CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3740|Reply: 6

Michelle Yeoh Terima Semula Cinta Jackie Chan

[Copy link]
Post time 15-4-2015 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Michelle Yeoh Terima Semula Cinta Jackie Chan

Bintang filem bertaraf antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 52, bersedia 'bercinta' semula dengan pelakon aksi terkenal Datuk Jackie Chan, 61.

Perkara itu dinyatakan sendiri pelakon berasal dari Ipoh, Perak itu sewaktu menjawab pertanyaan daripada pengacara Anugerah Filem Festival Asean Antarabangsa (AIFFA), baru-baru ini.

"Kami telah bercakap tentang kisah cinta selama 30 tahun. Bila-bila masa saja jika awak sudah bersedia, abang!" balas Michelle.

Hujung minggu lalu, Jackie berkunjung ke Kuching, Sarawak sempena kemuncak AIFFA. Pada malam anugerah tersebut beliau menerima trofi khas, Anugerah Inspirasi Asean.

Di sebelah petang sebelum anugerah berlangsung, Jackie sempat mengadakan sesi bertemu peminat serta media. Ketika itu beliau tertarik dengan keindahan negeri Sarawak dan menyatakan hasrat mahu menghasilkan sebuah cinta di negeri bumi kenyalang itu.



Namun, apa yang lebih mencuri perhatian apabila Jackie memberitahu beliau akan meneruskan hasrat itu tetapi dengan syarat hanya Michelle sahaja yang boleh menjadi kekasihnya untuk filem berkenaan.

Kedua-dua bintang filem tersebut pernah bergandingan menerusi filem Polis Story 3 kira-kira 23 tahun lalu. Ketika itu Michelle baru memulakan kerjaya lakonannya di Hong Kong.

Sementara itu, menerusi laman Facebook miliknya, Jackie berkongsi kegembiraannya bertemu dengan Michelle.

"Perkara yang paling gembira ialah bertemu dengan rakan lama saya, Michelle. Saya benar-benar menghargai setiap saat dan peluang kami dapat berjumpa dengannya kerana kami sangat sibuk dan jarang sangat dapat bertemu. Dalam buku terbaharu saya, saya ada menulis tentang dia," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2015 10:49 AM | Show all posts
michelle ni bkn dah kawen ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 11:23 AM | Show all posts
yek yek je
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 08:30 AM | Show all posts
blakon je pon
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Alola.. Gempak je tajuk
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 10:49 AM | Show all posts
Tapi dorg neh mcm serasi bersama gitew...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2015 12:07 PM | Show all posts
pening aku..

sebab aku rase michelle ni dah kawen...

rupa2nya, dalam movie jek...

hahaha...

keep it up jackie, leh tengok nanti..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.321086 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list