View: 11457|Reply: 114
|
[Tempatan]
Kenali Raja Selfie Dari Malaysia
[Copy link]
|
|
Sudah menjadi kebiasaan Arill untuk berselfie setiap hari.
[url=]
[/url]
SIAPA yang menjadi senarai rakannya di Facebook sudah arif dengan tabiat yang gemar memaparkan dirinya berselfie di laman sosial itu.
Anak sulung daripada lima beradik ini, Mohamed Alif Aizam Tabarani, 24 atau lebih mesra dipanggil Arill oleh kenalannya mengakui pernah mendapat jolokan ‘raja selfie’ alam kalangan rakan sekerjanya.
Namun dia yang bertugas sebagai ketua juruwang di sebuah stesen minyak di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang ini tidak kisah malah menerimanya dengan hati terbuka.
“Memang benar ada yang anggap saya obses kerana kerap berselfie…boleh dikatakan hampir setiap jam saya akan merakam wajah sendiri apabila ada masa terluang.
“Walaupun ada yang mengutuk dan mengata mengenai tabiat ini, namun saya tidak kisah kerana ini adalah cara saya..asalkan gambar yang saya kongsi di Facebook tidak
menjatuhkan maruah diri mahupun keluarga,” katanya.
Arill dengan nada yakin menyifatkan individu yang mengutuk dan mengecam tabiatnya itu seolah-olah cemburu dengan keyakinan dimilikinya.
“Saya menanggap orang yang gemar berselfie adalah individu yang yakin terhadaprupa paras dimiliki...tidak perlu kelihatan hebat seperti selebriti sekurang-kurangnya kita tidak berpura-pura dan menjadi diri sendiri.
“Disebabkan saya asyik berselfie, kenalan saya di facebook turut bertambah. Apabila ke mana-mana khususnya sekitar kediaman dan tempat kerja ramai yang menyapa. Jika sehari tidak ‘selfie’ macam ada yang tak kena,” katanya.
Arill juga sedar perbuatannya yang suka memuat naik gambar wajahnya itu turut terdedah dengan pelbagai risiko termasuk disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab.
“Setakat ini, belum pernah lagi mana-mana individu yang bertindak memanipulasi gambar saya, namun saya tetap berhati-hati dan tidak sesekali berselfie dalam keadaan tidak sopan dan membuka aib diri sendiri.
"Saya tidak kisah jika orang lain tidak senang..itu hak mereka, namun dalam kegemaran saya suka berselfie ada juga memberikan kenangan manis untuk saya.
“Kenangan saya tidak lupakan ketika membeli juadah di bazar ramadan ada peniaga yang memberi makanan percuma kerana pernah ternampak gambar selfie saya di laman sosial,” katanya.
[url=]
[/url] http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/tak-kisah-dilabel-raja-selfie-1.371795
|
|
|
|
|
|
|
|
pompuan kalau berselfie ok jer..tp kalau laki suka berselfie rasa geli semacam.. |
|
|
|
|
|
|
|
mohon mod bertindak atas tred2 sebegini
@spiderman80 @Muntz |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kira da lawan tokey
Kejap lagi azwana alia serang fb page dia ala2 serangan kat insta @addamnor |
|
|
|
|
|
|
|
kelakar baca statement dia ni.. “Saya menanggap orang yang gemar berselfie adalah individu yang yakin terhadaprupa paras dimiliki...tidak perlu kelihatan hebat seperti selebriti sekurang-kurangnya kita tidak berpura-pura dan menjadi diri sendiri". |
|
|
|
|
|
|
|
ade sorang kawan yg kaki selfie.. rase mcm setiap jam die upload gambar die..huhu muak tgk..
amik gambar tang muke.. sedekat yg boleh..
dah la jenis compile gambar muke berkeping2 .. then upload...ish.ish... |
|
|
|
|
|
|
|
kwn2 laki kt fb aku ramai gak yg suka berselfie...
mmg geli giler..yg ala2 ustaz pun rajin berselfie..pompuan xde pulak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sampah sgt ni..berita ni kuar kat paper mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ai rasa, org yg jauh lagi hensem/cantik dari mamat ni kan.. diorang dah punyai cukup ramai stalker keliling pinggang without promote themselves to fb, insta bagai.. lagi nak privacy ada la.
Yg cantik dlm insta tu.. FAKE. Mcm artis korea.
So tell me insta girls, what would you look for real, without all those make ups & contacts?? Melayu belacan hasilnya.. hiks! |
|
|
|
|
|
|
|
yang suka selfie ni semua fefeeling hot
padahal muka semua nan hado |
|
|
|
|
|
|
|
“Kenangan saya tidak lupakan ketika membeli juadah di bazar ramadan ada peniaga yang memberi makanan percuma kerana pernah ternampak gambar selfie saya di laman sosial,” katanya.
Untunglah~ hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
2015 masih trending selfie lagi kah |
|
|
|
|
|
|
|
kat ofis aku pun ada sorang..
prempuan...bini org..
asal smpai ofis selfie..hari2 tu..
aku pun jd musykil dia selfie utk sape..
nak kata tunjuk kat laki dia..dia org duk serumah ..
kdg2 da rsa cm org sakit mental lak...
x tau la..aku yg sakit ke dia yg sakit.. |
|
|
|
|
|
|
|
to me .. pompuan ke lelaki ke .. yang kerap ber selfie dan upload kat fb dan mana2 pun la ... ttp iols rasa geli geleman.
|
|
|
|
|
|
|
|
TT...dpn title tu tlg letak [Edisi hoGAYa], please. |
|
|
|
|
|
|
| |
|