CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19922|Reply: 99

sakit hati dengan keluarga mertua

 Close [Copy link]
Post time 21-4-2015 02:41 PM | Show all posts |Read mode


Saya terpanggil sekali lagi menceritakan kemelut rumahtangga saya. Saya mohon pandangan positipmemandangkan saya murung dalam beberapa hari ini. Saya cuba memendam dan tidak akan menyuarakan pada suami saya. Begini permulaan cerita, suami saya telah memberitahu kehadiran mak mertua, ayah mertua dan adik ipar perempuan yang bongsu akan bermalam di rumah kami kerana akan menghadiri perkahwinan anak kawan mak mertua saya di Cheras, sebelum itu mereka telah bermalam di rumah abang ipar saya di Sepang. Namun pada hari yang dijanjikan akan bertolak dari kampung di Seremban iaitu pada hari Jumaat (2 minggu lepas) saya sudah sedia maklum mereka akan tido di rumah abang ipar, automatiknya tiada masalah lah bagi saya kerana ayah mertua saya sudah pakar nak ke Sepang. Saya ketika itu sedang bekerja, lalu saya mendapat whatsap dalam bentuk grup whatsap famili, sindiran daripada biras saya iaitu isteri abang ipar saya yang asal dari Negeri Pantai Timur. Saya langsung tak faham ayat yang ditaipnya dalam grup whatsap itu seolah seperti nak menghencap saya. Ayatnya begini " Mak ayah nak datang, Ita (BUKAN NAMA SEBENAR) siap sedialah lepas magrib mak ayah nak datang makan" . Lepas tu saya balas, bukan mak ayah bermalam di rumah Kak Wani ke? Kak Wani balas "memangla tido umah Kak Wani tapi makan kena pegi Umah Ita, bukan ke Ita selalu post gambar makanan dalam grup, jadi Ita la yang masak", berdesup ayatnya ditaip sedemikian rupa. Buat pengetahuan semua rumah saya di Balakong. Dalam pikiran saya, patutnya dia yang patut melayan tetamu lebih-lebih lagi famili mertua bermalam di rumah. Ini kali kedua biras saya melemparkan ayat di dalam grup whatsap itu dan selalunya time yang sedara mara atau mak ayah mertua akan naik ke KL. Saya nak tanya forumer sekalian wajarkah saya merasa pelik dengan kelakuannya terhadap saya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2015 02:51 PM | Show all posts
tapi kenapa sakit hati dengan keluarga mertua, bukan patut sakit hati pada Kak Wani saja?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 02:52 PM | Show all posts
so kesimpulannya tt malas nk masak?xnk jamu mak pak mertua?gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Stop post semua gmbar mkanan dlm ur family whatsapp. Sbb nmpknya ini boleh menimbulkan iri, teringin, terliur, rasa cambagus dn lain lain yang kurang sihat.

Tak perlu sakit hati pada keluarga mertua. Sakit hati mungkin pd Kak Wani sahaja. Kalau tak boleh masak, bg tahu sahaja secara tulus ikhlas.


Dua minggu lepas tu, tt masak tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2015 03:02 PM | Show all posts
harkktuih replied at 21-4-2015 02:52 PM
so kesimpulannya tt malas nk masak?xnk jamu mak pak mertua?gitu?

Bukan macam tu..saya tak pernah mengilat nk masak. Tapi mak mertua saya ada di rumah biras saya, lama saya perhatikan perangai biras saya, tiap kali menyindir saya itu satu hal. Kenapa nak jadikan mak mertua dan pak mertua tu umpama bola, tidak bolehkah beliau memasak.kenapa perlu menyuarakan di dalam grup whatsap keluarga tanpa whatsap pada saya direct. Didalam whatsap grup tu berbagai sedara mara ada, tidak timbulkah segan di hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2015 03:05 PM | Show all posts
de_ikea replied at 21-4-2015 02:58 PM
Stop post semua gmbar mkanan dlm ur family whatsapp. Sbb nmpknya ini boleh menimbulkan iri, teringin ...

Hari sabtu suami saya mengambil saya di rumah kerana suami bekerja syif, saya dan suami bersiap dan terus ke majlis perkahwinan di Cheras kerana mak dan ayah mertua telah pun sampai di majlis bersama abang ipar, manakala biras tidak pula kelihatan, lalu suami saya pula yang bertanya mananya Kak wani, abang ipar menjawab akk ipar kau sebuk banyak program. Pada suami saya kata, banyak benar programnya sebab sebelum ni mak ayah datang dari kampung pun ada sahaja program yang dihadirinya. Saya biasanya terdiam dan tidak ikut bertanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-4-2015 03:06 PM | Show all posts
de_ikea replied at 21-4-2015 02:58 PM
Stop post semua gmbar mkanan dlm ur family whatsapp. Sbb nmpknya ini boleh menimbulkan iri, teringin ...

Sesudah majlis, ayah, mak mertua dan adik ipar perempuan follow kami pulang ke balakong. Malamnya makanan saya yang masak yang simple kerana mengikut selera mereka yang tak mahu makan terlalu heavy di malam hari
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 03:07 PM | Show all posts
honeydowngiler replied at 21-4-2015 03:02 PM
Bukan macam tu..saya tak pernah mengilat nk masak. Tapi mak mertua saya ada di rumah biras saya, l ...

so konsep kat sini, sakit ati ngn biras tapi nk marah kat family mertua? camni lah..setel elok2 ngn biras tu..jgn plak gi serang dia..
and masak je la utk map pak mertua tu..dorg da kira mcm mak pak sendiri..pastu x yah lah post segala mcm kat wassap grup..
dr pihak kita mungkin skadar nk share, tp pihak lain ada yg rasa tt nk menunjuk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2015 03:07 PM | Show all posts
Yang gatal tangan mak janda post gambar buat apa? Haaa, sekarang merasa la. Menunjuk konon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2015 03:08 PM | Show all posts
de_ikea replied at 21-4-2015 02:58 PM
Stop post semua gmbar mkanan dlm ur family whatsapp. Sbb nmpknya ini boleh menimbulkan iri, teringin ...

Niat saya post gambar makanan, kadang-kadang berupa resepi sahaja, sekadar berkongsi makanan di tempat-tempat baru dan sebagainya, malah ada dalam keluarga itu turut memasak kemudian mempost gambar dlm grup. Sedangkan saya tiada niat apa2, kerana fahaman saya dalam grup pun ada yang berbuat demikian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2015 03:11 PM | Show all posts
Sgt x open minded kalu difikirkn semula, kalau dia berfikir sedemikian rupa apa bole saya buat. Now saya silent reader sahaja. Anak menantu cuma saya dan Kak wani tu sahaja, Malah kalau balik ke kg saya perhatikan kalau menantu pantai timur itu tidak membantu di dapur pun tidak menjadi alasan
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 03:12 PM | Show all posts
Ni la padahnya ada family grup dlm wasap line wecat fb insta ...

aku memg xdak family jenis media sosial ni..nampak org len mcm meriah tp hepi mcm mana pun 1 hari kalau gaduh dah susah nak fix balik ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 03:13 PM | Show all posts
jgn marahkan nyamuk, habis ridsect dibakar..

marah kak wani je sudah la. jgn marah kluarga mertua.
Pastu stop post gmbr2 kat grup.
tkut jd bahan umpatan dan dengki org lain
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
honeydowngiler replied at 21-4-2015 03:08 PM
Niat saya post gambar makanan, kadang-kadang berupa resepi sahaja, sekadar berkongsi makanan di te ...

Its ok tt. Org tak kan paham pon niat baik kita tuuu. Stop je. Jgn timbulkan apa2 pon.

Nmpk gaya kak wani tu x join sgt pon event tt n family mertua. So lagi senang. Tak sll jumpa. Ignore kan ajelah tt ya.

Mungkin kk wani tu bz. Dan tak suka masak. Atau penat masak. Atau malas masak. Dia nk bermnja dgn beras2 hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 03:14 PM | Show all posts
OK
mrh ngan kak wani
paham...paham...
so, honey
bagitau je lah kat kak wani tu
setel

lagi, tt jugak yg untung dapat pahala
masakkan untuk keluarga mertua
untung2 jadi menantu kesayangan
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 03:28 PM | Show all posts
so ko bukan marah dgn family in law ko la kan, ko cuma marah dgn biras ko jer, ok dlm group whatapps family aku pun ada org mcm ni gak bukan org lain mak cik aku sendiri, so benda simple aku buat aku diam jer kalo mak cik aku ni whatapps kat group tu.. lantak ko nak ckp per,

so tak yg la ko nak murung sesangat skrg ni, asal hubungan ko dgn mak, pak mertua adik kakak abg ipar elok dah.. biar kan jer dgn biras ko tu.. kalo dia masej sesaja nak tuju kat ko.. ko buat tak tahu jer.. tak yg nak fikir sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2015 03:28 PM | Show all posts
dh tau pangai kak wani sebegitu..jgn dilayan msg drp beliau..akn menambh sakit hati jek...
btl tu x yah post resepi2 bagai...
depa dtg ko masak...full stop
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2015 03:28 PM | Show all posts
Saya tak pernah mengidamkan title disayangi, malah saya sedar saya berkahwin umur saya beza banyak dari suami saya, saya 7 tahun lebih tua dari suami. Biras saya menganggap dia yang paling tua walaupun dia baru berumur 27 tahun kerana berkahwin dengan abg ipar yang sebaya dengannya. Saya terasa dengan sikapnya yang menyindir saya dalam grup. sedangkan dia patut bersikap matang. 27 tu bukanla umur kebudak budakan bagi sayalah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2015 03:32 PM | Show all posts
loveocean replied at 21-4-2015 03:28 PM
so ko bukan marah dgn family in law ko la kan, ko cuma marah dgn biras ko jer, ok dlm group whatapps ...

Yang tak sedapnya adik ipar saya yang perempuan ada bagitaw suami saya suruh jangan post itu ini..jgn tunjuk over sangat. Start dah dapat tahu ni saya banyak mendiamkan diri. Mak mertua saya pula, time masak, dia banyak menyebut masakan dia je yang sedap asam pedas nya takde tandingan. cara potong ikan semua hanya mak mertua saya ngn adik ipar shaja yang potong ikan, terasa benar saya hari sabtu 2 minggu lepas.Adakah tak suka saya ni sebab saya berumur dari anaknya, Saya benar-benar tak faham
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2015 03:33 PM | Show all posts
loveocean replied at 21-4-2015 03:28 PM
so ko bukan marah dgn family in law ko la kan, ko cuma marah dgn biras ko jer, ok dlm group whatapps ...

Ayah mertua saya pula dari pagi sampai tengahari tidur sahaja di sofa, di rumah mak mertua di kampung juga saya perhatikan, solat pun tidak dilaksanakan, Saya hanya mampu melihat, tidak berani saya nak bertanya pada suami saya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.067316 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list