awal cerita mahu menolong kanak-kanak itu) menunjukkan caranya. Lalu kedua beradik mengelar leher wanita itu sebelum mencuri duit syaitan dan melarikan diri.

Rapunzel

Cereka Rapunzel masih mempunyai pengakhiran yang gembira dalam adaptasi awal Grimm. Rapunzel masih menurunkan rambut panjangnya kepada putera raja sehinggalah dia didapati mengandung pada satu hari.



Apabila diketahui oleh ahli sihir yang mengurungnya, rambut Rapunzel dipotong lantas dihantar ke tempat yang sangat jauh. Rapunzel hidup sebagai peminta sedekah sehingga melahirkan anak kembar.

Ahli sihir itu kemudiannya mengumpan putera raja ke menara tinggi itu sebelum menolaknya jatuh. Putera mengalami patah kaki serta buta matanya.

The Little Mermaid

Karya asal Hans Christian Andersen ternyata banyak diubah. Syarat menukar suara kepada kaki turut termasuk rasa kesakitan seperti tertusuk pedang setiap kali si duyung melangkah. Dan jika putera mengahwini gadis lain, si duyung akan mati dan menjadi sebahagian dari ombak di laut.



Bagi memenangi hati putera, si duyung tetap menari mestipun mengalami kesakitan yang amat luar biasa. Terpegun hati putera tetapi dia tetap mengahwini gadis lain.

Adik beradik duyung yang berang terus menjual rambut mereka sebagai tukaran sebilah pisau dan diberi kepada si duyung. Jika darah putera membasahi kakinya, ia akan menjadi seperti sediakala. Si duyung tidak tergamak untuk mencabut nyawa cinta hatinya, lalu matilah dia keseorangan.

Menakutkan bukan cerita serta pengakhiran asal kisah dongeng yang popular masa kini?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2015 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg menakutkn...kalo BC kt budak2 konpom mlm dpt nightmares hihi
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 01:29 PM | Show all posts
dark sides of fairytales... anyhow it is really interesting
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2015 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik pulak. Aku sempat tgk yg cinderella tu. Yg kene kerat kaki. Tp skali je. Rasa mcm disney chanel. Pastu xpnh dah
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 11:45 AM | Show all posts
18SG terus. Rasanya fairy tales dulu-dulu bukan untuk budak-budak agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 11:55 AM | Show all posts
Bila dijadikan agak berlaianan dari buku..mungkin nk diterapkan nilai komercial kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2015 11:59 AM | Show all posts
ALWAYSREDA replied at 24-3-2015 11:55 AM
Bila dijadikan agak berlaianan dari buku..mungkin nk diterapkan nilai komercial kot

maaf tertinggal kalau dibuat filem..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 04:26 PM | Show all posts
wow.. interesting.. baru ku tahu the dark side of the story.. harusla tapis tuk buku cite budak2..

reminiscing my childhood memory.. bestnyaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2015 11:17 AM | Show all posts
skerinya...


kalau aku baca satu buku pon konfem nightmare..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 10:45 AM | Show all posts
ending cerita semua tragis.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 01:16 PM | Show all posts
mshah replied at 16-3-2015 03:45 AM
18SG terus. Rasanya fairy tales dulu-dulu bukan untuk budak-budak agaknya.

ataupun keganasan budak2 dulu x macam bdk2 sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 04:28 PM | Show all posts
dah name pon tales...haruslah rekaan...dan sentiasa diubah suai mengikut masa dan keadaan
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 03:53 PM | Show all posts
menarik! tragis ending dia.
agaknya kalau dibacakan pada kanak2 harus nightmares derang..
cerita dongeng yang tragis..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 03:56 PM | Show all posts
Waktu tengok Filem Into The Wood, kisah dogeng ni digarap mengikut ilham dari adik beradik Grimm ni mcm kisah cinderella, last sekali kakak2nya buta sbb kena patuk oleh burung.

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 05:03 PM | Show all posts
Kisah Cinderella, Mermaid, Red Riding Hood tu mmg pernah dgr kisah sebenar sebelum olahan...yang lain tu new bagi aku....nice info
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 05:57 PM | Show all posts
masa aku kecik2 dulu penah tengok cerita mermaid tu kat tv, pengakhiran tu macam yng kat atas tuh jugak lah, ending citer tuh  kakak2 mermaid tu bawak pisau tu suruh mermaid tuh bunuh prince tu pastu amik darah prince tu kalu nak jadi mermaid balik, tapi mermaid tu tak sanggup , dia pegi tikam diri dia sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2015 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
lepas baca thread ni..aku pn mengoogle la psl the other version fairytale ni..yg aku baca cinderella..pinoccio..mermaid..snow white..sleeping beauty..pocahontas..banyak la..semua brutal2 je..kejam sungguh cite..yg watak pempuan byk kene torture..raped..yg sadis2 la..

ni bukan budak kecik je nightmare..mak bapak pn baca nightmare haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 10:02 PM | Show all posts
kte pernah baca real story from brothers grimm nie, yg sleeping beauty tu, dia kena perkosa dengan ayah kandung die sendiri hokay smpai melahirkan kembar. sadis sungguh

pastu yang cinderella tu kte sempat tgk movie die time sekolah rendah dulu and yup memang kakak tiri cinderella tu potong tumit kaki die sendiri and last2 mata buta kena patuk burung
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 09:24 AM | Show all posts
Ending The Little Mermaid paling sedih...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 09:48 PM | Show all posts
tragisnye, little mermaid tu. haiwan ada lebih perikemanusiaan dari manusia tu sendiri.

but then, tu semua citer dongeng je kann..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.073491 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list