CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37792|Reply: 363

[Tempatan] Drama Melayu sekarang memalukan

[Copy link]
Post time 30-3-2015 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Drama Melayu sekarang memalukan

Ketika ini penerbit, pengarah dan penulis skrip dilanda sindrom “korporat.” Kisah-kisah anak muda Melayu kaya mempunyai empayar korporat diperagakan dalam hampir semua saluran yang mempunyai slot drama Melayu. Tapi gambaran yang diberikan tidak lebih sebuah fantasi yang menerbangkan penonton Melayu di alam khayalan.

Drama-drama begini sangat memalukan. Memalukan orang Melayu yang dunia korporatnya hanya bercinta, cemburu, iri hati, mak bapa yang kaya tapi dungu. Benarkah orang korporat Melayu dungu macam dalam drama Melayu? Mana ada. Sebahagian besar penerbit, pengarah dan penulis skrip drama Melayu banyak temberang dan mengarut.

Korporatlah sangat. Memang memalukanlah. Siti percaya drama begini langsung tidak membina iltizam orang Melayu untuk kaya. Sebab orang Melayu korporat dalam drama Melayu akhirnya jadi haprak. Kalau tak percaya sila tonton. Stesen televisyen pula sangat materialistik, drama haprak pun disiarkan kalau menguntungkan.


Drama Melayu sekarang memalukan

Hari ini jangan haraplah nak cari drama macam Cikgu Limau Kasturi karya Allahyarham Zain Mahmud. Dalam drama ini Allahyarham Harun Salim Bachik memberikan lakonan yang terbaik. Drama ini menjadi hebat kerana ia membawa pemikiran besar. Drama sekarang kosong macam belon. Kalau sekarang awal-awal lagi penerbit menolak kisah-kisah kemanusian di kampung-kampung. Mana tidaknya semua nak korporat, konon.

Siti difahamkan Cikgu Limau Kasturi sebuah kisah benar di Gua Musang. Watak guru dalam drama ini diangkat daripada seorang guru yang pernah bertugas di kampung itu. Harun Salim Bachik menghidupkan watak guru yang terpaksa berdepan realiti hidup di Kampung Limau Kasturi. Kepayahan berada di sekelilingnya. Di dunia baharu, dia berdepan dengan anak bangsa yang menagih kemajuan dan pendidikan.

Drama ini mengingatkan kita bahawa guru sebagai penjana masyarakat berpendidikan, sanggup menempuh segala macam kesukaran melampaui kerjayanya sebagai guru. Demikianlah sebuah drama kecil dengan latar sosialnya yang semacam tersingkir memberi kesan yang besar. Cikgu Limau Kasturi lari daripada segala macam imej korporat yang dibuat-buat dalam drama yang dilonggokkan kepada penonton sekarang ini.

Bagi Siti, penonton kita ketandusan dengan drama-drama yang menyingkap realiti sosial seperti ini. Banyak sangat riuh rendah dan kilau kemilau serta korporat yang setengah masak. Tak ada maknanya kemajuan teknologi pembikinan drama kalau pemikiran penerbit, pengarah dan penulis skrip lapuk dan jumud. Sekarang tambah satu lagi, penulis novel picisan yang diadaptasi jadi drama bersiri. Penerbit, pengarah dan penulis skrip sekarang tidak malukah kepada kemampuan orang sebelum ini menghasilkan drama yang baik?

Tapi mereka ini mana ada rasa malu, berbangga adalah. Sepatutnya mereka menyesal dan menghantuk kepala ke dinding kerana menghasilkan drama-drama memalukan bangsa.

Sumber : Siti Jarum Utusan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2015 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 korporat ckp English uols... Mana Ada ckp melayu ..mostly bljr oversea
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 03:31 PM | Show all posts
Drama paling memalukan adalah.........
Teman Lelaki Upahan...
Hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 03:31 PM | Show all posts
udah semua amik dari novel...

penuh khayalan je laaa...

sampai cerita ada anak luar nikah pun dianggap mulia... feeling 2 insaf...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 03:33 PM | Show all posts
yang memalukan ini lah yang ditunggu saban hari saban malam saban waktu
oleh para wanita suri rumah anak2 dara waima kadang2 jejanz2 pn melayan sama
kalau permintaan tak ada, tak adalah yang nk buat drama sampah mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 03:36 PM | Show all posts
last week aku g holiday dgn family bos...

sekali makan kat kdai makan nie, ada cerekarama melayu pulak...

aku tak tau title apa tp cerita puteri balkis jadi anak OKU..kena dera dgn pompuan yang nak jadi mak tiri puteri balkis (kut?aku tak tau, tgk muda dan siap kaler rambut)

bini bos aku terus ckp mcm nie, "cerita melayu tak sah kalo tak caras laki org, dera anak dan sebagainya. patutla org skrg tak kisah lagi sebab dah biasa dgn cerita mcm ni"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2015 03:36 PM | Show all posts
jarang nengok gambaq melayu dah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 03:38 PM | Show all posts
yer laaa, logik laa kalo anak2 org2 korporat yg kaya waya nih jer 24/7 nak bercinta....sbb dorg xyah pk nak cari duit...

kalo watciter cintan golongan marhein camno nak 24/7 scene cinta sbb mat rempit dgn minah kilang nak kene keje cari duit......kui kui kui
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2015 03:38 PM | Show all posts
AKU MEMEANG TAK BERKENAN TGOK DRAMA TV3 SUKU. . MOSTLY NAK ACAH CAH ORG KAYE PUIH !
LG SUKE TGOK TV 1  && TV 2
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 03:41 PM | Show all posts
MengkuduMasam replied at 30-3-2015 03:31 PM
udah semua amik dari novel...

penuh khayalan je laaa...

ACCURATE
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 03:41 PM | Show all posts
layan drama korea lagi best...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
koprat koprat keprat keprat
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulullah...parent saya dah haramkan kami tgk drama meleis drpd skolah rendah lagi..dulu kalau tgk senario trus kena rotan...

Namun drama mcm aduhai esah memang buat saya teringt sampai skrang..satu lagi yang azian irdawati jadi gila kena kurungtepi sungai..legend hamat sis.

Drama skrang pprt lvl nnajis..memalukan especially drama yng betina sundal meleia jadi kecik itu...artis skrang nk blakon scenes lawa2 highclass jah....bangsatsngt
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
hodohnya pompuan tu bju jingga lipstik ppun jingga
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
drama melayu kalo watak bawak kereta kancil tu mesti citer lawak....
kalo citer korporat mesti bwk kete import..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak suka jah tgk Asam Pedas Utk Dia... Lelagi tgk Shukri yahaya...melets.  lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2015 03:45 PM | Show all posts
drama melayu entah la tak pernah aku follow pun .. bak kata orang cerita ala-ala 'si luncai dengan labu-labunya' ......... tengok animal planet lagi bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 03:46 PM | Show all posts
weekend hari tu anak2 sedara aku layan cenel 611. adalah satu drama yg target tuk budak2 bbnu. ya Allah. apa ke jadah apa ke motif .. buat drama tunjuk remaja2 pompuan golongan kaya yang gedik! yang jadi cikgu dia org si Zulin tu. budak2 ni ditunjukkan la konon bergaya habis dr hujung rambut ke hujung kaki.. kerjanya shopping, skip kelas briefing tanpa rasa bersalah bagai. puih sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 03:46 PM | Show all posts
tightcherry replied at 30-3-2015 03:28 PM
Anak2 korporat ckp English uols... Mana Ada ckp melayu ..mostly bljr oversea

Tak salah kalau anak2 korporat melayu cakap english atau lulusan luar negeri tapi agak terkilan ialah anak melayu lupa membanggakan melayunya, adatnya, gaya hidupnya.  Pendek kata hilang identitinya dan terhakis agamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mama papa daddy mummy korporat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.078300 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list