CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1586|Reply: 1

Ku Li tidak yakin Dr Mahathir boleh jatuhkan Najib, kata blogger

[Copy link]
Post time 15-3-2015 03:55 PM | Show all posts |Read mode

Tengku Razaleigh Hamzah berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai kuasa mencukupi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak apatah lagi jika bergantung pada undi tidak percaya di Parlimen. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Mac, 2015.Tengku Razaleigh Hamzah tidak yakin usaha Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan hendak menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat akan berjaya, kata penulis bebas Mohd Sayuti Omar.
Kata bekas menteri kewangan itu, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu "tidak cukup kuasa" untuk melakukan demikian, tulis Sayuti dalam blognya msomelayu.blogspot.com
"Saya tidak kira Mahathir berjaya menjatuhkan Najib kerana beliau sendiri tidak cukup kuasa berbuat begitu.

"Apa lagi kalau usaha itu hendak dibuat menerusi undi tidak percaya di Parlimen, ia sukar menjadi kenyataan," Tengku Razaleigh dipetik sebagai berkata.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li, dilaporkan berkata, jika dilihat kepada kedudukan Umno hari ini, "semuanya dikuasai oleh orang-orang Najib."
Katanya, Najib mengikat penyokongnya dengan pelbagai isu peribadi dan juga pemberian projek berjuta-juta ringgit, tulis Sayuti yang juga seorang penganalisis politik.
"Hari ini ketua-ketua Umno atau ahli Parlimen memperolehi pendapatan sampai RM50,000 sebulan, malahan setengahnya ratus juta...
"Jadi dengan kedudukan itu, sukar untuk mereka meninggalkan Najib, sebab politik Umno ialah politik perut," kata Ku Li kepada Sayuti pada satu pertemuan mereka Jumaat lepas.
Sayuti berkata, Tengku Razaleigh menyifatkan pertemuan 8 Mac lepas, antara Najib dan kira-kira 160 ketua bahagian Umno, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, sebagai bukti yang kedudukan Najib masih kuat.
"Mereka yang hadir itu walaupun bukan 100% orang Najib, tetapi orang yang sebelum ini merupakan penyokong Mahathir, juga hadir sama.
"Atas dasar itu, saya tengok sukar untuk Najib dijatuhkan," Ku Li dipetik berkata.
Mengenai dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pula, yang dikatakan akan menjadi pemangkin kejatuhan Najib, Ku Li berkata ia tidak akan memberi kesan kepada kedudukan Najib.
"Rakyat bawahan tidak tahu apa itu 1MDB. Rakyat tidak tahu apa isu 1MDB, dan mereka tidak peduli pun apabila sesekali mereka diberikan wang seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebagainya," Ku Li dilaporkan berkata.
Bagaimanapun, Ku Li mendakwa, kemarahan Dr Mahathir kepada Najib bukan sangat kerana 1MDB.
Ini kerana, menurut ahli Parlimen Gua Musang itu, Dr Mahathir sendiri menghabiskan wang negara berbilion ringgit menerusi pelbagai projek mega seperti Proton, Hidro Bakun di Sarawak, Perwaja di Terengganu dan sebagainya.
"Apa yang Mahathir tidak tahan dan marah ialah kerana sikap (Datin Seri) Rosmah (Mansor)," kata Ku Li merujuk isteri perdana menteri itu.
Beliau juga percaya Najib hanya boleh dijatuhkan menerusi pilihan raya, kerana katanya, mustahil individu tertentu atau di kalangan penyokongnya boleh melakukannya. – 15 Mac, 2015.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2015 08:18 PM | Show all posts
logik apa dia cakap ni..
people usually cater to the superior who can benefit them..
memang tak semua tapi kebanyakannya memang macam tu..
politik pun bukan la satu dunia yg suci mulia..
politicians sure have skeletons hidden in the closet..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.062999 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list