CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7159|Reply: 9

SLOT FESTIVAL - DRAMA "HAJAT" - [Ungku Ismail] 29 Mac 10 Malam

[Copy link]
Post time 29-3-2015 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 31-3-2015 01:29 AM

Sape tgk drama ni sekrg uols..lawak sgt cite ni..part nk nikah kene baca doa qunut,even pernah baca joke tu,tp bila ungku ismail sebut qunuuuuuuut,gelak berdekah iols...xleh nk letak gambo sbb pakai mobile..tp siyes cite ni best dan byk pengajaran jgk..still watching
Hajat drama sempena DFKL2015 tayang pada 29 Mac, pukul 10 malam ini. Lakonan Ungku Ismail, Wan Sharmila, adik Muhammad Airil Azimi, Roy Azman, Didie Alias, Hilal Azman, Rosnah Johari. Skrip Azlina Pa’wan, pengarah Raja Ahmad Alauddin.

Sinopsis Hajat
Dilla (Wan Sharmila) dan Imam (Ungku Ismail) berkahwin selepas tamat pengajian di universiti. Dilla melahirkan anak sulung mereka, Haykal, semasa berumur 23 tahun. Kedua-duanya bekerja keras untuk mengumpul harta pada usia muda. Dilla selalu merungut tetapi Imam menegaskan bahawa semua itu adalah rancangan jangka panjang (planning planning planning).

Perancangan yang Imam buat memang bijak tetapi memerlukan pengorbanan yang besar. Tekanan hidup menyebabkan mereka berdua sering bertengkar dan bermasam muka. Haykal ditinggalkan bersama ibu bapa Imam, Ismail dan Lili yang mengamalkan cara hidup moden (selalu berkarok). Haykal dididik supaya menjadi cerdik. Namun, didikan agama tidak dititikberatkan.

Konflik bermula apabila ibu bapa Dilla, Ahmat dan Lijah datang menziarah. Mereka menegur Imam yang meninggalkan solat. Bimbangkan Haykal membesar tanpa didikkan agama, Ahmat dan Lijah mengajar Haykal dengan cara menakut-nakutkan Haykal melalui gambaran seksaan di neraka.

Selepas ibu bapa Dilla pulang ke kampung, Haykal mula menegur Dilla, Imam serta datuk dan neneknya yang lalai dalam soal agama. Ibu bapa Imam mengadu dengan Imam lantas tercetusnya pergaduhan besar antara Imam dan Dilla.

Keluarga Dilla menyuruh Dilla bercerai dengan Imam kerana mereka merasakan Imam bukan seorang suami yang mampu membimbing isterinya. Dalam kekeliruan itu, Dilla terdengar Haykal berdoa, meminta disatukan kembali ibu dan ayahnya dan agar semua boleh solat bersama-sama seperti di masjid. Tiba-tiba Haykal jatuh sakit, demam panas yang teruk. Mulanya disangkakan demam rindu, tapi keadaan makin teruk sehingga dimasukkan ke hospital. Apakah hajat Haykal bakal tercapai?






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2015 08:34 AM | Show all posts
tgk gak semalam
mmg best...
lawak santai...
syok dgq hilal azman cakap utara
usik2 wife dia...gaduh mertua..mmg menjadi la...

scene yg anak dia meninggal..
dha siap menangis dah
tgk2 anak dia leh cakap
rupanya mimpi
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoiii lawak citer ni...sayangnya mlm isnin....dua belah keluarga yg xtreme differencenya...tp betul la..yg dila ngadubkat mak dia....penat asyik kejee jekkk....rupanya lakinya nama imam....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 09:15 AM | Show all posts


ungkuismailaziz
about 9 hours ago




thank you so much everyone for watching#hajat at #tv3 just now. trends globally. this is super. alhamdulillah.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2015 11:57 AM | Show all posts
MsCinderella replied at 30-3-2015 08:34 AM
tgk gak semalam
mmg best...
lawak santai...

thriller betul kn..ingatkan betul2 meninggal..tp lawak la siap mayat buleh bgn berckp lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2015 12:03 PM | Show all posts
honeybee1802 replied at 30-3-2015 09:10 AM
Adoiii lawak citer ni...sayangnya mlm isnin....dua belah keluarga yg xtreme differencenya...tp betul ...

dh la baca doa qunut sebut qunut je,pastu p baca doa mkn..nama je imam eh..hahaha..pastu sejadah br kantoi ade price tag tak tanggal,cari kiblat,ulang2 lirik sepohon kayu..hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2015 02:35 PM | Show all posts
best citer ni...kalau tak dek TLU....tak tertgk rasanya.....hehee..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 11:41 PM | Show all posts
Weyy..x tengok punn  sbb x tau  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2015 09:04 AM | Show all posts
alieyrina replied at 30-3-2015 11:41 PM
Weyy..x tengok punn  sbb x tau

misz pon xtau psl cite ni..mcm kurang promo je kt tibi..rasenye tau sbb iklan mase tgh tgk yeke..tu yg sambung tgk hajat sekali tu..tgk kt tonton la sis..best sgt
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 10:39 AM | Show all posts
Suka cite ni....lawak kot...lagi byk pengajaran...Mael ttp selamberrr...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.442469 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list