View: 6217|Reply: 40
|
[Tempatan]
bestnye , pontianak disco geleng geleng kepala kat atap rumah
[Copy link]
|
|
KULIM – Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan ‘gangguan’ suara mengilai ‘perempuan’ meminta tolong.
Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja.
Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan.
Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya.tempat pemujaan hantu nombor ekor
Cangkung atas bumbung
Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah.
“Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal.
“Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya.
“Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang,” katanya kepada Sinar Harian.
Pengalaman menakutkan
Seorang suri rumah, Fatimah Abdul Ghani yang sudah enam tahun tinggal di kampung itu berkata, lembaga yang dilihat oleh mangsa merupakan puntianak yang sering terbang dan bertenggek di atas pokok dan atap rumah penduduk kampung.
Menurutnya, kejadian itu jarang berlaku dan ia menakutkan bagi mereka yang tidak pernah mengalami kejadian aneh seperti itu.
Katanya, sebelum mengilai, penduduk kampung akan terdengar bunyi orang meminta tolong dari jarak 50 meter di dalam kawasan ladang kelapa sawit di bahagian belakang rumah mereka.
“Saya memang ada terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa dengan nyaring di bahagian hadapan rumah mangsa, bagaimanapun tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana lembaga itu belum pernah masuk ke dalam rumah atau ganggu penduduk kampung.
“Selalunya lembaga yang dikatakan puntianak ini hanya akan berjalan di atas bumbung rumah sebelum terbang ke dalam hutan. Ramai kalangan penduduk di sini yang pernah mengalami pengalaman menakutkan itu,” katanya.
Berlaku lewat malam
Seorang lagi penduduk, Zamri Othman berkata, kejadian aneh itu sering berlaku di kampung itu terutama pada waktu lewat malam, dimana lembaga dimaksudkan itu juga boleh menyerupai penduduk kampung lain dan berjalan berseorangan di tepi jalan.
Menurutnya, tanah yang didiami sekarang ini diwarisi dari keluarganya yang sudah meneroka kawasan itu sejak 100 tahun lalu.
Katanya, suatu ketika dahulu penduduk kampung menggunakan bantuan ilmu ghaib dan ilmu hitam selain menjadikan makhluk halus sebagai hamba.
Selain menjaga kawasan kebun dan ternakan, makhluk ini juga diarahkan untuk melakukan kerja berat seperti mengerjakan bendang dan banyak lagi.
“Apabila zaman berubah, ahli keluarga mereka yang membela atau mengamalkan ilmu hitam ini tidak mahu mewarisi ilmu yang dipelajari oleh nenek moyang mereka dahulu.
“Ini mengakibatkan kebanyakan makhluk halus itu tidak bertuan dan merayau di sekitar kawasan kampung,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok noted! Akan ku elak pergi kampung ni
paranormal group sila masuk kampung ni dan rakam... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa kulim ni banyak kes cik pon
|
|
|
|
|
|
|
|
Pontianak mengilai senafas je ke..takde benti utk tarik nafas seterusnya?? |
|
|
|
|
|
|
|
asteruk tahun lepas ke dua tahun lepas.. |
|
|
|
|
|
|
|
berita pun xberinformasi..
macam rekaaan semata22.... |
|
|
|
|
|
|
|
A'ah ini berita 2 tahun lepas.
|
|
|
|
|
|
|
|
khenzzz.... cam pernah ku baca jer artikel nie ...
TT ni baru kuar dari belenggu pontianak kowt
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia pindah ke kawasan ramai perogol, penagih, mat rempit pasti insaf terus dorang semua ni. dah tak keluar malam2. tinggal kat rumah jaga mak ayah |
|
|
|
|
|
|
|
recycle berita..best macam ni..tukar tajuk je,
|
|
|
|
|
|
|
|
kena hambat dgn pontianak tak bertelur kut...
pas2 teringat nak buka thread pasal tu
|
|
|
|
|
|
|
|
tu spesis pontianak yang berkuntum kat porem ...
angin tak lalu .. air tak mengalir .. hujan pun tak turun ... tetibe jer meroyan ke hulur ke hilir mengacau porumer
|
|
|
|
|
|
|
|
hihihi..mengilai je mencari mangsa nak diprovoke...
kena ketuk paku masuk kat tengkuk tu,mati kejap..idup balik..
sat pakai nick pontianak,sat nama langsuir..
|
|
|
|
|
|
|
|
ada beradik kepada saka ... macam tu ler perangai mereka
|
|
|
|
|
|
|
|
saka pun rasanya xwujud..
rekaan mereka yang sakit jiwa jugak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Giler terlondeh haku ketawa dgn soklan ngko. Adeh, kelakar siot!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|