CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1840|Reply: 0

Malaysia diundi bersama Thailand, Vietnam

[Copy link]
Post time 16-4-2015 11:03 AM | Show all posts |Read mode


Hajat jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee untuk pasukannya diundi dalam kumpulan A acara bola sepak pada Sukan Sea 2015 di Singapura tidak kesampaian apabila mendapat undian sebaliknya, namun tampak melegakan apabila berada dalam kumpulan terbuka.
Majlis undian yang berlangsung di Singapura pada Rabu menyaksikan Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama lima pasukan lain iaitu Thailand, Vietnam, Laos, Timor Leste dan Brunei.

Dengan hanya dua pasukan terbaik akan layak ke separuh akhir, Thailand selaku juara bertahan dan Vietnam tampak menjadi pencabar terkuat buat skuad bawah 23 tahun negara.

Namun, Malaysia tidak boleh memandang mudah keupayaan Laos yang turut mampu membuat kejutan bagi edisi kali ini.

Sementara, kumpulan A tampak lebih sukar apabila tuan rumah Singapura diundi bersama naib juara edisi lalu Indonesia, Myanmar, Filipina dan Kemboja.

Hasrat tuan rumah untuk ke separuh akhir bakal dicabar hebat Indonesia, Myanmar dan Filipina yang miliki kekuatan seimbang.

Bagaimanapun, pasukan kumpulan A hanya perlu beraksi empat perlawanan dengan saingan akan bermula 1 Jun berbanding lima perlawanan dalam kumpulan B aksi pertama akan berlangsung 29 Mei ini.

Edisi ke 28 Sukan Sea hanya tinggal 51 hari lagi yang akan bermula secara rasminya pada 5 Jun nanti di singapura. Astro Arena akan membawakan liputan menyeluruh sepanjang termasya itu.

Berikut adalah senarai pasukan:-

Kumpulan A

Singapura
Indonesia
Myanmar
Kemboja
Filipina

Kumpulan B

Thailand
Malaysia
Vietnam
Laos
Brunei
Timor Leste


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.068667 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list