View: 9922|Reply: 64
|
[Tempatan]
Berita biasa: Gadis Malaysia kahwin lari ke Lombok menyesal
[Copy link]
|
|
KUANTAN: Seorang gadis berusia 14 tahun yang kahwin lari ke Lombok dengan seorang lelaki Indonesia bernama Deddy mahu kembali ke pangkuan ibunya selepas enam bulan kemudian.
"Saya mengenali Deddy selama setahun dan saya fikir dia mahu membawa saya jalan-jalan, jadi saya mengikutnya.
"Apabila saya berada di sana, saya terus mendesaknya supaya tidak pergi kerja dan menghabiskan masa dengan saya."
"Satu hari, dia naik angin dan memukul saya di muka," kata gadis itu pada Sabtu.
Katanya, pada mulanya dia berasa gembira 'lari' bersama Deddy, 26, pada 9 September tahun lepas tetapi menjadi takut selepas dipukul lelaki itu.
Dia juga terkejut apabila Deddy mahu mengahwininya sebaik sahaja dia berumur 16 tahun.
Pada 1 Mac, dia berjaya menghubungi ibunya, yang meminta bantuan daripada Adun Teruntum Sim Chon Siang.
Polis Indonesia mengesan gadis itu di timur Lombok dan meletakkannya di bawah penjagaan pihak berkuasa pada 20 Mac, sebelum dia diletakkan pula di bawah perkhidmatan perlindungan kanak-kanak di Mataram, Indonesia.
Remaja itu akhirnya bersatu semula dengan ibunya pada 24 Mac.
Chon Siang berkata, Deddy yang berasal dari suku Sasak, berfikir mengahwini gadis itu dengan amalan 'penculikan untuk berkahwin' sebagai tidak menyalahi undang-undang.
Chon Siang berkata Deddy ditahan oleh Jabatan Imigresen Indonesia kerana membawa gadis itu ke negara tersebut tanpa dokumen yang sah. |
|
|
|
|
|
|
|
KUANTAN - “Saya maafkan dia... saya maafkan lelaki yang bawa anak saya ke Lombok, yang penting sekarang anak saya selamat."Demikian luah, Lee Choy Fah, 33, ibu kepada remaja perempuan yang dilarikan ke Lombok sejak September 2014.Choy Fah berkata, anak keduanya, Mun Kar See, 14, dibawa pulang kelmarin dengan bantuan Adun Teruntum, Sim Chon Siang selepas aduan dibuat di Pusat Khidmat Dun Teruntum pada Januari lalu.Menurutnya, kehilangan anaknya yang mengikut seorang kenalan lelakinya yang bernama Deddy, 26, amat membimbangkannya.“Walaupun masih geram dengan tindakan lelaki tersebut, tapi dia dah minta maaf dan saya cuba menerima situasi ini dengan baik. Selepas ini, saya akan pastikan anak-anak saya dalam perhatian dan insiden sebegini tak berulang lagi,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Dun Teruntum di sini, semalam.Choy Fah berkata, sepanjang perjalanan untuk menemui anaknya itu, dia hanya mahu anaknya selamat dan berada dalam keadaan yang sihat.“Saya gembira dan berterima kasih kepada pihak wakil rakyat yang bekerja keras memastikan usaha bawa pulang anak saya berjaya,” katanya yang bekerja sebagai penoreh getah.Mun Kar See yang mengenali Deddy sejak setahun lalu dikatakan mengikut lelaki itu ke Lombok selepas mengalami masalah keluarga, namun tidak menyangka akan dibawa di tempat yang jauh seperti itu.Sementara itu, Chon Siang berkata, tindakan Deddy yang merupakan kaum Sasak membawa Kar See ke Lombok untuk tujuan ‘kawin culik’ adalah bukan satu kesalahan dalam masyarakat mereka.Bagaimanapun, Kar See bernasib baik kerana belum cukup umur iaitu 16 tahun untuk berkahwin dengan Deddy.“Dia dibawa tinggal bersama keluarga Deddy sepanjang tempoh tersebut. Namun pada 1 Mac lalu, Kar See menelefon ibunya mengatakan dia dipukul Deddy dan mahu pulang. Sebaik mengetahui perkara itu, saya mendapatkan kerjasama daripada Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur pada 18 Mac lalu,” katanya.Chon Siang berkata, pihaknya cuba menghubungi nombor telefon yang ada dan berjaya bercakap dengan bapa Deddy.“Bapa Deddy menceritakan perkara sebenar dan mengakui Kar See berada di rumahnya dan ini memudahkan usaha menyelamatkannya. Bagaimanapun, keadaan Kar See selamat sepanjang berada di rumah Deddy,” katanya.Chon Siang berkata, pihaknya membuat keputusan ke Lombok pada Selasa lalu selepas mendapat kerjasama pihak berkuasa iaitu Polis dan Imigresen.Katanya, pihaknya mendengar penjelasan daripada Deddy dan membuat kesimpulan bahawa Kar See mengikutnya atas dasar suka sama suka.“Saya gembira kerana urusan bawa pulang remaja tersebut berjalan lancar sepanjang tiga hari saya di sana. Malah semua pihak memberikan kerjasama yang baik sehingga kes berjaya diselesaikan,” katanya.Chon Siang berkata, untuk tindakan selanjutnya, pihaknya mencadangkan agar Kar See melalui sesi kaunseling untuk menghilangkan trauma.“Malah hasil pemeriksaan perubatan yang dibuat, remaja terbabit tidak dirogol,” katanya.Dalam pada itu, Kar See yang masih trauma berkata, dia akan mengambil pengajaran daripada insiden tersebut dan tidak akan sewenang-wenang mengikut lelaki yang berbuat baik kepadanya.Katanya, dia berdepan perjalanan yang sukar dan jauh untuk sampai ke Lombok melalui laluan haram termasuk terpaksa mengharungi laut untuk sampai ke Batam.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang ibu kepada remaja perempuan berumur 14 tahun dari Kampung Baru, Gambang, di sini, mengharapkan anaknya dapat pulang ke pangkuan keluarga setelah dipercayai diculik jirannya yang merupakan warga Indonesia sejak 3 Oktober
|
|
|
|
|
|
|
|
Hebat lelaki lombok. Cina pon diaorg tibai. Ingtkn remaja melayu je bodo2 alang
|
|
|
|
|
|
|
|
Org lombok memang jaguh sihir.
Mau rompak, samun pun guna sihir |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe...tapi kira bagus jugalah laki lombok tu..tak diapa-apakan amoi tu. Pulak tu marah bila diminta tak pi kerja. Buleh dibuat laki la kot. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik la tak d apa2 kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Lahh. Cina ke. Ingatkan melayu td. |
|
|
|
|
|
|
|
laaaa igtkn cina cari kaum dia je
melayu limbok kukut bkerakkk pun sangkut jgek |
|
|
|
|
|
|
|
Abam lombok tu nak cantikkan keturunan kut..
At least dapat anak putih2 walaupun mata sepet sikitlah..
|
|
|
|
|
|
|
|
bagusnyer anak cina ni beliau tidak dikekah serta merta di Lombok... anak melayu kita???? |
|
|
|
|
|
|
|
konfuse aku, gmba first tu gmba anak dia ka?
yg betudung tu sapa la plak? |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan melayu..cemane anak cina blh terlepas ikut Lombok.. |
|
|
|
|
|
|
|
tightcherry replied at 30-3-2015 07:10 AM
Siyal lah budak ni...
Laki lombok tu x sial ke? Ke ko laki lombok tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
stars83 replied at 30-3-2015 08:28 AM
Laki lombok tu x sial ke? Ke ko laki lombok tu??
Dedua siyal |
|
|
|
|
|
|
|
cina pun? ingt melayu?
tuh la ko dek.. hadap sngt termakan kata2 jantan...smpi lari bagai,.. |
|
|
|
|
|
|
|
taste jantan lombok telah beralih arah ke? ke nak elak persaingan dengan niga, nepal, bangla? |
|
|
|
|
|
|
|
nak bawak jalan2 |
|
|
|
|
|
|
|
mulayu mesia x laku |
|
|
|
|
|
|
|
so now ... twist dekat PLOT sikit ... since Chinese yang jadi heroin nya ,,,,,, |
|
|
|
|
|
|
| |
|