CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6021|Reply: 47

[Tempatan] {4} Umpan peragut dgn polis perempuan!

[Copy link]
Post time 8-4-2015 04:05 PM | Show all posts |Read mode


Posted date:  4:55 PM

SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan menukar strategi, menggunakan anggota polis wanitanya menyamar sebagai orang awam bagi menangani jenayah ragut di bandar ini.

Timbalan Ketua Polis negeri,Senior Asisten Komisioner Datuk Hamzah Md Jamil berkata, anggota polis wanita itu menyamar sebagai orang awam dengan memakai barangan kemas dan membawa beg tangan.

"Mereka ini ditempatkan dua minggu lepas di tempat tumpuan awam seperti di pasar raya, terminal bas, bank dan sebagainya. Anggota polis wanita ini digunakan sebagai 'umpan' untuk menangkap penjenayah kes ragut.

"Kami mengenal pasti 28 anggota polis wanita ini, yang telah dilatih menghadapi situasi apabila diragut. Jadi, saya beri amaran kepada penjenayah agar jangan sebarang ragut," katanya.

Mengikut rekod terdapat lapan kes jenayah ragut berlaku sepanjang bulan ini di sekitar Seremban dan Nilai.

Katanya orang ramai tidak perlu bimbang, walaupun tidak kelihatan anggota polis berpakaian uniform di tempat tumpuan orang ramai, tetapi terdapat anggota polis yang berpakaian orang awam.

Katanya jenayah ragut tidak mengenal usia dan tiada belas ihsan walaupun yang menjadi mangsa adalah warga emas terutama golongan wanita.

"Perubahan masa menyaksikan ragut sebagai satu jenayah serius yang sejak akhir-akhir ini turut meragut nyawa manusia. Fenomena ini membawa satu lagi amaran kepada wanita supaya lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian mereka terutama ketika berada di tempat awam.

"Pihak polis memandang serius jenayah ragut kerana ia menimbulkan keadaan traumatik kepada mangsa. Ini kerana jenayah ragut bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan, malah kematian kepada mangsa," katanya.

p/s meh kita tgk sape yang kena...?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 04:08 PM | Show all posts
hehe.. psiko dia.. kena pikir banyak kali sebelum nak ragut.

nak senang tembak terus mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa awat pecah lobang awai sangat...

Tp ok juga
Peragut2 ni x baca paper punya
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 04:11 PM | Show all posts
sekali ragut,kena polis...baru padan

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 04:14 PM | Show all posts
alinone78 replied at 8-4-2015 04:08 PM
Laaa awat pecah lobang awai sangat...

Tp ok juga

ini perangkap cerdik.. cuma modal cakap je.. entah ada betul entah tidak. tapi peragut syak polis wanita berkeliaran. kalo peragut baca paper ler.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2015 04:19 PM | Show all posts
nnt kita check statistik, menurun atau dak...?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2015 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetiba JD cerdik...mkn kismis kah??
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 04:22 PM | Show all posts
nak lagi dramatik..sila letak bom kawalan jauh dalam henbeg tu..biar berkecai terus si peragut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 04:24 PM | Show all posts
ini reverse psikologi namanya...

mana orang tahu ada polis ke tak kan? sebab semua pakai baju biasa... jadi peragut mesti takut nak buat.. padahal tak de pun polis
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 04:25 PM | Show all posts
saladin780 replied at 8-4-2015 04:22 PM
nak lagi dramatik..sila letak bom kawalan jauh dalam henbeg tu..biar berkecai terus si peragut

ni aku sokong, bior kurang sikit peragut dlm alam maya ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 04:31 PM | Show all posts
saladin780 replied at 8-4-2015 04:22 PM
nak lagi dramatik..sila letak bom kawalan jauh dalam henbeg tu..biar berkecai terus si peragut

bernas idea kau.. tapi sekejap sgt sakit dia.. terus mati.. design la bag ade letrik.. biar kena renjat sikit.. lepas tu jatuh sagat jalan.. kan sedap sikit? luka lambat sikit nak sembuh.. time nak tangkap tu.. lenyek sikit kaki.. bagi pecah tulang.. haa.. lambat sikit baik.. atleast kawan2 lain nampak ape jadi..

p/s: boleh aku jual stiker oku byk sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 04:35 PM | Show all posts
artcrime replied at 8-4-2015 04:31 PM
bernas idea kau.. tapi sekejap sgt sakit dia.. terus mati.. design la bag ade letrik.. biar kena r ...

letak bom jangka lite2 je..biar tangan atau kote aja berkecai..hudud in situ konsepnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Potong tangan
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Peragut2 yg bace paper or peragut yg berforum(ade ke) mesti lps ni cuti rehat tanpa gaji..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 04:38 PM | Show all posts
saladin780 replied at 8-4-2015 04:35 PM
letak bom jangka lite2 je..biar tangan atau kote aja berkecai..hudud in situ konsepnya

menarik.. lepas tu suh gi hospital sendiri.. baru thrill..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 04:40 PM | Show all posts
Bertemu buku dengan ruasnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 04:58 PM | Show all posts
jgn kadi mangsa cedera udahlah... dbawaknya parang si peragut tu... sempat x sempat aje la nk selamatkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 05:00 PM | Show all posts
haha.. now peragut2 bersiri dan berepisod semua dah taw..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis pompuan tu of kos Ada polis laki duk ikut... Mg penyek la peragut tu...syabas polis n9
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 05:07 PM | Show all posts
errr takut2 xsempat buat pape dah kene sentap tersungkur atas jalan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.060940 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list