CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2603|Reply: 6

Tips Elak Lemak Di Pinggang (Belly Fat)

[Copy link]
Post time 18-3-2015 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by easicircle at 18-3-2015 03:29 PM

Masalah lemak berlebihan di sekitar pinggang dan perut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira golongan wanita mahupun lelaki. Semestinya hal ini amat merisaukan bagi sesiapa sahaja yang mengalaminya. Namun kini bukan sahaja golongan wanita, malah golongan lelaki juga sudah seiring dalam menjaga dan mementingkan kesihatan dan penampilan diri.

Tahukah anda terdapat dua jenis lemak iaitu lemak Subcutaneous. Di mana anda boleh mengesan lemak ini dengan mencubit lemak berlebihan di pinggang anda. Manakala lemak Viseral pula adalah lemak yang tidak boleh dilihat, di mana lemak tersebut  terkumpul dan mengelilingi organ-orang penting anda.  

Semakin banyak lemak Viseral terkumpul di sekitar pinggang dan perut anda. Semakin tinggi risiko untuk anda menghidapi penyakit jantung, kencing manis, masalah pundi kencing, tekanan darah tinggi dan meransang keradangan.

Namun masih belum terlewat untuk mengambil tindakan untuk menghilangkan lemak di sekitar perut dan pinggang anda. Terdapat beberapa cara yang boleh dipratikkan. Antaranya adalah:

Kurangkan Gula

  • Kurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula. Sebagai contoh makanan ringan yang mempunyai kandungan gula yang tersembunyi didalamnya. Pengambilan gula secara berlebihan juga boleh meningkatkan risiko obesiti atau lebih berat badan.

Tidur
  • Selepas sehari penat bekerja dan menjalankan rutin seharian pastinya badan memerlukan rehat yang cukup bagi memulihkan kembali tenaga. Menurut kajian tidur enam hingga tujuh jam setiap malam mampu mengurangkan lemak viseral, berbanding mereka yang tidur kurang dari lima atau lebih dari lapan jam setiap malam.

Bersenam
  • Bersenam secara konsisten jika ingin lihat hasilnya.  Sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi, 3 kali seminggu. Berbasikal, badminton, berlari dan aerobik antara senaman yang mampu membakar lemak dibahagian pinggang.

Stress
  • Tekanan juga menjadi salah satu faktor yang mengakibatkan seseorang itu makan secara berlebihan. Apabila tertekan badan akan menghasilkan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2015 02:37 AM | Show all posts
duduk terlalu lama pun boleh menyumbang kepada pertambahan lemak di pinggang.. lagi2 yang keje ofis 8-5..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2015 10:53 AM | Show all posts
ahnyona replied at 13-4-2015 02:37 AM
duduk terlalu lama pun boleh menyumbang kepada pertambahan lemak di pinggang.. lagi2 yang keje ofis  ...

Lagi-lagi kalau duduk sambil mengunyah kerepek, chocolate, keropok dan sama waktu dengannya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 12:57 PM | Show all posts
bagus..
saya akan stop ambil minuman bergula
saya akan bersenam
saya akan cukup tidur
saya akan happy2 tak mau stress

saya ukur pinggang dulu...sebelum dan selepas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2015 04:01 PM | Show all posts
palomaf4 replied at 15-4-2015 12:57 PM
bagus..
saya akan stop ambil minuman bergula
saya akan bersenam

Bagus!! Teruskan usaha jangan ditangguh kerana semakin berumur semakin sukar untuk menukar gaya hidup sihat dan pemakanan sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 04:04 PM | Show all posts
easicircle replied at 15-4-2015 04:01 PM
Bagus!! Teruskan usaha jangan ditangguh kerana semakin berumur semakin sukar untuk menukar gaya hi ...

ya.. saya cuba ari2 buat senaman perut
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-4-2015 04:53 PM | Show all posts
palomaf4 replied at 15-4-2015 04:04 PM
ya.. saya cuba ari2 buat senaman perut

Keep it up!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.551530 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list