CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7555|Reply: 28

Hafiz Hamidun Rugi Hampir RM100,000

[Copy link]
Post time 21-4-2015 08:50 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz Hamidun kerugian hampir RM100,000 apabila berlaku kebocoran pada siling di butik pakaian miliknya iaitu Mikraj Concept di Empire Damansara dekat sini sehingga dilimpahi air.

Hafiz, 31, berkata, keadaan itu membuatkan terpaksa memindahkan kesemua barangan jualan pada 31 Mac lalu di pejabat syarikat rakamannya iaitu Arteffects International di Neo Damansara.

"Butik itu beroperasi sejak September tahun lalu dan masalah siling bocor memang selalu timbul.

"Tetapi pihakpengurusan buat acuh tidak acuh dengan masalah itu dan paling teruk butik saya umpama kawasan air terjun.

"Saya kecewa dengan sikap mereka yang langsung tidak bertanggungjawab," katanya kepada mStar Online.


Hafiz Hamidun

Hafiz ditemui pada majlis pelancaran album terbaharunya iaitu I Love Rasulullah di Hotel Royale Chulan di sini pada Isnin.

Beritahu Hafiz, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap pengurusan pusat beli belah berkenaan sekiranya mereka masih lagi enggan bertanggungjawab.

Sementara itu, mengenai album I Love Rasulullah, ia memuatkan sebanyak sembilan lagu iaitu Penyelamat, Habeeb, Bukti Cintaku, Lawkana Bainana, Kasih Padamu, Sollu Ala Khairil Anam, Pemergian Rasul, Ya Rasul dan Tolaal Badru Alaina.

Kata Hafiz, album tersebut mempunyai kelainan berbanding sebelumnya kerana ia lebih terarah kepada konsep pop.



"Alhamdulillah, sejak diedarkan di pasaran seluruh Malaysia, angka jualan album mencecah 13,000 unit.

"Mungkin kerana pasarannya berkonsepkan digital seperti di iTunes, Spotify, Deezer, Kkbox dan portal CD Nasyid membuatkan album ini laku. Alhamdulillah," ujarnya.

Sementara itu Hafiz akan mengadakan konsert jelajah di lima lokasi di Pulau Pinang, Kota Bharu, Kelantan, Shah Alam, Kuching, Sarawak dan Johor Bharu pada Ogos depan.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2015 10:54 AM | Show all posts
sendu





Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 11:48 AM | Show all posts
benang ini sesendu dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 11:54 AM | Show all posts
saman...jangan tak saman
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 12:11 PM | Show all posts
buat hafiz hamidun.... sila tiru akak ni....puas hati tawww

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendu2 dia ni, jualan album dah 13,000 tau. Kalau jualan album stacy dgn hafiz tu

Pasaran lagu nasyid ni kira luas la ye? Walaupun  di dalam sendu yg teramat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2015 12:30 PM | Show all posts
Dugaan... walau apapun.. saya suka lagu2 nasyidnya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 12:35 PM | Show all posts
enchikfitz replied at 21-4-2015 12:13 PM
Sendu2 dia ni, jualan album dah 13,000 tau. Kalau jualan album stacy dgn hafiz tu

Pasaran la ...

itunes dia pun laku noks.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2015 12:46 PM | Show all posts
hafiz nampak mewah...masyukk ek dia? rumah kat serdang belakang minlon tu..sebelah rumah kakak dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 12:50 PM | Show all posts
hem..... moga tabah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 12:57 PM | Show all posts
yeke? nape dia tak tweet, screen capture, share kat fb pula ye tentang hal ini?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 01:33 PM | Show all posts
dia dh gems sket eh dlm gmbr tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 01:39 PM | Show all posts
enchikfitz replied at 21-4-2015 12:13 PM
Sendu2 dia ni, jualan album dah 13,000 tau. Kalau jualan album stacy dgn hafiz tu

Pasaran la ...

pasaran album nasyid mmg luas sbb kedai2 buku agama pun letak rak CD nasyid ... tu blom lg kedai2 buku yg conventional, pun letak juga. tak cukup dgn itu, diorg ni laku jua di universiti2... jgn terkejut kalau album nasyid Iwan pun laku sampai 10K. album Nora pun meletop2 pakej skali dgn cerita kartun.

berbanding album2 pop komersial yg hny bergantung kpd kedai2 CD yg sedih nk promote album melayu... itunes pun sendu.

retis pop mainstream hanya glamer di anugerah2 syok sendiri jah... yg masyuk.. tetap artis2 nasyid. retis2 nasyid siap expand business buat travel, umrah, buku2, program tv bagai... jual 'agama' mmg everlasting... agama ni mcm makanan, x kira season akan tetap 'laku'.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 01:41 PM | Show all posts
hhehee.. lawak la bile teringat komen forummer tu.. "oh artis yg screenshot tweet die dalam fb tu ye?" kakakakaa.. tp album die not bad la
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 01:53 PM | Show all posts
tak minat mamat ni. Segala benda kecik nak citer kat media sosial. Benda kecik citer dalam hati jer lah. Citer bercinta dgn si polan2 pun nak citer..pastu x jdia kawin. hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 01:30 AM | Show all posts
Dia ni dah taraf jutawan..album zikir terpi dia tu terjual worldwide....sebab tema zikir tu universal...smua muslim boleh dengar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2015 01:40 AM | Show all posts
walaupun beliau heshe sendu.
namun satu akak puji, heshe tak buta IT, gigih promote, pasarkan album melalui digital daripada ummah retis lain dok menggelupor CD tak laku pelbagai tanpa ada inisiatif lain untuk pasarkan album.

kat mana2 pun sekarang ummah tak berapa nak beli CD dah sis.
mmg ramao prefer beli secara talian jah. click buy terus boleh dgr, tak payah gigih nak pergi kedai kaset pelbagai.
akak pun dah lupa bila last time akak beli CD, lagi pun dlm kereta jah the only place yg akak boleh play CD.
laptop sekarang pun dah takde CD drive sis.


sekarang akak prefer beli album kat itunes or else dgr kat deezer jah, namun akaun percuma deezer akak yg digi bagi dulu rasanya nak expire dah sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 01:42 AM | Show all posts
cicicumel replied at 22-4-2015 01:30 AM
Dia ni dah taraf jutawan..album zikir terpi dia tu terjual worldwide....sebab tema zikir tu universa ...

kalau dah letak kat itunes mmg la worldwide sis
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 06:40 AM | Show all posts
dia ni yang sentap dengan jaafar onn tempoh hari kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 08:41 AM | Show all posts
tapibukanaku replied at 21-4-2015 12:46 PM
hafiz nampak mewah...masyukk ek dia? rumah kat serdang belakang minlon tu..sebelah rumah kakak dia

gita bayu tu ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.063499 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list