CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1341|Reply: 2

Umno lebih sayang komponen daripada hudud? - Mahfuz

[Copy link]
Post time 29-3-2015 01:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ib-instaforex at 29-3-2015 01:04 PM

SHAH ALAM - ‘Adakah Umno lebih sayangkan rakan parti komponen BN yang menentang pelaksanaan hudud di Kelantan itu berbanding syariat Islam itu sendiri?’ Demikian soalan yang dibangkitkan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau turut mempertikaikan keberanian Umno untuk mempertahankan Islam susulan sehingga kini kerajaan masih berdolak-dalik mengenai pendirian terhadap hudud.

“Apabila melihatkan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN untuk menyatakan pendirian berkenaan hudud ini, maka jelaslah bahawa sokongan yang Umno berikan pada sidang Dun Kelantan baru-baru ini tidak lebih daripada sekadar sandiwara, hipokrasi dan lakonan demi meraih sokongan politik sahaja.

“Adakah Umno masih punya keberanian untuk mempertahankan Islam atau lebih risau akan kepentingan kuasa? Adakah Umno lebih sayangkan rakan parti komponen BN yang menentang pelaksanaan hudud di Kelantan itu berbanding hukum hudud itu sendiri?,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor  berkata, pihaknya akan mengumumkan pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan selewat-lewatnya 24 Mac lalu namun sehingga kini Najib masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen Pas turut mendesak agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan kerajaan bertindak berani dalam perkara tersebut.

“Kerajaan Pusat masih berdolak-dalik dan tidak yakin untuk membentangkan pindaan tersebut di Parlimen. Kini, cadangan pindaan yang sama telah dibawa melalui  Rang Undang-Undang Persendirian oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Dalam hal ini, menteri sendiri gagal untuk menyatakan sokongan terhadap pindaan itu, sedangkan asalnya ia adalah di bawah tanggungjawab beliau. Beliau sebagai menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam sepatutnya jujur dan berani, bukannya berdolak-dalik.

“Saya mendesak Datuk Seri Jamil Khir dan Kerajaan Pusat bertindak berani dalam hal mempertahankan kesucian agama Islam ini dengan membuat pencelahan pada saman yang difailkan oleh Gerakan (komponen BN) yang memohon pengisytiharan pembatalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2015),” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2015 04:12 PM | Show all posts
mengarut sungguh..

pastikan dulu rakan anda sendiri seperti PKR..

atau yg lebih utama semua MP Pas
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 05:26 PM | Show all posts
Najib ada keutamaan beliau sendiri.
Hormatilah pilihan dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.061320 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list