CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1344|Reply: 1

Kit Siang: PAS mungkin tewas sehabisnya

[Copy link]
Post time 31-3-2015 07:18 PM | Show all posts |Read mode





Penasihat DAP Lim Kit Siang menjangkakan bahawa PAS mungkin akan tewas sehabisnya dalam pilihan raya umum akan datang jika terus berkeras untuk melaksanakan hudud.
Katanya, saki baki PAS hanya akan tinggal di beberapa negeri di utara, dan mungkin akan gagal membentuk kerajaan di kubu kuatnya, Kelantan.
Lim berkata, kesemua parti dalam Pakatan Rakyat akan terjejas jika gabungan parti itu berpecah, namun PAS akan menganggung kerugian paling teruk.
“Dengan kehilangan 30 peratus undi bukan Islam, PAS akan kehilangan tujuh kerusi parlimen dan 29 kerusi DUN yang dimenanginya dalam pilihan raya umum ke-13.
“PAS akan tewas sehabisnya di Johor, Perak dan Melaka dan hampir tewas di Selangor, Pahang dan Kedah,” kata Lim dalam kenyataannya.
Katanya, PAS sepatutnya sedar bahawa parti itu tidak boleh meraih sokongan pengundi Melayu-Islam dengan mudah, berdasarkan kekalahan di Terengganu (2004) dan Kedah (2013).
Lim turut mengulangi anjurannya agar Pakatan dan BN bekerjasama, namun menjelaskan bahawa ia bukan untuk membentuk kerajaan perpaduan.
"Saya menekankan bahawa gabungan pasca-BN, pasca-Pakatan di peringkat persekutuan sebelum pilihan raya umum ke-13 perlu melibatkan pelbagai bangsa, agama dan wilayah,” katanya. - M'kini






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2015 05:17 AM | Show all posts
mungkin tidak.....!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.065044 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list