CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1264|Reply: 0

Langgar undang-undang Parlimen, DAP gesa KPN beri penjelasan

[Copy link]
Post time 19-3-2015 06:25 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 19 MAC: DAP hari ini menggesa Jawatankuasa Keistimewaan memanggil Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menjelaskan mengapa pihaknya melanggar keistimewaan Parlimen dengan menangkap Naib Presiden PKR Nurul Izzah baru-baru ini.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, penahanan Nurul Izzah atas sebab ucapannya di Dewan Rakyat jelas sama sekali tidak munasabah berikutan ia langsung tidak menyentuh sebarang isu sensitif.
Menurutnya, tindakan tersebut juga secara tidak langsung telah mencemar dan menghina Parlimen.
“Penangkapan polis terhadap Nurul berikutan ucapannya ketika perbahasan Titah Diraja pada 10 Mac lalu bagi pihaknya ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah amat tercela sekali.
“Adakah KPN begitu jahil sehinggakan beliau tidak tahu bahawa Ahli Dewan Rakyat menikmati kekebalan Parlimen untuk apa yang mereka ucapkan di dalam Dewan, kecuali empat perkara sensitif yang tidak boleh dipersoalkan.
“Adakah KPN tidak tahu bahawa ucapan Nurul tidak menyentuh mana-mana daripada empat perkara ini dan mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Liwat II Anwar langsung bukan menghasut?
“Jawatankuasa Keistimewaan harus mengusulkan supaya KPN dipanggil kerana telah melanggar keistimewaan Parlimen dalam kes tangkapan terhadap Nurul,” katanya ketika berucap dalam perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menyatakan, Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dengan jelas menyebut bahawa tidak ada ahli boleh dikenakan apa-apa prosiding sivil atau jenayah, ditangkap, dipenjarakan atau bertanggungan atas ganti rugi disebabkan oleh sebarang perkara atau benda yang dikemukakannya melalui petisyen, rang undang-undang, ketetapan usul, atau selainnya atau dikatakannya di hadapan Majlis atau mana-mana jawatankuasa.
“Pihak polis sepatutnya mendaulatkan undang-undang, tetapi mereka sebaliknya telah melanggar undang-undang iaitu Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
“Saya masih ingat satu masa dulu sekitar 80an atau 90an, apabila pihak polis mahu menyiasat saya tentang apa yang saya ucapkan di Parlimen.
“Saya beritahu mereka bahawa tindakan itu telah melanggar undang-undang Akta Majlis Parlimen dan saya suruh mereka pulang serta dapatkan nasihat daripada Peguam Negara terlebih dulu.
“Pegawai-pegawai polis itu pergi dan tidak kembali lagi,” ujarnya. -Roketkini.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.055026 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list