CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6641|Reply: 97

[Tempatan] GST: Budaya makan luar penduduk bandar, eksekutif muda tidak terjejas

[Copy link]
Post time 30-3-2015 12:06 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Budaya makan di luar begitu sebati dengan penduduk bandar dan di kalangan eksekutif muda.

Dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April, adakah ia akan menjejaskan sektor makanan dan minuman (F&B) dan adakah orang ramai akan menghadkan makan di luar?

Pembantu pengurus di sebuah kafe di Wangsa Maju yang mahu dikenali sebagai Ahmad berpendapat pelaksanaan GST tidak akan menjejaskan perniagaannya.

“Mungkin pada dua dan tiga bulan pertama pelaksanaan GST, ia akan menjejaskan bisnes kami. Menerusi tinjauan saya, saya menjangkakan akan ada penurunan pelanggan sebanyak 20 hingga 30 peratus.

"Ini kerana orang ramai masih tidak tahu tentang GST dan 'takut'. Oleh kerana itu, mereka mungkin akan kurang makan di luar. Namun apabila GST sudah dilaksanakan dan orang ramai sudah terbiasa dengan GST, bisnes kami akan berjalan seperti biasa," kata Ahmad.

Beliau akui harga makanan dan minuman di kafe beliau akan ada peningkatan sedikit tetapi ini semua akan ditentukan oleh ibu pejabat.

"Ia bukanlah peningkatan yang drastik tetapi adalah sikit," tambahnya.

Ibrahim yang merupakan pemilik sebuah kafe makanan barat di Wangsa Maju berkata kalau boleh, beliau tidak mahu menaikkan harga makanan di kafenya.

“Kita tidak mahu naikkan harga. Walaupun kami tidak didaftarkan di bawah GST kerana nilai jualan tahunan kurang daripada RM500,000 tetapi ini semua bergantung kepada pembekal.

“Jika pembekal menaikkan harga, mahu atau tidak kita harus menaikkan harga makanan kita. Cuma kita tidak kenakan GST kepada pelanggan.

Ibrahim turut berkata pihaknya masih menunggu harga dari pembekal.

“Setakat ini kita pun tidak tahu apa-apa. Kita harus menunggu keputusan pembekal. Walaupun bisnes kami adalah bisnes kecilan, tetapi kita tetap terjejas dengan GST,” katanya.

Ibrahim juga tertanya-tanya bagaimana restoran lain akan melaksanakan GST.

"Kalau di Singapura, harga yang kita lihat di papan tanda atau buka menu adalah harga yang kita bayar. Saya tidak tahu kalau restoran-restoran yang besar di Malaysia akan menggunakan kaedah yang sama," jelasnya.

Asyraf Adlan yang memiliki sebuah kafe di Empire Damansara turut berkata syarikat beliau tidak didaftarkan di bawah GST kerana nilai jualan kurang daripada  RM500,000 namun ia semua bergantung kepada pembekal.

“Setakat ini pembekal masih tidak menaikkan harga dan kita pun tidak akan menaikkan harga,” katanya.

Ditanya jika bisnes beliau akan terjejas oleh kerana GST, Asyraf berkata: “Saya masih tidak pasti tetapi saya rasa golongan yang keluar makan tengahari ketika hari bekerja akan tetap sama.”


Sementara itu, beberapa orang ramai yang ditemui turut berkata GST tidak akan mengubah budaya makan luar dengan begitu drastik.

Eksekutif Pembangunan Perniagaan Danial Ariff berkata beliau akan makan di luar sebanyak empat hingga enam kali sebulan dan belanja sebanyak RM200 hingga RM300 dalam tempoh yang sama.

“Ia tidak akan menjejaskan perbenlanjaan saya kerana GST menggantikan cukai sedia ada dengan nilai yang sama. Cuma saya akan memilih di mana saya makan berdasarkan kualiti dan meneliti cukai perkhidmatan untuk mendapatkan nilai yang terbaik,” katanya.

Seorang eksekutif muda, Razak Izwan, berkata beliau tiada pilihan dan sering makan di luar.

“Saya akan berbelanja sebanyak RM1,000 sebulan dan saya makan di luar setiap hari.

“Sebagai seorang bujang, saya memang tiada pilihan. Memang GST ini akan menjejaskan kewangan saya, tetapi saya tetap harus makan, kan?” katanya.

Semalam, beberapa orang ramai yang ditemui berkata walaupun GST akan membebankan mereka, namun mereka mempunyai formula tersendiri dalam perbelanjaan mereka.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2015 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Eksekutip mude...urbennya bunyi
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 05:28 AM | Show all posts
Perbelanjaan makan saya sebulan di luar dalam rm600-rm800
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 akn jimat and pantau harga...if masih berpatutan bole la mkn luar..Tp mknan luar byk msg ajinomoto plak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 07:28 AM | Show all posts
dorg bkn mkn luar..
tapi makan peluh peniaga..

contoh pertama..
roti canai..

peluh mengalir melalui celah ketiak, lengan , tapak tangan, cmpur tepung roti canai, tepek2 dlm tu, pstu masak, bagi korang makan..

sebab tu ramai kata sedap makan roti canai mamak dari roti canai melayu, psl mamak byk peluh..


sekian..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 07:49 AM | Show all posts
apam replied at 30-3-2015 02:40 AM
Eksekutip mude...urbennya bunyi

wah wah eksekutip nih mungkin tak fikir panajng... sebulan 1k untuk makan??? waaaaaaa..... kalau masak, anak hanya gune dalam RM300 je nak... RM700 boleh buat macam macam... bagi mak pak kat kampong......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2015 07:59 AM | Show all posts
batmana replied at 30-3-2015 07:28 AM
dorg bkn mkn luar..
tapi makan peluh peniaga..

prefer lg roti canai melayu dr mamak.melayu lg sedap dan.mantap.atau pesan roti tulur separuh masak
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Hurm...
Mungkin dia kuar n balik keje nampak bulan
Aku dolu spend byk gini srbab byk keluar n balik.lewat

Penat nak masak noks..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2015 08:06 AM | Show all posts
gaji byk pedehal slalu mkn luar..xde komitmen
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 08:15 AM | Show all posts
dh mampu, biar jelah...tp still kita kesian kt org yg xmampu jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 09:54 AM | Show all posts
1/2 bulan pertama - makan luar
1/2 bulan kedua - makan megi kat umah..ini standard
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata kunci skrg kena rajin & abaikan style..

Bnyk biz makan dimulakan dgn mengambil kesempatan atas kelemahan pengguna - contoh malas dan nak senang

Di europe ramai orang yang bawak bekal sandwich sbb makanan mahal.. mereka pun sedar.. serta lebih menyihatkan
Jadi kita pun kena rajin bangun awal siapkan bekal.. tak perlu la nak berasam pedas masak lemak tiap2 hari.. cukup la makan waktu hujung minggu sahaja.. lebih elok untuk kesihatan
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut ada gerakan besar2an yang promote healthy eating serta home made food.. biar orang ramai buang mentaliti nak makan sedap saja sampai poket berlubang & kesihatan terjejas..

Seriously keseluruhan kedai makan di KL dimasak oleh indon bangla nepal.. ingredients yg mereka masak boleh dianggap mewah di negara sendiri.. sebab tu main tuang segala minyak gula garam ikut sedap hati
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi satu I notice taktik peniaga2 ni esp indon n mamak suka letak nasi banyak2 dlm pinggan sampai kena suruh buang balik biar tinggal suku..

Kalau order nasi goreng mee goreng etc kdg2 isi pun telur hancur je.. nasi & mee penuh pinggan.. sayur jgn harap la.. mmg membunuh pelanggan secara senyap..

Patut juga ada gerakan yang buat kempen memasak ikut jumlah yang dikehendaki pelanggan.. contoh kalau:-
A- nasi/mee penuh / B- 3/4 / C- 1/2 / D- 1/4... sbb kdg2 orang ni sayang nak bazir makanan jadi apaa ada dlm pinggan dihabiskan juga
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 11:57 AM | Show all posts
milo_888 replied at 30-3-2015 11:22 AM
Patut ada gerakan besar2an yang promote healthy eating serta home made food.. biar orang ramai buang ...

bleh dapat sambutan ker??? org skang nih majoriti mana kira nilai pemakanan, nutrisi seimbang bagai.....yg penting adalah SODAPPPPPP.............
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 30-3-2015 11:57 AM
bleh dapat sambutan ker??? org skang nih majoriti mana kira nilai pemakanan, nutrisi seimbang baga ...

nak sodap kena byr lebih lah..jgn time nak byr mengelupur plak...kehkehkeh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2015 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 30-3-2015 11:57 AM
bleh dapat sambutan ker??? org skang nih majoriti mana kira nilai pemakanan, nutrisi seimbang baga ...

Sebab tu kena ada movement.. mcm kempen alam sekitar boleh dianggap hampir berjaya hasil kerjasama agensi kjaan, ngo dan private sector..lama jugak usaha2 aggressive mereka.. tu pun masih banyak kekurangan berbanding negara maju..

Tekak I dah payah nak telan makanan kedai esp bila tgk indon bangla masak.. nutrition satu hal dgn minyak berlinang2 masin manis melampau semua cukup.. hygiene is another issue.. dorang ni pengotor..

Harap tokey je melayu tp tak monitor pun.. typical melayu buat biz.. taknak turun padang buat keja.. tau nak jd boss sajaa..

So kalu bnyj isu tanah tergadai I tak heran.. anticipted
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 12:13 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 30-3-2015 12:06 PM
nak sodap kena byr lebih lah..jgn time nak byr mengelupur plak...kehkehkeh..

aku makan x kira sedap laaa........yg penting nutrisi dan kualiti pemakanan tu ada.......sedap kedai tu takat ajinomoto jer laaa...

nak sedap camner kalo minum pagi dan petang TEH HIJAU TIADA GULA, teh tarik A BIG NO NO, nasi lemak/makanan bergoreng/fast food sumer aku x sentuh, nasi kandar mmg diharamkan dah, orang tgk aku makan sumer cakap aku nih x reti menilai nikmat hidup di Malaysia.....hahahahahahha

kisah apa aku makan x sedap cam org lain, yg penting badan misti mau solid otot......
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 30-3-2015 12:13 PM
aku makan x kira sedap laaa........yg penting nutrisi dan kualiti pemakanan tu ada.......sedap ked ...

Aku makan nak sodap..tak sodap sekali tu je aku msk kedai tu makan...sbb tu aku tak kisah byr berapa..ada Cukai service charge ke tidak..

Mcm nasik padang depan sogo tu. 2 lauk dah tentu rm6..lum campur teh ais..

Mcm nasik ayam kat tesco tmn midah tu .5 org makan tentu habis rm100.

Mcm seaol grdn..5 org makan tentu habis dua ratus lebih.

Selebihnya aku suka makan bini aku masak..seminggu sekali aku pi pasar pudu..stok seminggu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 30-3-2015 07:28 AM
dorg bkn mkn luar..
tapi makan peluh peniaga..


Eww, mati selera iols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.076234 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list