CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1939|Reply: 4

Kalau tak sihat2 juga orang Malaysia ni tak tahulah. Dah macam2 program buat

[Copy link]
Post time 13-4-2015 06:24 AM | Show all posts |Read mode
  • Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melakukan aktiviti senaman pada perasmian Fit Malaysia peringkat Negeri Sarawak di Padang Merdeka di Kuching, hari ini. - Foto Bernama
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


TUJUAN penganjuran Fit Malaysia adalah untuk memastikan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan pada masa sama menjadikan Malaysia sebuah negara sukan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.  

"Kita perlu memulakan gaya hidup yang sihat, ramai rakyat tidak mengekalkan kecergasan dan sihat.

"Kita mempunyai begitu ramai kanak-kanak menghadapi masalah obesiti, mereka yang menghidap kencing manis dan kolesterol," kata beliau pada acara Fit Malaysia peringkat negeri di Padang Merdeka di Kuching, hari ini.

Lebih 10,000 orang menyertai pelbagai aktiviti kecergasan semasa acara itu yang dirasmikan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Khairy berkata, untuk menarik seluruh rakyat menyertai aktiviti kecergasan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Malaysia menyambut Hari Sukan pada hari kedua setiap Oktober.   

"Apabila rakyat cergas, kita boleh menjadi lebih produktif dan mampu melahirkan lebih ramai jaguh sukan yang akan menggantikan Datuk Lee Chong Wei, Pandelela Rinong dan Datuk Nicol David," kata beliau.

Adenan dalam ucapannya menggesa masyarakat supaya mengekalkan gaya hidup sihat dan sentiasa cergas.

"Saya berusia 71 tahun tetapi saya kelihatan 20 tahun lebih muda dan sebab itulah saya percaya anda mesti sentiasa sihat dan menjaga kesihatan.

"Dua tahun lepas, saya sakit teruk dan dimasukkan ke hospital. Saya telah pun mengumpulkan anggota keluarga saya untuk menyampaikan pesanan terakhir saya, tapi dengan kehendak Allah, saya masih berada di sini," katanya.

Oleh itu, kata beliau, adalah penting untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat dalam jangka panjang. - Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2015 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Alohhhhh kalo dah dok men porem je 24/7 mane nk sihat nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2015 09:18 AM | Show all posts
porem sambil lari atas tredmil
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 09:18 AM | Show all posts
tp bersenam mmg boleh wat org nampak muda... PA Big Boss aku 59... thn dpn 60... muka, kulit, badan semua nmpkan dia dlm 40an... aku pon korek2 r... tp ssh... last2 dia citer yg dia hantu aerobik... lagi2 dance... patut la cun..... so marilah bersenam....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 06:24 PM | Show all posts
Nusantara77 replied at 13-4-2015 09:18 AM
porem sambil lari atas tredmil

bukan berporem sambil berbaring atas katil???

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.407129 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list