CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3869|Reply: 16

Apabila gambar MB berbasikal viral

[Copy link]
Post time 8-4-2015 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Gambar “simple” ini telah “viral” dan dimuat turun dengan begitu meluas terutama di media sosial dan menerima banyak reaksi dari pelbagai pihak. Sekali imbas ia sekadar menunjukkan seorang yang berusia lengkap berpakaian Melayu dan kain pelikat, berkopian putih sedang sedia menaiki basikal di perkarangan sebuah masjid.








Lihat lebih teliti, individu berkenaan sebenarnya adalah YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato Ahmad Yakob atau Ustaz Mat.

Salah seorang yang telah memberi reaksi positif terhadap gambar berkenaan adalah bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Melalui facebook nya DrMAZA.com beliau menyebut:




Saya suka melihat gambar YAB MB Kelantan ini. Ia mempunyai banyak mesej yang menarik untuk ditafsirkan. Secara umumnya ia memberikan gambaran kesederhanaan cara hidup seorang pemimpin yang masih lagi ke masjid bersolat jamaah dengan 'basikal orang kampung'.

Gambar seperti ini lebih diminati rakyat dari gambar para pemimpin atau para isteri pemimpin yang menunjuk-nunjuk kemewahan kepada rakyat.
Setakat saya menulis ini posting Dr Maza di atas telah menerima 37,876 likes dan 1,130 komen.






Antara komen yang menarik perhatian saya adalah dari Tan Tar yang menyebut: “Ini orang banyak baik, jujur dan sabar. Personal experience. Lim Xilvre pula memberi komen: “dia layak mendapat segala kemudahan sebagai seorang Menteri Besar tetapi memilih untuk sederhana, syabas role model untuk dirujuk kepada yang seangkatan”, Dan Jay Ace pula “Kualiti yang macam ni patut ada pada semua pemimpin terutamanya yang nak jadi calon PM”.
Ternyata rakyat dewasa ini kagum bukan apabila melihat pemimpin mereka menaiki kereta mewah dan mahal, atau berpakaian berjenama atau dikelilingi pengawal dan seumpamanya. Rakyat dewasa ini sesungguhnya lebih kagum apabila melihat pemimpin mereka macam biasa-biasa, ringkasnya macam mereka. Macam gambar Ustaz Mat di atas.

Rata-rata Ustaz Mat semakin menonjol keperibadiannya kebelakangan ini. Bermula dengan mengambil-alih tempat Tok Guru Nik Abd Aziz sebagai MB Kelantan sehinggalah kesungguhannya mahu membawa ketengah sehingga ke peringkat Parlimen, undang-undang Hudud di Kelantan dan kini dengan gambar ini yang menyingkap kepada rakyat kesederhanaan beliau.
Bagi saya Ustaz Mat semakin mendapat tempat dan semakin dihormati pada pandangan masyarakat.








Kerana itu saya hairan apabila diberitahu baru-baru ini UMCEDEL atau University Malaya Centre of Democracy and Elections telah mengeluarkan satu kajian iaitu selepas 12 bulan PRU 13 bertajuk “Isu dan kecenderungan rakyat” yang sangat negatif terhadap Kelantan di bawah Ustaz Mat. Kononnya setelah 12 bulan kepimpinan baru di Kelantan seakan sudah tidak ada aura sebagaimana kepimpinan yang lalu. Seolah selepas Tok Guru Nik Abd Aziz, Kelantan sudah tawar dan besar kemungkinan akan mengikuti jejak Kedah iaitu jatuh ke tangan BN!
Ternyata kajian berkenaan tidak mencerminkan keadaan sebenar persepsi rakyat kini terhadap Kelantan di bawah Ustaz Mat. Kalau UMCEDEL boleh cungkil contohnya reaksi komen yang diberi dalam FB Dr Maza sahaja, mereka akan dapati betapa melesetnya kajian mereka itu.

Walaubagaimanapun, bairlah UMCEDEL dengan kajian mereka. Apa pun saya melihat Tok Guru Nik Abd Aziz telah berjaya menyusun kabinet penggantinya dengan baik. Rakyat Kelantan kini tidak merasakan vakum setelah Tok Guru melepaskan jawatannya sebaliknya merasakan suatu kesinambungan sedang berlangsung, Tok Guru diganti dengan kepimpinan yang setaraf dengannnya malah tidak mustahil lebih baik dengan izin Allah swt.
Bertuahlah rakyat Kelantan, semoga mereka terus membangun bersama Islam sampai bila-bila.


.....

http://n32.blogspot.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 02:55 PM | Show all posts
sempoi naik basikal tua, rindu pulak nak naik
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 02:59 PM | Show all posts
Kalau selisih kat psr mlm ka apa mesti aku x tau ni mb klate ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 03:31 PM | Show all posts
naik basikal ini lebih afdhollll daripada naik basikal elektrik
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 03:37 PM | Show all posts
x ksh la dia naik ape ...jln kaki skali pon...jnji rakyat diutamakn...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 04:59 PM | Show all posts
sempoi...smg hidupnya sentiasa dirahmati...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2015 05:13 PM | Show all posts
Nk tau camne mb kelantan ni, kenalah berkenalan .... jgn baca kajian org lain ....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 05:41 PM | Show all posts
naik basikal ada raga ke, naik lori ke, naik bas ke, yang penting seseorang MB perlu tunaikan tanggungjawab secara berkesan pada rakyat negeri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2015 07:38 AM | Show all posts
Dah jadi mb naik la kemudahan yang di sediakan..naik ferrary pun org tak kisah dah mb....zuhud atau tidak, tidak perlu di tunjukkan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 08:31 PM | Show all posts
Bukan dia menunjuk , dia mmg low profile dari dulu sampai skrg . Kampung halaman wife saya sama kampung dgn MB kelate nih ...kami kenal dia, pergi mana2 pun takde bodyguard,takde protokol ...baca kat fb dr maza sana, berapa ramai org kelantan yg story pengalaman mereka terserempak dgn MB
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana boleh tak ada protokol.. Sebagai mb mesti ada protokol supaya keputusan dia dalam kerajaan  tidak dipengaruhi oleh mana mana pehak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 12:59 AM | Show all posts
Yg curi duit lembu rm250 juta tu kuat protokol, tak dipengaruhi oleh mana2 pihak kununn
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 02:47 PM | Show all posts
amirgo replied at 12-4-2015 12:59 AM
Yg curi duit lembu rm250 juta tu kuat protokol, tak dipengaruhi oleh mana2 pihak kununn

jangan dilayan cacai ameno tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 02:55 PM | Show all posts
bicaraj replied at 14-4-2015 02:47 PM
jangan dilayan cacai ameno tu

tau takpe...cacai ameno tu lebih suka tengok pemimpin yang gune duit dia bermewah2 sedangkan dia pn cukup2 makan atau lagi sadis kene ikat perut asal pemimpin diutamakan....dah terbalik dah chuoolllsss
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 11:16 PM | Show all posts
bicaraj replied at 14-4-2015 02:47 PM
jangan dilayan cacai ameno tu

den pun dah naik meluat dengan perangai macai umno
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 01:46 AM | Show all posts
amirgo replied at 15-4-2015 11:16 PM
den pun dah naik meluat dengan perangai macai umno

Berapa agaknya upah yg macai umno dapat ? Rm 3 ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2015 10:02 AM | Show all posts
jauh beza antara cara hidup YAB Menteri Besar Kelantan ini berbanding Menteri Besar negeri lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.083543 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list