CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2714|Reply: 0

ARC Welder

[Copy link]
Post time 6-4-2015 08:55 AM | Show all posts |Read mode
ARC Welder Membolehkan Anda Menjalankan Aplikasi Android Pada Windows, Mac OS X dan Linux

Google sendiri menerbitkan sebuah pemalam khusus untuk pengguna Chrome, dinamakan sebagai Arc Welder.
Arc Welder ini ditujukan kepada para pembangun aplikasi Android untuk menguji aplikasi mereka untuk dijalankan pada Chrome. Namun, seperti biasa, pengguna umum turut boleh menjalankan ia pada desktop anda, dan menjalankan aplikasi yang disukai anda terus pada desktop.

Arc Welder ini berfungsi sebagai sebuah pemalam khusus untuk Chrome, maka anda memerlukan pelayar web Chrome terpasang pada komputer Windows, Linux dan juga Mac OS X.
Saiz pemasangannya agak besar, sekitar lebih 100MB, dan selepas anda selesai memasangnya, anda akan dipaparkan dengan sebuah tetingkap khas untuk Arc Welder.




Melaluinya, anda boleh memilih fail APK yang dikehendaki untuk menjalankan ia pada komputer tersebut. Arc Welder ini tidak mempunyai sebarang Google Play Store, maka anda perlu mendapatkan APK untuk dijalankan menggunakannya. Salah satu kaedah untuk mendapatkan fail berbentuk APK adalah melalui laman seperti APKMirror.



Sebaik sahaja memilih APK yang ingin dijalankan, anda seterusnya boleh memilih sama ada ingin menjalankan ia dalam bentuk tablet ataupun dalam bentuk telefon pintar. Anda juga turut boleh memilih untuk menjalankan sesuatu aplikasi dalam bentuk skrin penuh. Sejumlah aplikasi beroperasi dengan lancar pada ARC Welder ini, dan beberapa aplikasi yang kami cuba gagal untuk dijalankan dengan lancar – terutamanya yang mempunyai sokongan Google Play Settings.



Bagi anda yang ingin mencuba sendiri menjalankan aplikasi Android pada desktop, anda boleh memuat-turun pemalam Arc Welder ini hari ini, dan mencuba sendiri aplikasi Android pada komputer dengan mudah.
Muat-Turun Arc Welder untuk Chrome

kredit:www.amanz.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.076433 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list