Details Created On Saturday, 04 April 2015 18:08 Published Date Written By Admin
Category: News
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini bahawa Umno hanya akan selamat di Pilihan Raya Umum ke-14 jika mereka “tukar pemimpin.”
Mahathir berkata demikian kerana pemimpin Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak, diimplikasi dalam “terlalu banyak skandal.”
Pertembungannya dengan Najib bermula apabila beliau menulis di blog chedet.cc bahawa rakyat Malaysia sudah tidak percaya kepada Perdana Menteri, disebabkan oleh beberapa soalan tak terjawab yang menyelubungi pemerintahannya, termasuk pembunuhan Altantuya Shaariibuu, dan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Saya penuh harapan bila dia [Najib] ganti Pak Lah [Tun Abdullah Ahmad Badawi], tetapi prestasinya buruk lagi daripada Pak Lah.
“Saya dah kata sebelum pilihan raya kalau prestasinya buruk lagi daripada Pak Lah, di patut berhenti.
“Berhenti daripada menjadi Perdana Menteri, berhenti daripada menjadi presiden parti [Umno],” kata Mahathir.
Beliau turut memberitahu The Star Online bahawa beliau telah jemu bekerja secara “senyap” dalam beberapa tahun yang lepas, kerana tidak membawa kesan kepada pemerintahan negara, yang mengikut beliau telah merosot kebelakangan ini.
“Bukan soal marah. Ini soal negara kita. Negara kita terkenal zaman saya sebagai pentadbiran yang baik.
“Sekarang, newspaper luar negeri panggil kita ‘the most corrupt country in the world.’
“Tak pernah orang kata macam itu pada zaman saya,” tambah beliau.
Mahathir juga mengkritik skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diilhamkan oleh Najib kerana membuatkan rakyat Malaysia bergantung kepada pemberian duit.
Beliau berkata pemberian duit BR1M itu tidak menjanjikan bahawa rakyat akan mengundi untuk Barisan Nasional.
Pemberian BR1M juga akan mewujudkan masyarakat yang bersifat terlalu materialistik, yang menurut bekas Perdana Menteri itu akan menggelapkan masa depan Malaysia.
Tun,walaupun Spidey antara rakyat yang sayangkan Tun, tapi Tun harus sedar, keadaan tenat korupsi di negara kita bermula dari pemerintahan Tun. It's a fact Tun.
SEBENARNYE KORUPSI MULA DARI ZAMAN DIA...He allowed it to happen,buat dunno nye .he suka them to hv skeletonin their closet so he can use it against them when he find them not tuntut buntut him
Bila masa plk tun dah ambik kira berita dr surat kabar luar. Zaman tun dulu berita dr akbar luar semua nya sebagai dakyah nak jatuhkan tun. Kini tun siap quote lagi .Teringat kesah tun kena lempang dgn arwah Tungku
Kita sebagai bangsa yg maju n matang tidak harus percaya kpd laporan akhbar luar negara yg dikuasai yahudi n nasaro yg mencemburui kejayaan yg dikecapi negara, tambahan pula negara kita mendapat pengiktirafan sebagai negara Islam contoh. Kita hanya wajib percaya kepada laporan kitab otosan n bulletin utamak.
Sekian,
Puteri Aidana Batrisya A/P Surat Khan
Calon Ketua Putri AMENO Tahun 2045
dik, zaman tun corrupt but he know how to recover back...duit jatuh, dia tahu gunakan siapa untuk naikkan semula.. dan paling penting, dia takkan sesekali menekan rakyat... di zaman najib ni korup, yg kena kerat leher adalah rakyat..
Tun... zaman Tun dah berlalu Tun oii... cukuplah 22 tahun Tun "jaga" kami... la ni bglah org lain plak yg "jaga"kami.. walaupun pengganti Tun sumanya sama hauk...
Tun ni ai ingat dia lapar jawatan dia baliklah... Sejak zaman Pak Lah lg dia dok kritik gomen sana sini.. Kononlah dialah PM yg terbaik dolu kini dan selamanyer.
Cer tengok Pak lah... dah benti jadik PM langsung xder kacau gomen lagilah... Lantak ko lah ape nak jadik... Watpe nak serabut otak lagik... baik main dgn cucu
Zaman Tun la bermula nya korupsi secara sistematik.....
Tengok la supplier2/vendor2 ali baba kat government sector & PETRONAS, dah la untung atas angin....siap up kan lagik harga.....tu tak termasuk sesetengah staff gomen 1Malaysia yg kaki rasuah macam kastam, immigration, jabatan tanah etc.......ini semua dah macam berita biasa bagi rakyat marhean.....
Dan korupsi di terukkan lagi bila badut bijan & kak mah bertakhta......
Bila org takleh beza teguran & keinginan nk berkuasa balik...
Hukum alam... kalau yg tegur tu nobody tadak sapa yg akan amik peduli..
Tp Tun M ni somebody..of cos semua akan pay attention...so najib & the geng akan bukak mata skt...
tun M pun dah tak lama nak hidup, so dia tadek rugi apa kalo tegur...
ni kalu jaman dia nih
kalu apa2 yg buruk keluar kat media luar
ini semua anasir barat yg cemburukan kejayaan malaysia
rakyat malaysia diminta tidak terpengaruh dgn dakyah media asing