CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1452|Reply: 2

Umno/BN tetap menjadi 'musuh' PAS.

[Copy link]
Post time 16-3-2015 07:51 PM | Show all posts |Read mode
'Umno sokong hudud bukan petanda k'jaan perpaduan'

Persetujuan Umno Kelantan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri PAS bagi meluluskan enakmen hudud, bukan petanda pembentukan sebuah kerajaan perpaduan.

Ketika menegaskan demikian, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa rakan-rakan Pakatan Rakyat - DAP dan PKR - supaya tidak membiarkan isu itu memecahkan gabungan itu.

Beliau menegaskan demikian dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau.

"Namun jangan pula bila Umno menyatakan sokongan kepada enakman tersebut, maka itu jadi petanda Umno akan bergabung dengan PAS.

"Kerana perkara wajib bagi umat Islam, ianya mesti sama dari sudut penerimaan dan beriman dengannya dan mesti disokong," tulis Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim memberi contoh mengenai pendirian yang senada antara pemimpin Pakatan dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu 1MDB.

"Apakah bila Tun Mahathir menyerang 1MDB sebagaimana kita menyerang Najib, lalu kita buat kesimpulan Mahathir akan menyertai Pakatan Rakyat?

"Ada perkara yang menjadi hak bersama, dan ada perkara yang kita berbeza. Umno/BN tetap menjadi 'musuh' bersama," tegas Tuan Ibrahim lagi.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Rabu ini.

Persidangan DUN Kelantan bermula hari ini hingga Khamis ini selepas ditangguhkan pada 29 Disember tahun lepas berikutan banjir besar yang melanda negeri ini.

Kemelut di antara PAS dan DAP berlaku setelah Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo meminta parti itu mempertimbangkan semula pindaan itu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2015 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape pulak...takut Dap n Pkr majuk eyhhhhhh...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 12:05 AM | Show all posts
yang peliknya, PAS masih lagi berkawan dengan DAP & PKR yg menentang hudud...
masih lagi memberi undi kpd DAP & PKR dlm PRU, memberi kemenangan kepada yg tidak memberi undi utk perlaksanaan hukum hudud di Parlimen...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.208510 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list