CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2949|Reply: 1

Microsoft Malaysia Menjadualkan Acara Pelancaran Peranti Lumia Baru April ini

[Copy link]
Post time 8-4-2015 12:05 AM | Show all posts |Read mode
Microsoft sejak awal tahun ini telah memperkenalkan beberapa telefon Lumia untuk pasaran global, dan tidak ketinggalan adalah ketika acara Mobile World Congress yang lepas dimana mereka telah memperkenalkan Lumia 640 dan juga Lumia 640XL. Kini, lanjutan daripadanya, Microsoft Malaysia dilihat menjadualkan acara pelancaran beberapa peranti baru Lumia di Malaysia pada 14 April kelak.



Pihak Microsoft Malaysia masih merahsiakan lagi berkenaan produk yang akan diperkenalkan pada hari berkenaan. Memandangkan beberapa peranti Lumia hanya diumumkan sahaja tanpa sebarang acara pelancaran sebelum ini, maka mungkin acara pelancaran ini memfokuskan peranti daripada MWC 2015 yang lepas, iaitu Lumia 640 dan juga Lumia 640XL.
Kedua-dua peranti Lumia ini memfokuskan kepada skrin bersaiz besar, dan hadir dengan Windows 8.1 yang boleh dinaik-taraf kepada Windows 10 kelak. Lumia 640 dilengkapi skrin bersaiz 5-inci, sementara Lumia 640 XL pula menyertakan skrin bersaiz 5.7-inci.





Lumia 640 menggunakan kamera belakang 8-megapixel dan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2500mAh. Ia turut hadir dalam pilihan dwi-SIM serta pilihan rangkaian 4G LTE.
Sama juga untuk Lumia 640 XL, tetapi ia hadir dengan kamera 13-megapixel dengan sokongan LED Flash pada bahagian belakang, serta dilengkapi bateri berkapasiti 3000mAh.
Seperti biasa, kami akan membawakan liputan langsung daripada acara pelancaran kelak, dan sama-sama kita nantikan apakah model telefon yang akan diumumkan oleh pihak Microsoft untuk pasaran Malaysia.

kredit:www.amanz.my


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 07:43 AM | Show all posts
WTF post...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.063591 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list