CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14017|Reply: 188

[Tempatan] Ibu Pangku Bayi Semasa Memandu Dikritik

[Copy link]
Post time 24-3-2015 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 24-3-2015 08:33 AM



Gambar seorang wanita meletakkan bayinya dipangkuan ketika sedang memandu kereta tersebar meluas di laman sosial.

Gambar itu dimuat naik di laman Facebooknya bagi menyindir sesetengah pihak yang kerap berselisih pendapat mengenai cara-cara menjaga bayi/anak masing-masing.



Baby manja
Mesti ada yang nak gatal tangan nak komen "Eee bahaya lah... Kena letak dalam carseat!"
Ahhhhh shadap uols muahahahahah!

Memang tepat sangkaan si ibu berkenaan apabila ada rakan Facebook yang menegur perbuatannya itu amat bahaya. Bagaimanapun, jawapan balas dari wanita itu juga agak mengejutkan.



"Kalau awak baca komen2 saya dekat sini, dah bgtau yg saya tak suka biar anak menangis. Rimas, lagi huru hara nak driving. And budak kalau dah biasa nangis kita buat taktau je nanti dia memberontak and dia ingat nangis tu perkara biasa je nak nangis nak mengamuk ikut suka hati dia. Lain org, lain caranya. Kalau awak suka dgr anak awak melalak, but not me. Yes memang bahaya tapi i know best for me and for everyone too. Kalau anak mula meragam (so far tak pernah), inshaa Allah saya akan slowly bagi signal dan berhenti tepi jalan sampai anak boleh calm down balik. Thank you,"

Benar kata si ibu berkenaan, lain orang, lainlah cara mereka menjaga anak masing-masing. Atas satu matlamat yang sama, semua ibu mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka.

Akan tetapi, aspek keselamatan perlu lebih diutamakan lebih-lebih lagi melibatkan nyawa anak yang kita sayang.

Penggunaan kerusi keselamatan atau Carseat itu adalah amat penting bagi memastikan keselamatan anak-anak terjamin lebih-lebih lagi apabila pemandu terpaksa menekan brek kecemasan untuk mengelak sebarang objek di hadapan semasa memandu.

Kerusi keselamatan yang dikunci menggunakan tali pinggang keledar itu dapat mengelakkan anak-anak dari tercampak ke bahagian belakang yang mana akan menyebabkan mereka tercedera.

Berbalik kepada masalah si ibu di atas, persoalan kami hanya satu,

"Awak nak dengar si kecil menangis sepanjang perjalanan atau awak takkan dengar si kecil menangis lagi buat selama-lamanya?"

Demi keselamatan si kecil, gunakanlah kerusi keselamatan bayi. Berbeza pendapat sekali pun, usahlah melenting apabila ditegur. Mereka menegur kerana sifat sayang sesama manusia itu masih ada di dalam diri.-thehypedmedia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2015 04:39 PM | Show all posts
"Awak nak dengar si kecil menangis sepanjang perjalanan atau awak takkan dengar si kecil menangis lagi buat selama-lamanya?"


Soalan yg bagus utk ibubapa yg beralasan anak2 tak suka duduk dlm carseat, nanti anak2 mengamuk lah, tak selesa lah, kesian lah, tak sampai hati anak nangis lah bla bla bla bla bla.....

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 04:43 PM | Show all posts
ramai jugak yang buat macamni,...even anak yang dah besar  sikit dalam 2,3 tahun pun ada. Perempuan ni punya jawapan,...piewwwww...anak engkau kan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 04:43 PM | Show all posts
tak kira la apa pun alasan dia
nak komen satu ja
memang bahaya

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 04:43 PM | Show all posts
jangan nak muahahahah sangatlah kak oi.... takot2 esok nangis kendian hari je.... jangan nyesal tak sudah bila kete ko tergilis anak ko sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 04:46 PM | Show all posts
kikuri replied at 24-3-2015 04:43 PM
jangan nak muahahahah sangatlah kak oi.... takot2 esok nangis kendian hari je.... jangan nyesal tak  ...

Betul3x. Masa tu menangis air mata darah pun tak guna dah. Keselamatan anak2 kita tanggungjawab kita.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2015 04:47 PM | Show all posts
Biasa la budak2.. babies.. manja kan.. sure melalak tak hengat kalau kena duduk dalam baby carseat tu.. but kena train.. bagi la toys ke apa ke.. distraction.. so that dia ralit... and kalau time baby.. make sure dia kenyang kaw-kaw before start the journey.. sure kurang meragamnya...

Kalau tak tahan kena kritik jangan upload gambar camtu.. simple as that...

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni nama nya vodo xleh d ajar....tengin bak Kate org Perak..


Mmg la...nangis...tp..bahaya...Ada paham? Tarak? Kesiannn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2015 04:47 PM | Show all posts
ank kau..lantakla
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 04:47 PM | Show all posts
camne lak isu bowjob sambil memandu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku slalu nampak ada minah ni bawak kenari ..slalu bawak anak atas riba.  
Aku penah hon dia..dia lagi laju..
Mgkn salah paham kot..igt aku nak soh dia laju.  

Tp kalau dgr anak nanges mmg huru hara...hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2015 04:48 PM | Show all posts
bahaya sebenarnya pangku macam tu.ada Negara yang memang mewajibkan letak anak kat belakang+carseat
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 04:49 PM | Show all posts
adik aku ke tu... adik aku buat mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 04:51 PM | Show all posts
intriQue replied at 24-3-2015 04:39 PM
Soalan yg bagus utk ibubapa yg beralasan anak2 tak suka duduk dlm carseat, nanti anak2 mengamuk  ...

kan ... suka persoalan itu ....

"malas nak dengar anak nangis atau anak tak nangis selama2nya" ... @ "kita tiada saat anak menangis(meninggal)" .... choii sangt la orang yg suka membahayakan diri ngan orang lain ... lepas tu rasa dia betul ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 04:52 PM | Show all posts
duquesne replied at 24-3-2015 04:47 PM
Biasa la budak2.. babies.. manja kan.. sure melalak tak hengat kalau kena duduk dalam baby carseat t ...

betul-betul...kena ajar duduk dalam carseat dari awal, lama2 dia dah biasa, okla....

Kalau x mau kena kritik, x yah upload, bila org komen tau pulak sentap...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2015 04:55 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 24-3-2015 08:43 AM
tak kira la apa pun alasan dia
nak komen satu ja
memang bahaya

tapi teringin jugak nak dengar kot ada yang rasa tak bahaya and sebab2nya kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2015 04:59 PM | Show all posts
sapa pulak yg amik gambar dia tu? org sblh x leh drive ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 05:00 PM | Show all posts
memerlukan kemahiran yg tinggi dan cekap..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 05:00 PM | Show all posts

elok sgt...dgn handbeg sebelah cermin...mcm memanggil2 je penyamun utk disamun...buatnya penyamun tu nk rompak beg tu...pecahkan cermin...xmemasal anak pon tercedera.gelong!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ank aku sampai skrg umur 5 tahun pon masih pakai carseat..org kekadang duk komen kata ank dh besar pon duk pakai carseat..aku senyum jer,yg penting keselamatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.074285 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list