CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: talapia

Kos Pengkebumian dan selepasnya ... adat yang membebankan waris

[Copy link]
Post time 20-4-2015 04:48 PM | Show all posts
cmf_raudah replied at 20-4-2015 12:16 PM
first sekali tt ni campo masyarakat tak?
ada gi surah tak?
kalu jiran lain buat tahlil ada join ta ...

agreed dgn statement u.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2015 04:56 PM | Show all posts

sekali lagi ditekankan... arwah orang kuat kampung. anak2 memang jenis bergaul join kenduri bagai. tukang tumbang lembu.. tukang pacak bangsal. semua kami involve walaupon duduk luar kampung. sebab tu time kebumi n majlis tahlil ramai org datang.

aku komplen pasal isu ni bukan sebab kami tak biasa join majlis2 kenduri bagai. tapi sebab menda2 ni dah jauh menyimpang. dan kene segera dihentikan sebelum jadi makin parah. sampai satu tahap nanti bapak mati anak2 takut nak uruskan sebab tak mampu bayar benda2 mengarut yang sepatutnya tak perlu wujud in the first place.



Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 04:58 PM | Show all posts
milo_888 replied at 20-4-2015 02:20 PM
dulu ada ustaz bagitau... sepatutnya kalau orang mati, duit yang diterima dari penziarah2 itu dibagi ...

itu la skg ni dh jadi mcm trend kena jamu si pentahlil pentahlil....kesian la kat waris2 si mati yg mmg dari kuarga susah
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 04:58 PM | Show all posts
insyallah kalau anak ramai senang nak uruskan kematian ibu bapa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 05:00 PM | Show all posts
MAsa mak sedara aku meninggal dulu, tak pasti la pulak kena bayar ke tak solat jenazah.
Tapi kenduri tahlil, abah aku dah pesan siap2 x payah nak buat sampai 3 malam ka 7 malam ka..mengarut semua tu..
cuma mlm pengebumian tu je la kitaorg beli roti dgn kek skit2 sedekah kat surau.

Masa pegi kubur, lepas selesai semua, datang satu van jenazah, bawa org tua dari rumah org tua2..
Driver van tu, siap angkat cempung jenazah tu, serah kat tukang korek liang, pas tu panggil la sedara2 lelaki kami yg ada kat ctu, tolong sambut masuk dlm liang lahat,

pak cik driver tu siap ckap lg, tgk nie bila kita dh tua2, mati, sapa pun x mai tengok.
kesiannya ya Allah, pak cik tu ckap, jenazah tu mualaf...memang x dak sedara mara lngsung yg datang,
kebetulan kami ada disitu, sedekah la Al fatihah...kesiannya..

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 05:00 PM | Show all posts
1. bawak cerita tp taknak reveal info utama iaitu nama kampung dgn alasan takot lebih sudu dari kuah. so i ols anggap ni sekadar berita2 forward2 whats app sahaja atau fitnah semata.

2. sejak bila bagi duit pada imam yg mengimamkan solat jenazah adalah ADAT melayu? (spt yg diklaim oleh TT)

3. ramai2 yg dtg sekor pun tk reti solat jenazah dgn alasan fardhu kifayah maka bila ade org buat kita tak payah. pengurusan jenzah bukan sampai tahap mandi n kafan sahaja. korg sendiri yg malas belajar n menganggap bende tu perkara remeh sbb fardhu kifayah je.

4. kena bayar imam katanya utk kenduri 7 10 40(hr bangkitnya pocong ) 100 hari bagai . so i olls nak tanya sapa yg kire berapa hari dh aruwah tu mati ??? ko rase imam n org kmpg ade catat kelender ke n buat countdown days gitu sampai KATANYA TERPAKSA di PAKSA gitu . kau nak buat or tknak buat tkde org kesah pun. sendiri yg terloncat2 nk ikot adat katanya sendiri terbeban.

5. kalau betol anak2 arwah bergaul dgn org kampung, masakan tak tau penah ade kes sebegini??? adakah kampung TT tu 1st time ade org mati???

6. TT mengharapkan jiran2 masak utk dia sbb dia tgh meraung2 kesedihan. so kalo jiran tk bagi ape2 makanan kire salah jiran ke??? TT sendiri meletakkan konsep sedekah tu sbg paksaan???

so i wonder dgn TT ni ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2015 05:01 PM | Show all posts
ari tu ai pegi pengkebumian arwah datuk sedara... lepas dimandi,dikafan dan disolatkan, terus bawa ke kubur utk ditanam... selesai upacara pengkebumian arwah datuk sedara, terus balik rumah...

dari cerita TT, ai rasa perbuatan meminta duit dari keluarga arwah cam agak biadap...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 05:02 PM | Show all posts
bayar ntok solat dah jadi trend..

dulu ayah aku ade ckp, ade puak2 nie yg dtg solat jenazah pas tu mintak duit..

tp pgalaman aku, solat kat kedah, ade bg duit tu..

tmpt lain so far tak de lagi la yg cam tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2015 05:14 PM | Show all posts
aHoi83 replied at 20-4-2015 05:00 PM
1. bawak cerita tp taknak reveal info utama iaitu nama kampung dgn alasan takot lebih sudu dari kuah ...

1. ye. takkan aku nak letak siap2 nama kampung dan nama si mati siap2. agak2 klau org kampung terbaca... nama arwah gak yg terpalit. jadi di sini aku lebih suka jadikan ia umum. masalah general sebagaimana aku rasa isu ni dah mula menular ke seluruh negara. bukan sekadar kampung yg aku maksudkan sahaja.

2. sejak lama dulu. perkara kebiasaan yang di lakukan oleh masyarakat lama2 jadi adat. asalnye mungkin niat sebagai sedekah. tapi klau yang mati pon sebenarnye salah seorang asnaf... apakah perlu ahli keluarganye memberi 'sedekah' pada tok imam? seikhlas hati. bersyukurlah andai rm5 diterima dengan syukur berganda.

3. alhamdulillah... anak2 arwah turut sama involve dalam semua urusan penyempurnaan jenazah daripada mandi, kafan, solat, turun ke liang lahad. talkin je pak imam baca sorang yg lain dengar. semua maklum urusan pengebumian jenazah adalah fardhu kifayah. kenapa fardhu kifayah diberatkan dengan 'upah seikhlas hati'? yang di tempat arwah telah ditetapkan RM10 perhead for solat jenazah?

4. tiada siapa kira hari ni hari ke berapa. dlm posting sudah2 ada aku bangkitkan... dalam ahli keluarga si mati sendiri ada yg berpegang teguh pada adat. follow utk buat segala kenduri berapa hari bagai. itula isunya. adat. bukan nak point salah pada si polan or si polan. isu nye sekarang adat yang dipegang masyarakat kita.

5. mungkin sedara tak jumpa reply saya sebelum2 ni... ada saya nyatakan... suami aware akan bayaran utk solat jenazah ni. dia dah prepare hangkut balance duit raya RM5 seikat utk kegunaan solat jenazah ni la. tapi bila diserahkan pada imam... imam reject. katanya RM10. nog GST pada masa tu ye. skrg mungkin dah up 6%

6. bukan salah jiran2... tapi salah pemahaman masyarakat.

tak perlu nak wonder sangat.... tanye je klau tak clear.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2015 05:21 PM | Show all posts
idadzira replied at 20-4-2015 04:58 PM
insyallah kalau anak ramai senang nak uruskan kematian ibu bapa.

insyaAllah... perkara2 wajib tu dipermudahkan. anak2 arwah lebih sepuluh orang. setakat perkara2 yg menggunakan tenaga.. tak jadi masalah... semua sama2 buat sendiri. tapi bila kena bayar.... itu bukan perkara mudah. tambah2 lagi dalam masa singkat. nak sediakan RM10x 50 org utk solat jenazah..  mungkin sekelumit pada kebanyakan orang... tapi besar beban nya pada kami masa tu. berbisik2 sesama adik beradik bertanye siapa ada duit hulur2 untuk diberi pada imam.

sebagai anak... seboleh mungkin nak urusan arwah disempurnakan sebaik mungkin.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2015 05:23 PM | Show all posts
cowey replied at 20-4-2015 05:02 PM
bayar ntok solat dah jadi trend..

dulu ayah aku ade ckp, ade puak2 nie yg dtg solat jenazah pas t ...

kat kampung ni... takde la pulak mintak lepas solat. tapi memang sebelum solat lagi imam dah bagitau waris jumlah yang perlu dibayar.. sempatla kot nak pecah tabung ayam anak.

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 05:41 PM | Show all posts
talapia replied at 20-4-2015 05:23 PM
kat kampung ni... takde la pulak mintak lepas solat. tapi memang sebelum solat lagi imam dah bagit ...

yg kedah aku g tu, kwn aku cite, kahriah masjid bg dulu duit diorg, pas tu kwn aku byr balik total amount lepas sumua dah selamat..

tp still tak ptt la, since ade yg dtg ntok duit solat jenazah tu..

btw takziah kat ko..

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 05:42 PM | Show all posts
talapia replied at 20-4-2015 05:14 PM
1. ye. takkan aku nak letak siap2 nama kampung dan nama si mati siap2. agak2 klau org kampung terb ...

1. taknak reveal then toksah citer. bawak g JAKIM utk siasatan pun diorg mintak nama kampung.

2. yes mmg kebiasaan org dahulu menjadi adat. itu adalah makna bagi perkataan adat. yg sy mention kan sejak bila bg duit yg imam minta utk mengimamkan solat jenazah menjadi adat melayu?

3. anak arwah atau suami arwah yg perlu mengimamkan solat jenazah.

4. so ahli keluarga si mati sendiri yg berpegang utk bertahlil bagai. so what the problem? dh dia yg berpegang utk adat tu n nak buat segala kenduri tu so bermakna dia tak terbeban la. dah dia tak rasa terbeban dgn adat tu awat hang plak terbeban kehulu ke hilir ?

5. refer jawapan 3.

6. bende pun sedekah terpulanglah jiran nak masakkan atau just nak dtg bacakan yasin je pun. hatta kalo jiran2 just dtg nk tunjuk dia ade gelang emas sampai ke siku pun terpulangla dia. ni kuarga si mati plak beria2 mengharapkan jiran2 memahami mereka n masakkan makanan utk mereka. kalau ada , adalah. dah kalau takde takyah la nak merungut .
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa buat jg tt? Ada jg dgr kes macam ni.. Tapi keluarga terdekat si mati buat keras tak peduli pasal kenduri tahlil dan bayar sembahyang jenazah. Yg bayar cuma kain kapan dan segala kelangkapan urus janazah. Sekali dgn gali kubur.

Tapi bab upah ikut kepala utk solat jenazah dan kenduri tahlil tu keluarga si mati buat donno je.
Last2 tersipu2 malu tok imam
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 06:12 PM | Show all posts
salam..
saya pun baru kehilangan ayah 3 bulan yang lepas.
1)tahlil tu tak wajib. buat xpe tak buat pun xpe.

2)kalau buat tahlil, tak boleh masak dirumah untuk jamuan orang ramai. sebab segala isi dalam rumah tu adalah peninggalan simati untuk ahli keluarganya. kalau nak buat jugak kenduri tahlil, masak di tempat lain. macam keluarga saya, arwah ayah saya meninggal di hospital, jadi kami bawak balik ke kampung ayah bukan dirumah kami. kenduri tahlil kami sekeluarga sepakat buat di surau. bukan dirumah kampung sebab ayah saya jugak yang beli segala apa2 keperluan di rumah kampung (ayah anak sulung). di rumah keluarga saya mmg takde buat majlis bacaan tahlil atau apa2.

3) beberapa jam selepas kematian ayah saya, antara perkara pertama yang diuruskan:
a) bayaran kos hopital dan jugak van jenazah. ini guna GP kakak saya
b) fidyah solat ayah saya kerana ayah saya koma seminggu di hopital.. kami sekeluarga tak mahu ayah ada apa2 hutang dengan Allah sebelum dikebumikan.
c) fidyah untuk solat dan puasa, sumpah dan nazar.

pengiraan fidyah  untuk solat: 1 cupak beras @ 1kg beras x [(umur simati - umur baligh 9 tahun bg perempuan / 15 tahun bg lelaki) x 5 waktu solat x jumlah hari dalam setahun] (kalau ada tahun lompat masuk sekali)
pengiraan fidyah untuk puasa : 1 cupak beras @ 1kg beras x [(umur simati - umur baligh 9 tahun bg perempuan / 15 tahun bg lelaki) x 30 hari puasa]

untuk sumpah dan nazar ada kaedah lain. yang ini saya tak pasti bagaimana kerana kami sekeluarga serah pada kawan ayah yang arif bab agama.

4) urusan gali kubur dan solat jenazah pada awalnya ada di sediakan bajet, tetapi alhamdulillah gali kubur sahaja yang bayar, upah solat orang tak nak terima.
yes, yang ini saya setuju. perkara ini fardu kifayah. masyarakat kita hari ni suka memudahkan perkara yang berat dan memberatkan perkara yang mudah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 06:28 PM | Show all posts
qislea replied at 20-4-2015 06:12 PM
salam..
saya pun baru kehilangan ayah 3 bulan yang lepas.
1)tahlil tu tak wajib. buat xpe tak buat ...

info yg bernas

kannnn fardhu kifayah tu yg di abaikan ramai org. sedangkan mengimamkan solat jenazah tu sgtla mudah. tak sampai 2 min abis dah solat. susah lg nak jd imam solat fardhu kerana lebih byk rukun n bacaannya berbanding solat jenazah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2015 06:31 PM | Show all posts
laa...dalam agama melayu, ada fidyah solat ke?

patutlah bertahlil2 bagai....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 06:34 PM | Show all posts
leylapple replied at 20-4-2015 11:48 AM
tu papan tu...ada nampak???

itu liang lahad kan?

tapi sekarang dah tak banyak kubur yang buat mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 07:08 PM | Show all posts
lagi satu masalah dalam masyarakat kita hari ni, berlumba lumba nak letak batu nisan di atas kubur, nak lawan batu nisan yang mana cantik apa semua... sikap maysrakat Islam hari ni makin lama makin pelik..

arwah ayah saya mmg dah pesan siap2 sebelum dia meninggal. tak payah buat apa2 dekat kubur dia..tanda dengan kayu pun cukup.

2 bulan pertama arwah ayah meninggal kubur cuma bertanda dengan kayu je. lepas tu mak saya letak pokok bunya apa ntah.  seminggu selepas tu baru mak saudara n ayah saudara saya cari batu sungai untuk dijadikan tanda. atas kubur pun kitaorang letak batu sungai yang kecik2. takde sebarang binaan apa pun atas kubur yang dibuat.

dari pada tempah batu nisan mahal2 lebih baik letak batu sungai. batu ni hidup dan ia akan berzikir untuk simati. plus, takde kos yang perlu di keluarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 07:32 PM | Show all posts
Spidey tengok sekarang corak hidup orang Melayu dah serupa orang Cina. Semuanya pasal duit. Dulu orang Melayu cakap Cina kalau kahwin atau mati perlu pakai banyak duit, sekarang orang Melayu pun sama. Ibubapa Melayu dulu cakap Cina kiasu sebab hantarkan anak2 ke kelas tusyen bla bla bla, sekarang mereka pun sama saja. Cuma lambat atau cepat saja.
Why? Sebab manusia zaman sekarang ramai yang gilakan wang. It's a simple fact.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.260132 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list